Tuesday, July 03, 2018

Polimik Mana Agenda Islam Di Manifesto PH? Dr Mohd Rosdi Jawab Nik Omar.

Imej yang berkaitan
Nik Omar Nik Aziz..

Nik Omar Nik Aziz (TGNA) menulis Org Pas tanya Sy mana  agenda Islam dlm  manifesto PH. Yg tanya ni Pensyarah Universiti ada Phd. Sy tanya dia  balik sila buktikan di mana dlm manifesto PH yg tidak Islamic atau menentang Islam? 

Apakah menentang penyelewengan ekonomi itu bukan tuntutan Islam? Apakah membela rakyat yg dibebani hutang itu tidak disuruh oleh Islam? Apakah menghapuskan cukai GST yg menindas kehidupan rakyat menyalahi Islam? Apakah menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan institusi awam itu tidak dituntut oleh Islam? 

Islam Pas hanya terletak pada nama partinya saja. Islam Pas hanya hudud saja. Islam Pas hanya kafir, halal, haram dan lawan Dap saja. Saya tanya beliau lagi apakah Undang²  Jalan raya, speed limit, berat muatan dan pakai tali keledar yg bertujuan menyelamatkan nyawa bukan Islamic? 

Apakah berpuluh Undang²  utk melindungi  harta awam, harta negara dan rakyat tidak Islamik? Apakah Undang² rasuah itu bercanggah dgn Islam? Semua Undang² bertujuan baik, utk kebaikan rakyat dan negara, cuma perlaksanaannya barangkali  tempang dan perlu dipinda utk lebih adil.

Inilah puncanya apabila Org Islam melihat Islam dari sudut politik sempit, sedangkan Islam itu panduan hidup yg syumul, lengkap dan inklusif.  Kita tidak perlu Undang² Islam, yg kita perlu Undang² utk umatnya. Islam tidak perlu Undang² tetapi  Muslim, Ummah perlu Undang².

Sebenarnya umat Islam terlalu lama terperangkap dlm  kekeliruan di antara Islam sebagai  ADDIN, PANDUAN HIDUP dgn  UMAT ISLAM 
Wallahu A’lam.. والله أعلم 
Hasil carian imej untuk tok Guru Nik Aziz

Kita jawab begini:

1. Apa yang dimaksudkan dengan AGENDA ISLAM itu ialah menentukan status kedudukan agama Islam dan aqidah serta darjatnya dalam organisasi atau manifesto PH secara tekstual yang jelas seperti yang dinyatakan dalam perkara 3 (1) Perlambagaan Persekutuan yang menyebut : “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. 

2. Oleh sebab itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Islam Negara (IKSIM), Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata peruntukan tersebut memberi hak secara undang-undang untuk kita tafsirkan ISLAM ITU ADALAH AQIDAH NEGARA. Inilah yang tidak disukai oleh DAP. Oleh sebab itu kita perlukan pernyataan yang jelas dan bukan sekadar konotasi atau analogi yang boleh diubah-ubah.

3.  Nampaknya Nik Omar yang tak faham soalan seorang Dr. Falsafah. Memang pun seorang ahli akademik dia akan bertanya dan mahukan jawaban yang objektif dan bukan subjektif seperti dalam jawaban Nik Omar di atas.

4. Kata-kata Nik Omar sendiri : “Saya tanya dia  balik sila buktikan di mana dlm manifesto PH yg tidak Islamic atau menentang Islam?” jelas menunjukan beliau tidak bezakan antara makna perkataan ISLAMIK dengan ISLAM, sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan makna yang jelas.

5. ISLAMIK ialah apa-apa yang berunsur atau mengguna pakai ciri Islam, tetapi ia tidak bermaksud mesti mengajak manusia kepada Tauhid seperti yang disebut oleh Baginda SAW dalam hadis Jibril ketika ditanya apa itu Islam. Sebab itu kita ada HONG LEONG ISLAMIK BANKING dan sebagainya kerana ia hanya mengamalkan sistem Islam tetapi tidak Islam dari sudut aqidah institusinya.

6. Bapa saudara Nabi SAW  adalah seorang yang amat Islamik kerana telah membantu dan membela Baginda Rasulullah SAW ketika menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah, namun beliau tidak mati sebagai seorang muslim kerana tidak melafazkan syahadah. Sebaliknya, Isteri Baginda, Khadijah,  juga seorang yang telah banyak berkorban kepada Baginda SAW. Beliau telah mati sebagai seorang muslim kerana menerima dan melafazkan Tauhid. Barangkali, inilah hikmahnya Allah adakan dua tokoh ini untuk kita bezakan antara yang Islamik (Abu Talib) dan yang Islam (Khadijah). Rupanya kekeliruan seperti ini timbul semua pada zaman kita.

7. Sejak 40 tahun sebelum perutusan Baginda SAW sebagai Rasul, ciri-ciri Islamik seperti itu telah lama diamalkan oleh Bangsa Quraish Mekah apabila memajukan Baitullah (Kaabah) dengan menyediakan pelbagai kemudahan makan minum dan tempat tinggal kepada para pengunjung pada musim Haji. Pada zahirnya ia sudah cukup baik dan tidak bercanggah dengan Islam pun. Hasilnya, mereka jadikan perbuatan tersebut sebagai alasan untuk menolak seruan Tauhid yang dibawa oleh Baginda SAW.

Lantas Allah menjawab dgn firman-Nya:
 (أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ) 
~At-Taubah/9 Yg bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

8. Adapun ISLAM ialah anutan dan terapan aqidah Tauhid bersama 4 lagi rukun Islam dan 6 rukun Iman yang kita sedia maklumi. Kedudukan perkara inilah yang dimaksudkan oleh penanya tersebut. Oleh sebab itu, sesuatu yang islamik itu memang baik tetapi ia tidak akan dianggap Islam selagi tiada rukun Islam dan Rukun Iman dalam amalannya. 

9. Perlu diingatkan segala amalan yang baik dan islamik sekalipun akan terbatal bila ia bertolak dari asas bukan Tauhid. 

Firman Allah SWT: 
(مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ)
~ At-Taubah/17.Yg bermaksud: 
“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”

10. Jangan salah faham saya menuduh syirik pulak. Oleh sebab itu politik mesti dilihat bersekali dengan aqidah dan bukannya sekadar siasah syar'iyyah semata-mata. Jadi dalam kes ini, PAS kah yang berpandangan sempit atau jawaban Nik Omar yang agak longgar.
Sekian Wassalam

Dr. Mohd Rosdi Ismail
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

MR : Nik Omar bukan keliru tetapi 'terpesong' sama juga penangih dadah mereka bukan keliru tapi sudah terpesong dan sukar untuk kembali semula kerana sudah lumrah "nafsu sentiasa mendorong' kepada kesesatan.... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

4 comments:

bunbinban said...

betul. Segala segi kita kena labelkan sebagai islamik. Contohilah PAS. Saksikan sendiri, betapa islamiknya PAS. Fitnah, caci, maki, label semua islamik kerana di lakukan secara jemaah. Kahkahkah. Belum lagi secara jemaah mempertahankan penyamun terhebat dlm sejarah tamadun moden manusia. Dan secara jemaah menghina ahli parti sendiri hanya kerana tidak sependapat dgn tuang presiden dlm perkara khilaf. Islamik gitu. Harap so called MR dan DR, cari dan dengar balik ceramah2 oleh almarhum TGNA. Dengar dan hadam. Bukannya bila dengar sekadar terhanguk-hanguk tapi satu habuk pun x paham, cuma berkehendakkan pahala menghadiri kuliah. Sesedap hati, mengata org lain terpesong kerana nafsu dan sesat. Cukup islamik!. X lama dah, kita akan tengok pelbagai alasan dan hujah mengunakan hadith dan Al Quran demi mengjustifikasi tindakan walaupun jelas ianya bercanggah dgn agama islam. Lebeh kurang camni la, dia rogol perempuan tu sbb tak mau perempuan tu kena rogol dek kafir harbi. Contoh la, bukannya jadi betul2 rogol tu. Korang ni bkn boleh caya gak, jenis lurus bendul.kahkakah...hadi dah gi ziarah najib ke? Member sedondong tu dlm musibah, takan x gi ziarah. Dulu masa member tu berkuasa, bukan main semangat nak berpeluk, bila member dah hilang kuasa, korang tinggalkan dia sorang2 layan karaoke...kahkahkah..islamikkan.

Anonymous said...

Kita nak negara Islam tapi tidak islamik, atau negara yang ujud agenda Islam nya tapi tak Islamik.

Malaysia telah lama menjadi negara Islam yang tidak Islamik..

Adakah Khadijah masuk Islam terus atau Khadijah tertarik dengan ciri-ciri Islamik yang di bawa oleh Rasullullah saallahhuailaihiwassalam melalui perniagaan ?

Ada orang yang memeluk Islam kerana dapat hidayah dan bukan kerana sebab Islamik atau ada nya Agenda Islam

Sejak 40 tahun sebelum perutusan Baginda SAW sebagai Rasul, ciri-ciri Islamik seperti itu telah lama diamalkan oleh Bangsa Quraish Mekah apabila memajukan Baitullah (Kaabah) dengan menyediakan pelbagai kemudahan makan minum dan tempat tinggal kepada para pengunjung pada musim Haji. Pada zahirnya ia sudah cukup baik dan tidak bercanggah dengan Islam pun. Hasilnya, mereka jadikan perbuatan tersebut sebagai alasan untuk menolak seruan Tauhid yang dibawa oleh Baginda SAW.

Tak kan lah hasil nya mereka menolak seruan Tauhid, tentu ada yang menerima seruan Tauhid pada masa itu.

Ayat itu bukannya menolak pendekatan Islamik tetapi menolak orang yang beranggapan mereka telah Islam dengan mengikut cara Islamik.

Wallahualam.

Anonymous said...

Bunbinban kamu tahu sebenarnya apa itu islam tapi kamu pusung. Sebenarnya kamu memusing diri kamu sendiri. Bertaubatlah kembali pada islam sebenar

Anonymous said...

Doktor ckp psl islamic. Tapi bertuhankn undi yg samarata oleh muslim dn non muslim. Mengangkat cara perlantikan pemimpin oleh yahudi.
Bengap doktor ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails