RIBUAN akhbar palsu The Washington Post yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meletak jawatan telah diedarkan secara meluas di ibu negara itu.
Laporan berita anti Trump memenuhi setiap ruang akhbar berkenaan bertarikh 1 Mei 2019.
Bukan sahaja untuk edisi akhbar, malahan laman web media berkenaan - my-washingtonpost.com juga dipenuhi dengan pelbagai berita mengenai pemimpin negara itu.
"Donald Trump telah meninggalkan Rumah Putih dan meletakkan jawatan sebagai presiden.
"Tiada kenyataan rasmi dibuat, bagaimanapun empat pegawai Rumah Putih mendakwa mereka menemui sapu tangan di meja presiden dengan mesej berbunyi:"Letakkan kesalahan pada Hillary dan Hfior dan media baharu yang palsu."
Kenyataan itu juga menjadi tajuk utama berita menerusi laman web akhbar berkenaan.
Bagaimanapun tidak jelas maksud sebenar Hfior kerana ia mungkin juga masalah ejaan bagi pihak presiden.
Laporan itu juga menyebut Trump meninggalkan Washington untuk ke Yalta, pusat peranginan Crimean di mana pertemuan pemimpin ketika Perang Dunia Ke-2 diadakan.
Susulan itu, Jabatan Perhubungan Awam Washington Post mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai edisi palsu media berkenaan yang diedarkan di bandaraya itu.
Malahan, pihaknya juga sedar adanya usaha untuk menghasilkan akhbar berkenaan secara tidak sah.
"Tiada pengeluaran awal Washington Post yang dibuat dan kami sedang menyiasat perkara ini," katanya.
Setakat ini, penulis Onnesha Roychoudhuri, L.A.Kauffman dan kumpulan aktivis The Yes Men mendakwa bertanggungjawab terhadap pengedaran akhbar palsu dan laman web berkenaan.-wwww.news.com
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah politik AS, Ada ape-ape ke lepas ni?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah politik AS, Ada ape-ape ke lepas ni?
No comments:
Post a Comment