Sunday, July 01, 2018

Siasat Akaun Parti PH Pula. Jangan Kata Dulang Paku Serpih...



KUALA LUMPUR: “Isnin ini bank sudah buka, boleh arahkan pihak berwajib lihat duit PAS dalam bank,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Bagaimanapun, kata beliau ianya hendaklah mengikut prosedur.
“Tapi ikut prosedurlah, bukan main hentam kromo dan guna media.
“Main-main arah dan tuduh supaya akaun PAS dibeku kerana terlibat dalam penggubahan wang haram,” katanya menerusi laman sosial Facebook.
Justeru, beliau mempersoalkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sama ada hendak mengikut cara demokrasi atau majlis revolusi.
Ini, katanya kerana itu dikira main langgar sahaja untuk membuat tuduhan dan fitnah.
Sekarang, ujarnya lagi PH sudah ada kuasa dan mereka boleh mengambil sahaja tindakan.
“Mungkin PH tidak perasan dia sudah memerintah. Jangan lupa juga tolong siasat akaun parti PH sama,” tambahnya.
Sehubungan itu, katanya PH jangan pula ibarat ‘kata dulang paku serpih, tuduh orang dia yang lebih’. – HARAKAHDAILY 1/7/2018

13 comments:

Anonymous said...

Tak payah risaulah ustaz, kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Kalau rasa PAS tak bersalah apa nak dirisaukan, mungkin dengan siasatan oleh SPRM ini akan memberikan keuntungan kepada PAS jika terbukti tidak menerima duit dari UMNO atau 1MDB. Tapi kalau sebaliknya mungkin PAS akan dipandang hina seperti parti-parti lain yang berkhiblatkan 'pulus' semata-mata.

bunbinban said...

ye betul. Relek la lebai. Tak salah apa nak takut. nik abduh pun relek, sbb tu dia senyap.kahkahkah. nasharuddin mat isa pun relek je. Yg lebai ni sesak napas nape?. Pandai la sprm nak siasat. Ph pun kalau parti lebai takut kena siasat jgn la sakat2 camtu...x baik. Kahkahkah...dah cagu sampai ke otak dah...kahkahkah

Anonymous said...

Dah sasau.. entah brapa lama lagi blh bertahan.

Anonymous said...

Siasatan ke atas akaun PAS ialah kerana 1MDB. Tak masuk akal lah...Najib nak bagi duit 1MDB kepada AMANAH. Jika ada, bukan hari ini PAS sepatutnya dyak AMANAH pun terlibat.

Ingat pihak berkuasa main beku akaun ikut suka.... se belum beku akaun PAS, Akaun 1MDB dah tunjuk ke mana duit tu masuk.



Anonymous said...

Mana mau lari ?

Selepas beku akaun, siasatan ke atas Nasharudin akan bermula..

Bermula sebagai penterjemah Najib dalam lawatan resmi ke negara Arab ...

Anonymous said...

Baruah2 pg jgn la nak berlagak jadi harimau dlm rimba. Relax la,,pas relax dan tak risau apapun fitnah pakatan haprak tu. Siasat sama kepala penyamun tun m hampa tu,,apa,,penyamun harta negara satu ketika dahulu sudah suci hanya dgn menjatuhkan najib? Memang hampa ni samada org kapiag,,atau melayu haprak yg mudah lupa....

Anonymous said...

Yes3, siasat jgn tak siasat. RM90juta banyak tu. Duit dr israel yg dap terima pun kena siasat juga. Sebab dgn duit tu, pan mampu bergerak secara hyperactive.

Anonymous said...

PAS tak kan berani mengulangi dakwaan terbuka yang DAP menerima duit Israel.

Pemimpin PAS hanya minta Akaun PH di siasat sebab akaun PAS di siasat.

Apa keperluan Akaun PH di siasat tak di sebut..

Tetapi jika siasatan 1MDB atau akaun UMNO menunjukkan aliran wang ke akaun PH, tetapi tak di siasat, boleh lah PAS buat dakwaan atau bantahan. Untuk dapatkan maklumat dan bukti kena lah tanya Najib sebab ada kemungkinan maklumat tersebut sengaja di sembunyi kan oleh badan siasatan.

Najib telah membuat dakwaan se orang Pegawai Tun Mahathir di beri RM10 juta.. Apakah Najib akan berdiam diri sekiranya dia pernah memberi wang pada mana-mana parti dalam PH?


Anonymous said...

Puak ph mencipta berbagai fitnah dan sekarang siri tutup akaun yg ada kaitan 1mdb sapa musuh ph misti kena kacau itu dah boleh baca dah sebab anti islam bukti takda dakwaan takda akaun kena tutup. Lepas ni siru haram kan parti yg ada kaitan dng 1mdb dah tentu2 pas pun terlibat sebab dasar anti islam ph. Lepas habis diharamkan pemimpin ph akan berantakan sama sendiri sebab rebut kuasa tunggulah siri2 tersebuta sebab apa yg rakyat agakkan satu persatu akan terjadi.

Anonymous said...

Cipta fitnah atau pengakuan oleh AJK PAS Pusat? Cuba tanya DR Zuhdi apa yang dia cakap masa ditemuramah oleh wartawan? Dan jangan lupa pula tanya sekali dengan Nik Abduh sebab ada peguam telah menerima rakamannya sebagai benar dalam mahkamah.

Anonymous said...

Sebab tu mulut jangan cerit berit, pantang ada microphone ada sahaja nak bercakap. Lepas tu macam-macam ayat-ayat dan rahsia-rahsia semua dibongkar sendiri oleh ustaz-ustaz dan AJK PAS.

Anonymous said...

Bab Najib cakap tu, macamlah ayat yang digunakan oleh SR bahawa PAS terima dana RM90 juta dari Umno. Kalau Najib yang terbukti menipu selama ini adakah tentang perkara ini boleh dipercayai?

Anonymous said...

Apa salahnya semua akaun parti dan pemimpin politik disiasat tak kira dari parti mana, mereka yg didapati bersalah pernah terlibat dgn rasuah msti dihukum tak kira bekas pm ke, pm ke, ahli pas,dap ke, dah tiba masanya penyiasatan dan pendakwaan dilakukan oleh badan yg berkuasa bukn lg oleh ahli politik, ahli politik tak perlu campur tangan. Keadilan mst ditegakkan seadil2nya jgn smp dilihat melakukan kezaliman, untuk tdk berlaku zalim ahli politik jgn lg mencampuri urusan sprm, sprm sahaja yg boleg mngeluarkan kenyataan bukn lg mana2 ahli politik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails