Monday, July 02, 2018

Proses Kelunturan A/Islam Mula Berlaku Dalam K'jaan PH.



KUALA LUMPUR: Novelis, Faisal Tehrani mencadangkan kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Agama bagi menasihatkan agensi Islam di negara ini.

Penulis 7 buku yang diharamkan kerajaan terdahulu atas alasan membawa pengaruh Syiah dan ancaman terhadap “keselamatan negara”, bagaimanapun enggan mendedahkan perkara yang dibincangkan lanjut dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

“Pertemuan tadi sangat positif. Beberapa cadangan dipertimbangkan Majlis Penasihat Kerajaan.

“Reformasi penambah baik antara keperluan untuk Majlis Penasihat untuk institusi agama terdiri daripada beberapa (pihak), bukan saja agamawan, tapi ahli akademik, aktivis masyarakat, sosiologis dan teologis,” katanya selepas pertemuan lebih sejam dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham.

Faisal Tehrani ialah nama pena bagi Dr Faizal Musa, felo penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faisal berkata, beliau turut membincangkan 7 buku yang diharamkan kerajaan terdahulu dengan Majlis Penasihat Kerajaan dan isu penindasan terhadap Syiah.

“Ya, hal itu dibincangkan. Tapi saya tak boleh berikan perincian mengenainya lagi.”

Faisal antara aktivis dan agamawan yang dipanggil Majlis Penasihat Kerajaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembaharuan ke atas institusi agama Islam. Individu lain ialah Mufti Perlis, Pulau Pinang dan Johor.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pengharaman Kementerian Dalam Negeri ke atas 4 buku tulisan Faisal kerana melanggar hak kebebasan bersuara penulis.

Buku itu berjudul “Sebongkah Batu di Kuala Berang”, “Karbala”, “Tiga Kali Seminggu” dan “Ingin Jadi Nasrallah”.

MR : Ketegasan Rasulullah s.a.w. untuk tidak membenarkan Abdullah Ibnu Salam membaca kitab Taurat pada setiap malam Sabtu menunjukkan sumber Islam mestilah murni... Adakah Rasulullah s.a.w. jumud tidak terbuka sedangkan Taurat juga kita Allah? 

..
MINDARAKYAT


Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

2 comments:

Anonymous said...

Syiah adalah mazhab dlam islam. Tak pe. Kata hadi awang dan tuan ibrahim.

Pmimpin pas pun sokong dan perakui syiah.

Apa nk heran.

Anonymous said...

Syiah mat sabu ke...?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails