Menurutnya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) SPR membuat kenyataan bahawa pemberian duit minyak semasa kempen pilihan raya tidak boleh dan tetap dianggap rasuah.
“Ada orang kata pemberian itu duit minyak, tapi saya tidak tahulah kalau perkara ini (beri duit minyak) dihalalkan disebabkan kerajan baharu, Malaysia baharu.
“Tidak pernah terlintas difikiran saya PH yang sebelum ini menuduh Barisan Nasionak (BN) macam-macam, beri sogokanlah pada PRU-14 tapi isu gambar ini berlaku terang-terangan di depan mata kita mereka memberi wang ringgit.
“Jadi saya harap PH yang sebelum ini lantang menuduh BN macam-macam sekarang sudah sampai masanya kita menggunakan prinsip yang sama. Tanya mereka apakah pendirian mereka dalam isu ini?,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog dengan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa tak kenal PH?