LOKASI mangsa dipercayai terkena tembakan peluru sesat di kebun buah-buahan berhampiran Taman Kinta Perdana dekat Batu Gajah, hari ini. - UTUSAN ONLINE
Lelaki parah terkena peluru sesat pemburu ayam hutan
BATU GAJAH 16 Jan. - Seorang lelaki yang sedang membersihkan kebun buah-buahan berhampiran Taman Kinta Perdana di sini hari ini, nyaris maut setelah terkena tembakan peluru sesat pada leher.
Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang itu, Muhammad Safwan Abu Jaapan, 20, cedera parah namun keadaannya kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya sedang membersihkan kawasan kebun buah-buahan yang telah diusahakan sejak 10 tahun lalu.
Katanya, mereka kemudiannya dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum rakan mangsa melihat lelaki itu rebah dan darah mengalir di lehernya.
"Rakan mangsa terus membawa lelaki itu ke Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke HRPB untuk mengeluarkan serpihan disyaki peluru penabur di leher mangsa yang dapat dilihat melalui hasil x-ray yang dilakukan," katanya, di sini hari ini.
Menurut beliau, kejadian disyaki akibat peluru sesat yang dilepaskan oleh pemburu haram yang sering memburu ayam hutan dan binatang lain di kawasan belukar di seberang Sungai Kinta.
Katanya, jarak antara lokasi kejadian dan Sungai Kinta kira-kira 100 meter.
"Tempat kejadian merupakan kawasan kebun buah-buahan berpagar dan telah diteroka sejak 10 tahun lalu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960," katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sama bahayanya peluru sesat pemburu haram ayam hutan itu seperti serangan cybertrooper dalam PRU 14 lalu.. bahkan lebih bahaya lagi. Ada pihak-pihak tertentu menaja serangan 'Red Bean Army' yang kebanyakannya menyerang perjuangan Islam dan individu-individu Islam tertentu sahaja.
Menfitnah dan mncipta berita palsu. Contohnya PAS diburukkan dengan fitnah kononnya mengambil wang RM90 juta, yang sehingga sekarang belum selesai lagi. Mahkamah Tinggi London awal tahun lalu mengetepikan pernyataan pembelaan Rewcastle-Brown dan memerintahkan editor Sarawak Report itu membayar hampir £29,000 (lebih kurang RM156 000) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Abdu Hadi menang semua lima permohonan interlokutori terhadapnya. Namun PAS terpaksa menanggung kos pengurusan yang berkemungkinan mencecah sehingga RM5-6 juta, lebih teruk lagi. Lebih bahaya cycbertrooper dan 'Red Bean Army' lagi, yang memberi saham kemenangan kepada kerajaan PH secara bejat.
2 comments:
``Malu apa Bossku, najis pukimah kan ada, malu apa bossku, mintak je la kat boss ko yg memang muka tak malu tuh``
eh, mana suara makcik felda yg baru keluaq gua tadi tu ibnu, sexy la sora dia.......
apacerta kawan..kat malaysia terlmpu bnyak anjing dgn babi berkeliaran anjing sifat dia area security tapi tak buat krja, gngu ketnteraman lgi ada,,so..babi pon sama kat pasar ada kat kg pun ada kat tmn prumahan ada kat masjid pon ada,,msuk dlm masjid daa,, kalau boleh makan kira k..ma..tapi no halau je,,balik kmpong lol...stupid...ni geng pakatandap ma...lo..kasi tembak ni haram..ma
Post a Comment