SEMENANJUNG GAZA, 8 Jamadilawal 1440H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada rejim pengganas Israel supaya tidak terlalu angkuh menyerang wilayah Gaza, yang menyasarkan penduduk Palestin.
Jurucakapnya, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan hari ini berkata, Hamas tidak akan berdiam diri membiarkan umat Islam berterusan ditindas Zionis, dan berjanji akan mempertahankan negara daripada terus dijajah.
Beliau turut memberi amaran kepada Israel supaya tidak ‘bermain api’ dan membiarkan kekejaman menjadi agenda mereka.
“Rejim pengganas Israel patut menanggung akibat kerana menunjukkan kebodohan mereka terhadap penunjuk perasaan aman. Mereka sengaja membunuh dan bom tempat tahanan,” katanya. ‘
Beliau berkata demikian respon kepada serangan pengganas Zionis semalam, apabila jet perang Israel mengebom kawasan selatan, utara dan timur Semenanjung Gaza.
Dilaporkan, seorang wanita ditembak mati manakala lebih 25 orang yang tercedera.
Agensi berita Palestin Ma’an menegsahkan, pesawat Israel turut menembak markas tentera milik Hamas di Timur Kota Gaza. – Agensi
Jahannam Israel! Jahannam Israel! Jahannam Israel!
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment