Friday, July 19, 2019

Rilex.. Harimau Jalan-jalan Di Jalan-raya

Harimau muncul di tengah jalan raya di Dungun
Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'Pak Belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun. - Astro AWANI 

KUALA TERENGGANU: Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengahari tadi disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi ini.

"Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'Pak Belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.

Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Pada Februari 2016, negara digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seekor harimau belang di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman.

Dalam kemalangan pukul 1 pagi itu, harimau tersebut mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Pada Nov 2018 pula, seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu. -- BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Rimau tu di Dungung, nak gi Marang

Anonymous said...

Pak Belang dari Bukit Besi, Dungung, nak gi makang sotong di Rusila

Anonymous said...

elokla mu nak gi makang "soton" kat Rusila

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails