Sunday, July 14, 2019

PH Nak Tumbang, Exco Perak Minta Komisyen Tanah, Hinanya DAP?




Seorang exco kerajaan negeri dituduh cuba meminta "komisyen" daripada dua syarikat berkenaan permohonan untuk tanah milik kerajaan berkeluasan 93 ekar.

Bekas pegawai khas itu, Beh Yong Kean membuat laporan polis berkenaan perkara itu pagi ini.

Dia mendakwa exco itu berniat memberi sokongan kepada permohonan dua syarikat itu dengan komisyen sebagai pertukaran.

Dakwanya lagi, exco itu membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri kepadanya agar dia dapat memulakan proses rundingan dengan dua syarikat itu.

"Pada 4 Oktober 2018, lebih kurang 9.30 malam di pejabat pusat khidmat adun, dia membocorkan kertas minit mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak kepada saya supaya memulakan rundingan dengan (dua syarikat itu) untuk permohonan milikan tanah kerajaan seluas 63 ekar di Bagan Tiang dan 30 ekar di Kuala Kurau.

"Dia mengarahkan saya supaya meminta komisyen daripada kedua-dua syarikat itu untuk sokongannya dalam mesyuarat masjlis mesyuarat negeri," dakwanya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, hari ini.

Beh juga mendakwa seorang lagi bekas pegawai khas exco itu turut menyaksikan kejadian itu.

Dalam satu kenyataan media, Beh berkata tindakan membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan menggesa polis agar menyiasat perkara itu.

"Sebagai wakil rakyat dan exco, dia tidak harus membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.

"Saya harap polis menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukannya dalam kerajaan," katanya lagi.

Malaysiakini telah beberapa kali cuba menghubungi exco itu menerusi panggilan telefon, pesanan teks dan Whatsapp, untuk mengulas perkara ini tetapi dia belum memberikan maklum balas setakat ini.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

"Seperti laporan polis lain, kita perlu dan akan beri kerjasama penuh dalam siasatan. Ini dakwaan serius dan kita tidak pandang ringan," katanya menerusi Whatsapp kepada Malaysiakini.

Komen Minda Rakyat :  Perak tunggu masa untuk tumbang...
 
(https://mindarakyat.blogspot.com/2019/07/exco-perak-dituduh-cuba-minta-komisyen.html)

Berita ini..

Kelantan berjaya kekalkan sifar rasuah



KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan berjaya mengekalkan sifar rasuah sejak negeri itu sejak mula ditadbir oleh PAS dari tahun 1990 sehingga kini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pencapaian itu diperoleh hasil dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan parti itu selain beberapa program lain yang diadakan dari semasa ke semasa.


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pencapaian itu diperoleh hasil dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan parti itu selain beberapa program lain yang diadakan dari semasa ke semasa.

2 comments:

Puaka Rimba said...

Kalau lobai mengaku suci muci....Ngapa takut istihar harta....ada apa-apa ke?...hihihi...kikiki...hahaha...kahkahkah

Unknown said...

Memang kau ni puaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails