Friday, July 06, 2018

LGE, TT Manifestasi PH Pinggir BM -Dr Mohd Khairuddin.



KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) mesti menunjukkan kesungguhan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Jangan memberi isyarat yang salah kepada rakyat bahawa PH telah meruntuhkan tonggak asas bernegara yang telah dipersetujui oleh semua kaum.

Sebelum ini, Lim Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau serta mempertahankan tindakan itu.  Malang lagi, pimpinan PH turut membela Menteri Kewangan tersebut dengan menganggap isu tersebut adalah kecil.

Sedangkan, Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan akan keperluan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan.

Semalam pula, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan Pendakwa Raya ke atas kes melibatkan DS Najib Razak memohon agar prosiding di Mahkamah Tinggi dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris. Ia barangkali berikutan penguasaan Bahasa Melayu yang lemah oleh beliau.

Sidang media yang mahu diadakan oleh beliau selepas itu juga turut dibatalkan pada peringkat awal selepas didesak oleh orang ramai supaya beliau menggunakan Bahasa Melayu.

Selaku Peguam Negara, beliau sepatutnya lebih memahami akan tuntutan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mahukan segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah dijalankan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Keadaan ini juga menunjukkan sebenarnya seawal mencadangkan nama Tommy Thomas untuk dilantik sebagai Peguam Negara dahulu, Kerajaan PH tidak prihatin terhadap Seksyen 11(2) Akta Profesyen Undang-undang 1976 yang menyatakan “tiada seseorang pun berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

Insiden ini jelas merupakan manifestasi bahawa Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh PH yang menerajui Kerajaan. Rakyat perlu bangkit menegur kepincangan ini.  
Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
05 Julai 2018 | 21 Syawal 1439H
-HARAKAHDAILY 5/7/2018

4 comments:

Uku said...

Kekuasaan politik melayu akhirnya dapat dipecahkan oleh dap hasil perrncangan yg telah lama mereka buat, skrg mereka secara halus akan melaksanakan agenda mereka ketika melayu msih tidak sedar diri lg dgn bercakaran sesama sndiri,

ted manoff said...

Yang nii aku sokong..mari martabatkan bahasa malaysia..👍👍

ikan said...

sokong dengan syarat jangan tambah g bila cakap bahasa malaysia di ganu

Anonymous said...

Orang melayu kena skrew dgn dap dibantu oleh macai2 amanah dan pkr.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails