Tuesday, December 25, 2018

Sah, Isteri Vokalis Seventeen Turut Jadi Korban Tsunami.


HALAMAN HIBURAN

SHAH ALAM – Selepas dua hari diberitakan hilang dalam bencana tsunami, akhirnya isteri vokalis band Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan disahkan meninggal dunia.
Berita itu disahkan sendiri oleh Ifan menerusi laman Instagramnya.
“Alhamdulillah udah ketemu istriku @Dylan_Sahara. Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa balas kebaikan temen-temen. 
“Minta tolong kirimin Al-Fatihah ya buat istriku @Dylan_Sahara. InsyaAllah husnul khotimah. Allahumma amin,” tulisnya dalam satu posting yang dimuat naik sebentar tadi.
Ifan juga turut berkongsi video ringkas menerusi Instagram Story menunjukkan beliau di dalam ambulans sambil mengiringi jenazah isterinya, beserta coretan yang meruntun hati.
“Alhamdulillah kita udah semobil lagi. Yuk pulang yuk @Dylan_Sahara,” tulisnya. 
Dalam bencana Sabtu lalu, ia turut mengorbankan tiga lagi anggota kumpulan pop rock Indonesia itu, iaitu pemain bass, M. Awal Purbani (Bani), pemain dram, Wisnu Andi Darmawan (Andi) dan pemain gitar, Herman Sikumbang (Herman).
Selain itu, anggota kru, Rukmana Rustam dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya, turut sama menjadi korban.
Ifan bagaimanapun terselamat selepas berpaut kepada sebuah kotak selepas mereka dirempuh ombak.
Seventeen sebelum itu membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, ketika gelombang tsunami membadai lokasi tersebut sekitar jam 9.33 malam pada waktu Indonesia Barat. -SuaraTv 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails