Wednesday, July 04, 2018

Tun M Sekali Lagi Cabul Sistem Perundangan Negara?



Najib diwakili 7 peguam.

Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ketujuh Malaysia, mengulangi perangai Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat, dengan mencemari sistem keadilan negara dalam usaha mencapai matlamat politik beliau.
Sebaik memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh beliau telah melantik satu “unlawful task Force” membabitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, bekas Timbalan Persuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdul, dan bekas Ketua Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato Hamid Bador, bagi mendakwa bekas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.
Ketiga-tiga mereka bermusuh dengan Mohd Najib Razak kerana dikatakan merancang menjatuhkan kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak pada tahun 2015. Mereka semua dibersara awal dari jawatan masing-masing ketika Najib Razak mengesan tindakan tersebut.
Keanggotaan terdiri dari mereka yang mempunyai dendam dan kepentingan terhadap subjek yang dituduh merupakan satu pencabulan keadilan yang tidak mungkin berlaku di mana-mana negara maju dan demokrasi. Pasukan penyiasat tidak seharusnya ada “mala fide” terhadap orang kena siasat.
Namun Mahathir bertindak bertentangan dengan keluhuran undang-undang dan keadilan dalam Islam sendiri. Beliau perlu memastikan musuh politiknya merengkok dalam penjara “by hook or by crook”.
Tindakan Pasukan Petugas Khas mengeluarkan arahan menangkap dan mendakwa bekas Perdana Menteri Mohd Najib Razak ini merupakan satu jenaka terbaharu perundangan negara di bawah Mahathir.
Bukan sahaja arahan tersebut tidak memenuhi kehendak sistem keadilan negara, malah penubuhan “task force” siasatan ini tidak sah. Ini kerana ia tidak mempunyai kuasa penyiasatan dalam sistem perundangan negara.
Pada tahun 1988 ketua Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecat oleh tribunal yang dipengerusikan oleh bakal penggantinya, Tun Hamid Omar. Lima Hakim Mahkamah Agung yang menggantung tindakan tribunal telah berhadapan tindakan tatatertib. Tiga daripadanya dipecat. Tun Hamid Omar kemudiannya dilantik menjadi Ketua Hakim Negara.
Sejak peristiwa itu Mahathir telah menjadikan badan kehakiman negara sebagai pariah dalam negara-negara komenwel.
Pada 1998, Pendakwaraya Abdul Ghani Patail dipertanggungjawab mendakwa dan memastikan Anwar Ibrahim bersalah. Pada 2002, Mahathir menamatkan khidmat Peguam Negara Datuk Seri Ainum Mohd Saaid walaupun baharu setahun memegang jawatan, bagi memberi laluan kepada sekutu kuat beliau Ghani Patail dilantik sebagai Peguam Negara.
Pada 2018, sekali lagi beliau melantik sekutu-sekutu kuat beliau untuk menyiasat musuh politiknya.
Dalam hidup Mahathir tiada keadilan dan keluhuran undang-undang. Yang ada hanyalah nafsu untuk memberitahu dunia beliau sahaja betul.
Mahathir tetap mahathir sama ada ketika menjadi Perdana Menteri keempat atau ketujuh. Mahathir jika berkuasa, beliaulah undang-undang dan kitab tertinggi negara. – MYKMU.NET


Najib akan didakwa pagi ini.

KUALA LUMPUR: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta menjadi tumpuan pagi ini susulan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka didakwa berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Najib yang akan mencecah usia 65 tahun pada 23 Julai, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Beliau dijangka menghadapi lebih 10 tuduhan melakukan pecah amanah oleh seorang petugas awam atau ejen yang dikaitkan dengan kes SRC International Sdn Bhd di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda.
Tommy Thomas akan muncul buat kali pertama dengan tugas baharunya sebagai Peguam Negara dalam kes terhadap bekas perdana menteri itu.
Peguam bela terkemuka itu akan mengetuai pasukan pendakwa.
Difahamkan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Tuduhan itu dijangka dibacakan kepada Najib di Mahkamah Sesyen dan tidak ada pengakuan direkodkan daripada beliau. Pengakuan akan hanya direkodkan bila kes beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Aras 4.
Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.
Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur pada 2.35 petang Selasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan SRC International.
Bekas Perdana Menteri itu telah hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali bagi merekodkan keterangan berhubung kes SRC International.
SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - BERNAMA
Giliran Rosmah perlu hadir di ibu pejabat SPRM esok
KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada jam 11 pagi esok bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd. (IH)

31 comments:

air gunung said...

Ni blog umno ke?
Dah tak mcm blog PAS.
Biar betul?

Anonymous said...

Sepatutnya kerajaan buat macam Mana syeikh?

bunbinban said...

Sepatutnya kerajaan buat dek je kat Najib ni kot. Biarlah dia nak nyamun ke, nak curi ke janji dia melayu beragama islam. Rasa itu yg di maksudkan oleh lebai. X nampak plak Hadi bersolidariti utk Najib di mahkamah tadi. Ke Hadi x kenal Najib?. kahkahkah..

Anonymous said...

Dah tak ada modal nak cakap? kering idea?
Memang dasar barua begitu..

Anonymous said...

Kenapa tak Nampak muka Ibnu Hashim semalam depan SPRM dengan group Lokman Nor Adam ye?

Anonymous said...

Task force tu petugas khas.. Tak ada kuasa pun.
Sekadar menyelaras maklumat..

Yang ambil tindakan dan kata putus adalah AG.. Berdasarkan keterbolehan undang²..

Macam blog ini, di pertikainya macam²..lawful ke?

Blog murahan, layan je lah

ikan said...

jawatan speaker Perak melopong Kedah terlePAS... tak merasa la ana... hu hu hu... king maker jadi maker pen

bunbinban said...

psttttt....sprm dah bekukan acc pemimpin kanan parti politik di kelantan?. Sape ek?. Mcm x best je maklumat ni. Ngeri. Sape2 ada info, bisik2 la kat aku yek. harap2 bkn dia tu.

Anonymous said...

Suara2 sumbang tak laku tu jangan dilayan Pak Hasem.
Banyak nama2 dah lari hilang, bila pengunjung2 blog ini sedar, rupanya mereka balci jilat juboq DAP. Menulis tanpa hujah.

Asyik tukar nama, baling batu sembunyi tangan!

ted manoff said...

Dakwa slh xdakwa slh..apa lagi yg pas mau.. Tuan ibnu tlglah jgn jadi batuapi lagi ..Najib rasuah elok dibiarkan..?

Anonymous said...

Seret sama lobai hadi bila cukup bahan bukti. Juga ak pemimpin pas yg lain. Nak tengok juga berapa banyak umno support pas.

Anonymous said...

Talian hayat pan pada dap jer. Selamat dunia pun gantung pada belas ihsan dap. Kesian pada pan.

Anonymous said...

Mahathir jadi PM dulu kerana BN manipulasi pru. Ketika itu
emang boleh kata Mahathir bertindak ke atas musuh politik nya.

Tapi semasa PRU 14 Mahathir bersama pembangkang yang terpaksa bekerja keras dan teruk berbanding semasa bersama BN.

BN kalah teruk. Kekalahan tersebut sudah cukup bagi Mahathir dan penyokong PH membalas dendam. Tetapi undang-undang tetap undang-undang dan rakyat mahu melihat undang-undang di laksanakan.

Perlantikan Task Force adalah tidak menyalahi peraturan kerana mereka bukan di pecat atau di buang, mereka bersara.

Jika Najib pecat mereka, Najib amat beruntung kerana tugas task force akan di ambil oleh orang yang kurang pengalaman...

Tak cukup tuduh mereka berdendam kerana telah di bersara kan... kerana mereka tetap dapat segala kemudahan dan bayaran yang sama..

Anonymous said...

PENGUMUMAN:

Melihatkan semua tulisan2 dan petikan2 berita dan rencana yg disiarkan melalui blog ini, kami penyimpan mohor UMNO dengan ini menyatakan sdr Ibnu Hasyim dah insaf menyertai PAS dan sekarang mkenjadi ahli serta menyokong penuh UMNJO dan berdiri dibelakang DS Najib.

PAS dan PH tiada tempat diblog ini. Maaf dan BOLEH BLAH .....

Terima Kasih

Anonymous said...

Ni la antara janji 100 hari pakatan harapan..jgn ckp xbt janji pl ibnu hasyim..ckp macam yahudi,pusing2 ibnu hasyim ni..dh bughah ke??? Halal darah ibnu hasyim!!!-memecah belahkan masyarakat& batu api

Anonymous said...

Selak puki mak ko..cuba ko tengok ape ada kt dlm??kot2 ada kepala hadi awang..kesyurga le ko

Anonymous said...

Halal darah ibnu hasyim

bunbinban said...

lebai zuhdi dan lebai2 lain smlm bakar lilin bersolidariti utk najib. Yeeeaaaa....dah halal dah bakar lilin. Tq PAS!kahkahkah...ana tau ana tau...jari bercagu milik siapa...ana tau ana tau...kahkahkah....aku suka blog ni sbb blog ni mesra umno. Friends of bn gitu...kahkahkah.

Anonymous said...

Bunbinban banyak dapat dedap dap rajin hentam pas. Dedak dap berlambak teruskan berfitnah berbanggalah dengan dap. Moga kamu berbahagia didunia ini hasil dari memburuk2kan perjuangan islam.

Anonymous said...

Blok ni paling bagus dan telus semua boleh komen lepas tu nilai sendiri. Biasanya puak ph kuat komen sebab dedak banyak setiap fitnah terutapa pada pas nilai tinggi sebab tu setiap isu mesti pas jadi bahan.

Anonymous said...

Agenda puak ph nak melemahkan kerajaan islam kelantan. Puak ph gembira sebab meraka harapkan kerajaan islam pas kelantan dan dimana gerakan islam disekat. Islam tetap kamu perjuangkan jika kamu gembira dengan berita ini maka kamu tak tergugat pun sebab kamu perjuangkan islam.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim dak jadi ahli UMNO seumur hidup dan diberi tugas kempen untuk Najib melalui blog....

Anonymous said...

mahde hnaya bernasib setakat ni
1999 jika amnoo kalah tau lah nasib mahde
terlepas
bukan baik sangat pung
bila pulak dapat tengok ketua ketua jabatan berani tnagkap
pm sewaktu pm ada kuasa
ada 2 3 ornag aja ketua jabatan yang berani ynag lain menikus
takut pegamng amanah jawatan hnaya berani pertahan habuan
kalau mahde didik oarang amano dulu ikut perintah Allah
tak jadi macam ni punay kerosakkan
hnaya pandai simpan orang ynag ada kes untuk dapat sokongan
hari tu mahde ketika jadi pm4 kata jahit midi ada duit bnayka dalam bank
pasai pa masa tu dia tak siasat dibiar saja
bila dekat pru 14 baru dia ungklit balik
ni ynag dikatakn bapak penyagak suka simpan penyangak
pernagai burok ada lagii

Anonymous said...

Biarkan blok ini terus hidup dan jng sekat komen mereka baru semua org tahu komen dari puak ph ni mcmana biasanya kalau tiada hujah dan bila dah marah mereka akan kutuk pas maki carut dan kutuk admin itu biasa yg berlaku. Meraka cuma ikut arahan dari red beain tujuan mereka untuk memburuk2kan pas dng tujuan supaya rakyat tak sokong pas. Dlm malaysia puak ph paling takut pada pas sebab asas perjuangan berlandaskan islam. Umno dan ph sama cuma pemimpin mereka guna isu umno dan kaitkan dngan pas disokong oleh bloger ph dng bayaran lumayan. Biarkan mereka terus berkomen kerana mereka menunjuk siapa sebenar mereka.

Anonymous said...

Ibnu bagus membuka ruang yg banyak membuka minda rakyat sapa sebenar ph.

Anonymous said...

Bilion-bilion duit rakyat hilang tak kan nak tengok saja.
apa sudah jadiiii.

Anonymous said...

Hj hadi diseret islam tetap kami dokong dan perjuangkan. Di sri langka 500 org pemimpin gerakan islam digantung tapi islam tetap bersinar malah lagi berjaya. Setakat hj hadi sorang kami tetap perjuangkan islam. Kamu sedapkan hati kamu didunia akhirat allah akan membicarakan kamu. Ingat kalau islamlah dunia milik org kafir diakhirar milik kita takkan didunia milik kafir diakhirat pun nak ikut kafir jugak

Anonymous said...

3:23PM marah betul itu menunjukkan memg betul seperti apa yg dikata. Tenanglah kita berdailok jng emosi sngat dah memg pan khadam dap satu mlysia dah tahu jngan marah terima ajalah hakikatnya.

Anonymous said...

Nk ketawa jap .Ha ha ha dan ha . Dh blh tukar nama dari PAS ker PKM . Parti King Maker .

Anonymous said...

Bukan lemah kerajaan PAS tapi melemahkan individu yang makan duit 'derma 1MDB'. Jangan risau akaun individu saja bukan akaun parti.

Anonymous said...

Pas + bn = ug , halalkn rasuah
Pas + pH = kejar duit jawtan
Pas + bn + pH = khianati rakyat
PH + bn = demi rakyat
PH + katak = demokrasi
Ape punye sifir la diorang ni...mesti sekolah dulu matematik A+

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails