Monday, July 02, 2018

JAKIM Distruktur Semula, Jabatan Agama WP Ditukar Kementerian. Mengapa?




2 JULAI: Jabatan dan agensi berkaitan agama Islam bawah Jabatan Perdana Menteri telah mengalami penstrukturan semula dan berkuatkuasa 1 Julai lalu.
Sejumlah tujuh agensi diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) manakala enam lagi dipindah kementerian.
Menurut surat Ketua Setiausaha Negara kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 26 Jun 2018, cadangan rasionalisasi struktur JPM itu telah diluluskan dan berkuatkuasa semalam.
Menurut surat itu, tujuh agensi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPeim), Yayasan Wakaf Malaysia, TV Al-Hijrah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
Sebelum ini, TV Al-Hijrah, Ikim, Yadim dan YaPeim misalnya berada bawah JPM secara terus.
Sementara itu, empat jabatan dan agensi berkaitan Wilayah Persekutuan yang sebelum ini bawah JPM dipindah ke Kementerian Hal Ehwal Wilayah Persekutuan, menurut surat itu lagi.
Empat jabatan dan agensi itu ialah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp),
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah pula diletakkan bawah Kementerian Undang-undang dan Kehakiman dan Halal Development Corporation bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Menurut surat itu lagi, Lembaga Tabung Haji kekal bawah JPM manakala Institut Wasatiyyah Malaysia dibubarkan.
Setakat ini belum jelas sama ada akan ada lagi penstrukturan semula bidang tugas agensi agama terutama JAKIM.
Jabatan agama negeri pula tertakluk bawah kerajaan negeri masing-masing.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan melihat semula pentadbiran Islam di negara ini, terutama JAKIM, kerana menganggap ia telah menimbulkan gambaran salah terhadap agama itu seperti terlalu keras dan memaksa.
“Kita akan tentukan negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa,” katanya.
(/www.bnbbc.my)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa, sila beri pendapat anda..

7 comments:

ikan said...

nak halang orang guna agama umtuk kepentingan diri.

Anonymous said...

otak ikan tak boleh pakai. ha ha ha.
buat sup boleh. atau kari kepala ikan.

Anonymous said...

Betul3. Kena halang parti yg guna agama. Parti yg guna liberal atau yg guna syirik kena pastikan berfungsi. Hidup liberal.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hidup liberal.
Hidup liberal
Hidup Malaysia
Hidup PH!!!
Mampuskan PAS!

Anonymous said...

Aku tambah lagi!
Hidup gambar seks mencarut
hidup liberal
hidup PH!

Anonymous said...

Yg penting hadi wang dn tuan ibrahim sahkan syiah adalah salah satu mazhab dlm islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails