Monday, December 24, 2018

Majlis Gereja X Jaga Sensitiviti Islam -Dr Aliakbar Gulasan.




ALUMNI Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) hari ini membidas kenyataan Majlis Gereja-gereja Sabah berkenaan guru-guru agama Islam untuk mengajar di Negeri Sabah.
Sebagai umat Islam, untuk menambah guru-guru agama di Sabah merupakan satu berita yang menggembirakan dan tidak sepatutnya ditakuti oleh sesiapa pun.
Saya merasa hairan bagaimana Majlis Gereja Sabah boleh membuat kenyataan yang sensitif dan menyentuh hak asasi umat Islam.
Selain daripada hak asasi umat Islam, harus difahami bahawa agama Islam termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama persekutuan dan agama rasmi Negeri Sabah.
Kami juga difahamkan masih terdapat sekolah-sekolah di Sabah yang tidak mempunyai guru agama Islam.
Sepatutnya semua pihak menyokong usaha yang baik seumpama ini. MARSIS mencadangkan kepada kerajaan untuk menganjurkan satu forum atau apa sahaja medan perbincangan untuk memperkasakan pendidikan Islam di Sabah.
MARSIS juga berharap agar tidak ada pihak yang berani menyentuh hal ehwal agama lain tanpa mendapat maklumat yang betul. Kepelbagaian agama dan keharmonian yang terdapat di negeri Sabah mesti dikekalkan sampai bila-bila.
DR. ALIAKBAR GULASAN
Penasihat Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS)
22 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 22/12/2018

9 comments:

Anonymous said...

monyet mu la taliban..

Unknown said...

Antara dalam Perlembagaan Persekutuan:
1. Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia tetapi ianya dikecualikan ke atas Sabah dan Sarawak

Manakala dlm memorandum 20 perkara / perjanjian cobbold:
1. Tiada bantahan berkenaan Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tiada agama resmi negeri harus diperuntukkan untuk Borneo Utara(Sabah) dan perundangan berkaitan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak seharusnya terpakai di Borneo Utara(Sabah).

Unknown said...

Ada org islam senstiveity org keristian?

Unknown said...

Ada org pemimpin islam senstiveity org keristian? Sampai sekarang tidak mohon maaf atas penghinaan mp pas

Unknown said...

Goblok

Unknown said...

God bless our land below the wind known as North Borneo..as a Christian country.. Amen

Unknown said...

Kami rakyat sabah tahu islam tu agama RASMI..dan kami tiada halangan islam memperkukuhkan islam di mana2 tempat..tapi kami ada hak juga bersuara samaada suara kami itu dipersetujui atau tidak oleh pihak tertentu...sila pahami apa yg disuarakan oleh kami

Unknown said...

Aliakbar tak payahlah provokasi pasal agama, kita disabah sama sama faham sama faham.

Unknown said...

Aliakbar tak payahlah provokasi pasal agama, kita disabah sama sama faham sama faham.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails