Dalam serbuan pada pukul 8.30 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.
Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Hedzir Hussin berkata, serbuan dilakukan di dua premis berasingan yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran.
"Premis berkenaan menyasarkan pelanggan warga asing dan tempatan dengan bayaran sekitar RM50 hingga RM90 bagi setiap langganan.
"Sindiket berkenaan turut menjadikan premis lima tingkat berkenaan sebagai premis pelacuran termasuk mengupah beberapa individu untuk mengawasi kawasan terbabit," katanya ketika ditemui Kosmo! Online selepas selesai operasi berkenaan di sini hari ini.
Tambahnya, operasi terbabit berjaya menahan seramai 21 wanita termasuk seorang mak nyah dan lima lelaki.
"Kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada warga China (12), Vietnam(4), Indonesia (3) dan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 24 hingga 50 tahun.
"Kita turut menahan lima lelaki terdiri daripada warga Bangladesh (2), tempatan (2) dan Indonesia yang bekerja sebagai penjaga di kedua-dua premis berkenaan," katanya.
Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut," jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372 (1)(f) kanun yang sama, 39b Peraturan Imigresen, Sekyen 6 (1)(c) Akta Imigresen, dan Seksyen 15(1) akta yang sama. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya perlakuan zina dan seks luar tabie itu tidak wajar disebut 'perkhidmatan seks', kerana 'khidmat' itu merujuk kepada sesuatu yang baik. Sedangkan 'zina' itu sesuatu yang najis dan buruk, dilarang oleh semua agama dan kemanusiaan.
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)