Sunday, January 13, 2019

Pangsapuri Lambang Salib, Pemaju Tidak Berniat Buruk, Kata KM P.Pinang




GEORGE TOWN — Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung sebuah projek perumahan di Jelutong yang didakwa memaparkan lambang salib dengan menggunakan lampu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek perumahan kategori pangsapuri itu dipercayai masih belum memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan pemaju dalam peringkat menguji kemudahan yang terdapat di bangunan itu termasuk lampu.
“Kita masih tak dapat penjelasan daripada pemaju mengapa lampu itu begitu rupanya.
“Tetapi gambar yang seterusnya apabila lebih banyak lampu dipasang atau dinyalakan maka seperti saya kata ia akan menonjolkan satu wajah ataupun pemandangan yang biasa.
“Saya percaya ini bukan sebuah bangunan ibadat atau gereja ini satu apartment untuk penghunian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran ‘Evolve Final Year 2019’ anjuran KDU Penang University College, di sini hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah bangunan pangsapuri di Jelutong yang memaparkan lambang salib dengan menggunakan lampu yang menimbulkan ketidaksenangan hati beberapa penduduk di kawasan berhampiran dan difahamkan mereka turut membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Semalam, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam kenyataan meminta pihak berkuasa tempatan dengan segera mengarahkan pemaju projek perumahan itu supaya mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan berkenaan agar tidak kelihatan seperti lambang salib.
Chow berkata beliau tidak melihat isu itu sebagai satu perkara yang sengaja ditimbulkan untuk menyakiti hati mana-mana pihak, sebaliknya beliau menyifatkan ia sebahagian daripada “built environment” (persekitaran yang telah terbina) di negara ini.
“Saya nampak (pemaju) tak ada niat untuk menyakitkan mana-mana pihak, inilah sebahagian daripada ‘built environment’ di Malaysia.
“Kita nampak gereja, kuil, masjid dan lain-lain bangunan ibadat di mana-mana sahaja.
“Kalau kita rasa kita diungkit maka setiap saat, setiap minit dan setiap tempat kita pergi, kita mungkin diungkitkan perasaan. Jadi, ini memang sebahagian daripada ‘built environment’ kita,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak untuk sentiasa menjaga sensitiviti pihak lain dan saling menghormati serta memajukan agenda persefahaman. — Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Inilah satu bukti bahawa kaum musyrikin akan tetap dgn agenda propaganda kristen seperti seluruh dunia trutama dgn dunia islam so harapan kosong bgi muslim pakatandap bgi umat islam ini adalah dalil haram undi kaum kafir sbagai eksekutif..hatta brkerjasama

Anonymous said...

Mana menteri hal ehwal Islam eh. Hello...hello...

Entah2 dia tengah dok mikir, cari mana2 hadis untuk di spin mcm mana nak kasi halal itu bangunan salib.

Satu lagi mana suara maza. Sudah pastilah duk diam membisu sebab maza ni opportunies...bangunan salib kalu buh kat pejabat pm putrajaya pun dia akan diam sebab dap sedang berkuasa. Dap dah jumpa mechanism how to silent this type of moron which is salur jer duit pada ikram, then you gonna have green light to do/say anything with regards to the religion.

Kerja tetap dia ialah konsisten cari jalan nak kutuk ulama nusantara. Taktik dia cam biasa la kan...ayat pijak semut tak mati. Same applied to rozaimi doktor2 lembu penunggang agama

Anonymous said...

Hah kan betul mujahad akan cari helah halalkan perjuangan kristen bos dia. Harini dia cakap kalau kita berdiri depangkan tangan pun sama bentuk salib. Wah kalau mcm tu boleh la lepas ni lambang salib pi buat kat masjid pulak kan? Kalau ada orang bangkang suh dia pi depangkan tangan. Ini ke pemikiran orang yg ada phd?

jawatan menteri hal ehwal Islam tapi jod utama bantu mengembangkan kristen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails