Sunday, July 01, 2018

Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar


PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf kerana menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementerian berkenaan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan.
“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang dikhususkan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, tiada bahasa lain, bahasa adalah jiwa bangsa.
“Kalau menteri langgar, itu harus ditentang, dia telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara.
“Kita kena bantah supaya dia sedar, supaya dia kembali ke pangkal jalan,” katanya kepada pemberita ketika demonstrasi aman di hadapan Masjid Putra di sini hari ini.
Beliau bersama-sama tokoh-tokoh terkemuka negara yang lain bakal menyerahkan memorandum bantahan berkenaan ke Kementerian Kewangan di sini.
- UTUSAN ONLINE

3 comments:

ted manoff said...

Ketua wanita pakatan harapan desak perkahwinan bawah umur dihentikan..gila punya lebaii..bab kahwin no1..apa pandangan tuan ibnu..

Lim guan eng said...

SAYA SUDAH MINTA MAAF. JADI KES DI TUTUP .

Anonymous said...

hati2 ted. kamu tu Allah yg cipta. jgn pandai2 tunjuk lebih pandai dari Allah. Nabi kahwin dgn Aisyah 9 thn. Jgn nanti Allah laknat kamu sbb celupar sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails