Saturday, July 07, 2018

T'ganu Beli Bas 2 Alam, 3 Juta Sudah Bayar, Bas Belum Dapat.


Keunikan bas dua alam Mampu bergerak dalam air dan daratan, itulah keunikan bas dikenali sebagai Amphicoach yang bakal menjadi tarikan pelancong terbaharu di Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri yang lalu telah membayar RM3 juta bagi kos pembelian bas dua alam amfibia (Amphicoach) tetapi masih belum menerima serahan kenderaan itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, keseluruhan kos satu unit amfibia itu berharga RM3.3 juta.

Namun menurutnya, Kerajaan Negeri masih belum menerima serahan rasmi bagi kenderaan itu walaupun telah dibayar sebanyak RM3 juta. Terangnya, dengan kelewatan serahan itu, pihak pembekal terbabit dikenakan caj denda sebanyak RM1,100 sehari kepada kerajaan negeri.


"Kos keseluruhannya RM3.3 juta dan kerajaan telah bayar RM3 juta dan bakinya lagi RM300,000 yang belum dibayar kepada pembekal. Kerajaan Negeri masih belum menerimanya dan sudah terlewat.

"Pembekal tadi dikenakan denda sebanyak RM1,100 sehari. Sekarang ini, syarikat berkenaan dikenakan dengan RM200,000 lebih dan saya yakin, kerajaan negeri tidak akan bayar satu sen pun sehingga bas itu diserahkan kepada kita nanti daripada baki itu," jelasnya kepada wakil media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin. Katanya, masalah dihadapi oleh kenderaan amfibia itu berkait dengan masalah enjin hidraulik bas yang rosak dan terpaksa diimport daripada Jerman.

"Masalahnya, beberapa minggu lepas peralatan enjin (hidraulik) bas yang itu rosak telah sampai diimport daripada Jerman. Sekarang sedang diperbaiki dan setelah siap dia (pembekal) akan serah kepada kerajaan negeri," jelasnya.

Ketika Kerajaan BN memerintah Terengganu, bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said berjanji membeli dua bas amphicoach daripada Malta. Namun, hanya sebuah sahaja yang dibeli dan dihantar ke Terengganu dengan harga RM3.3 juta melalui Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd.

Harakah dimaklumkan, kontrak beli ditandatangani pada 2014 dan syarikat terbabit sepatutnya membekalkan dua unit bas amfibia AmphiCoach GTS-1.

Manakala, Menteri Besar selepas itu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pula pernah berjanji bas berkenaan akan mula beroperasi Mei 2015.

Malah, berjanji sekali lagi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bahawa bas itu dijangka sampai Jun 2017.
Kenderaan bas amfibi buatan Malta itu tiba di negara ini Februari lalu dan kini telah berada di Terengganu.

Namun, setelah dua kali dipandu-uji bas dua alam itu di Sungai Terengganu telah berlaku kerosakan taknikalnya, hingga menjadi tular di laman sosial serta mendapat cemuhan masyarakat umum.

Sehubungan itu, Ahmad Razif terpaksa membuat pengakuannya apabila video tular di laman sosial Facebook mengenai kerosakan bas amfibia dua alam itu.

"Itu cuma masalah kecil saja. Saya sendiri yang pandu uji bas berkenaan dan mungkin akibat kesilapan saya yang memandu kenderaan itu dengan laju secara mendadak menyebabkan peniup udara tercabut.
"Memandangkan ketika ini ia masih dalam tempoh ujian dan percubaan, saya sudah minta supaya kenderaan itu diuji lagi selepas ini.
"Ini penting kerana kita mahu pastikan bas ini boleh berfungsi sebaik-baiknya di dalam air dan atas darat sebelum ia mula beroperasi, ujarnya bagi meredakan kritikan netizen tersebut.

Hos peniup udara ( blower hose ) kenderaan amphicoach itu tercabut ketika bekas Menteri Besar itu memandu ujinya di Sungai Terengganu. -HARAKAHDAILY 6/7/2018

Video: Bas 2 alam di Kuala Terengganu, bas Amfibia

Komen UAI Pasal Bas 2 Alam di Terengganu 

- Ustaz Azhar Idrus

7 comments:

Anonymous said...

‘Kalau kita tak jadi pemimpin, siapa yang akan dengar cakap kita?’- Almarhum TGNA

Perkara ini (ceburi politik) mungkin terjadi selepas mengenangkan kepayahan dan usaha beliau yang tak berbaloi masa berdakwah kat kelas dewasa.

Begitulah keyakinan Tok Guru dalam melihat politik sebagai gelanggang paling kuat dalam menyebarkan dakwah di bumi Malaysia ini. Insan bernama Tok Guru Nik Aziz akan terus berada dalam ingatan kita semua sebagai seorang insan yang telah mewarnai perjalan politik, pemikiran Islam dan dakwah di Malaysia. Tunggulah sehingga seribu tahun lagi, Nik Aziz sudah pasti tiada galang ganti, walaupun Almarhum pernah berkata,

“Patah, tumbuh, hilang akan pasti berganti. Itulah resam setiap yang hidup dan bernyawa. Itulah adat kepada setiap yang datang dan pergi. Dan itulah ketentuan iradat Allah SWT yang tidak boleh kita tolak sekiranya kita mengaku kita beriman.” – Tuan Guru Nik Aziz

========================================================================================
Pas kena tawan Putrajaya, baru oleh sembang for daulah Islamiyah Malaysia. Jika gagal juga di PRU15 nanti, bukan saja Pas, malah dgn admin / ibnu / 1.5 juta ahli pas sekali kita tanam dlm satu liang lahad di taklin perdana perkuburan massal. Ingat tu!

Macammana nak tawan? Ubah dogma politik kamu! atau senasib umno di pru14!

Anonymous said...

Berentilah kempen busuk anti Islam kamu tu. Sanggup jadi penjilat juboq DAP.

Anonymous said...

Menjadian sistem yahudi yakni bertuhankn undi utk daulah islamiyah?
Percubaan yg menarik

Anonymous said...

Apa nak heran. Pas pun pernah jadi penjilat dap. Karpal singh yg dari dulu hentam islam pun pas boleh jdkan dia rakan.

Anonymous said...


Kita merasa kasihan melihat barua-barua dedak cap roket menulis komen menfitnah ulama dan pemimpin parti Islam PAS dan perjuangan Islam seolah-olah barua-barua tidak beriman pada Allah, RasulNya, kitab, malaikat, Qadha dan Qadar dan Hari Akhirat.

Barua-barua jahat ini mungkin percaya konon abang besar biaDAP boleh mengampuni dan men'suci'kan semua dosa barua laknatullah ini. Malanglah manusia yang hanya melihat kebenaran selepas mereka mati.

Anonymous said...

Barua dedak pakatan 12:11 PM,

PAS telah melakukan kerjasama dengan dap untuk menumbangkan BN kerana dap bersetuju untuk menghormati Islam dan hak umat Islam. Apabila dap menunjukkan sikap anti-Islam, PAS telah membatalkan kerjasama dengan dap.

Malangnya puak PANdir seperti kamu yang masih menyondol dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi walaupun dap telah menentang dan menghina Islam.

Anonymous said...

Pas kan hanya sebuah parti politik jer. Sama je perjuangan dia dgn dap. Iaitu mengangkat sistem berparti dan undi ciptaan yahudi. Pas jgk diajar utk adakn pelbagai jawatan dlm parti. Kena up kan diri utk naik pngkat dlm parti. Kena kejar undi tk kira muslim ke non muslim utk naik memerintah dlm parlimen.
Sama jerr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails