Sunday, December 23, 2018

Rakyat Jemu Dengar Pasal Hutang.. -Daim

xTUN-DAIMZAINUDDIN-681x454
"Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan" kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.


KUALA LUMPUR – “Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan” kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, hutang adalah soal kerajaan yang perlu diselesaikan dan rakyat tidak mahu mengetahui mengenainya.
Yang rakyat mahu tahu hanyalah harga mesti turun dan pendapatan mesti meningkat.
“Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan (yang perlu diselesaikan). Kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat. Ini tanggungjawab kerajaan,” kata Daim sambil mengulangi bahawa sesiapa sahaja akan jemu sekiranya mendengar tentang masalah yang dihadapi oleh kerajaan setiap hari.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama penduduk Felda di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor semalam.
Sehubungan dengan itu, Daim yang sebelum ini mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan menasihatkan kerajaan supaya berhenti bercakap tentang hutang negara dan  sudah tiba masanya untuk mereka mula menumpukan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya.
Beliau juga mengingatkan Pakatan Harapan bahawa pengundi mungkin menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Katanya, manifesto itu merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan tumpuan kerajaan.
“Boleh buat bukan tak boleh buat. Tumpukan perhatian pada manifesto ini. Mungkin perlu sedikit masa tapi perhatian perlu diberikan.
“Menteri mesti selesaikan masalah. Semua tahu masalah, tapi kalau mahu cerita hari-hari kita pun jemu,” katanya dipetik dari portal berita MalaysiaKini.
Terdahulu, dalam ucapannya pada program itu, Daim menyebutkan bahawa kerajaan PH perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
Sekiranya tidak, katanya, pembangkang akan menjuarai isu berkenaan.
Diminta mengulas lanjut, Daim berkata rakyat mungkin akan menolak PH sekiranya gabungan itu gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya.

1 comment:

Anonymous said...

melayu hina ni adalah melayu yg maruah senang dibeli gn hrga murah oleh DAP untk support mereka menang PRU.. dan DAP thu cina semua dh sokong mereka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails