Wednesday, January 16, 2019

Sultan Melaka Ditangkap? ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir’...

Hasil carian imej untuk ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir’

‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir’ sudah kena tangkap. Suspek ada empat rekod jenayah lampau mengaku 'Ketua Negara'

JASIN, 10 Jamadilawal 1440H, Rabu – Lelaki yang mendakwa pemilik sebenar kerajaan Melayu dan bergelar ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar Zulkarnain’, sudah ditangkap, kata polis semalam.
Tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis di Sungai Rambai kira-kira jam 3 petang Ahad lalu. Polis turut merampas pelbagai peralatan di Kem Modal Insan Agrotourism, Parit Penghulu dan di rumah suspek.
Antara barangan yang dirampas ialah 10 keris pelbagai saiz, tombak, pedang, dulang tembaga dan batu jade berbentuk naga. Tangkapan itu dilakukan susulan aduan oleh Ketua Balai Polis Sungai Rambai, Sarjan Mejar Kamaridzaman Khanafee.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan jalan penyamaran,” kata Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu.
Katanya, suspek, Ahmad Abdul Kadir Ismail, 47 tahun, didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak. Sebelum ini, suspek menganjurkan majlis di inap desa itu yang dihadiri kira-kira 100 pengikut.
Siasatan awal polis juga mendapati pelbagai dokumen seperti resit bayaran ahli Pertubuhan ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar Zulkarnain’ dikesan di dua premis berkenaan dan pertubuhan terbabit juga disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Suspek ditahan reman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. (www.ismaweb.net)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails