Monday, December 24, 2018

Rombak Buku Teks Sejarah Usaha Hapus Identiti Bangsa Melayu.


Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa Kementerian Pendidikan mendapatkan nasihat daripada pakar sejarah terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan mengubah kandungan buku teks sekolah rendah subjek berkenaan. 

Presidennya, Ustaz Azizee Hassan berkata, pihaknya tidak mahu langkah merombak subjek Sejarah menjadi usaha untuk menghapuskan identiti Melayu sebagai kaum Pribumi asal, serta menidakkan perjuangan bangsa Melayu sebagai tonggak tamadun di Malaysia. 

Beliau berkata, jika Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengubahnya, maka perlu dipastikan bahawa penulisan sejarah adalah daripada sumber ‘primer’ dan ‘sekunder’ muktabar sahaja dengan berlandaskan kajian pakar-pakar yang diiktiraf. 

Beliau menegaskan, tindakan itu adalah untuk memastikan supaya sejarah yang ditulis adalah tepat dan benar. 

“Isi kandungan sejarah mengenai kesultanan Melayu, sistem beraja, pengaruh agama mestilah daripada sumber yang sahih dan bukan dari perspektif kaum Cina semata-mata. 

“Ia dibimbangi terdapat usaha halus bagi mengubah fakta sejarah terutama sejarah perjuangan bangsa Melayu dan sejarah kedatangan Islam ke tanah air,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net. 

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily melaporkan, buku teks Sejarah sekolah rendah akan dinilai semula dan diubah kerana ia didakwa meliputi terlalu banyak unsur subjek lain. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, Bahagian Buku Teks telah mengadakan lapan bengkel sejak 2014 berhubung cadangan pertubuhan-pertubuhan Cina untuk menambah baik buku teks sekolah rendah. 

Katanya, 10 pertubuhan Cina itu mencadangkan agar silibus Sejarah dimasukkan dengan kandungan mengenai pengaruh budaya India dalam kerajaan-kerajaan Melayu dalam topik kerajaan Melayu awal pda buku teks tahun empat. 

Manakala untuk buku teks tahun lima pula, tema sistem beraja dicadangkan ditukar kepada sistem beraja dan raja berperlembagaan; tema Islam ditukar kepada Islam serta agama dan kepercayaan utama yang lain; tema bahasa Melayu ditukar bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda kaum.


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

Takpa...ini masa depa...depa tukau sekarang, akan datang kita pulak tukau kaw kaw punya bila Melayu dan kerajaan Bumiputra ambik alih. Bagi la can setahun dua ni mereja jadi monyet dapat bunga...tu pun kalau sampai 2 tahun la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails