Wednesday, July 04, 2018

DAP Mahu Jawatan Speaker Perak, Ketepikan Calon Melayu. Kalau Tak Beri..


Dengan lafaz bismillah…
Saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagi Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini. Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.

Ini kerana DAP turut menghantar nama dan menamakan Dato Ngeh Koo Ham sebagai calon mewakili DAP. Pelbagai hujah diberikan kepada DAP untuk memberikan laluan kepada Keadilan memandangkan Exco Kerajaan Negeri telah dimiliki oleh DAP sebanyak 5 posisi. Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin DAP tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam.

Sehinggalah saya diminta menarik diri dari pencalonan ini maka dengan berat hati saya penuhi. Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada DAP tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya kerana sikap tamak haloba kita dalam kedudukan, kuasa dan nama rakyat menjadi mangsa.

Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan namun yang angkuh tetap angkuh. Bagaimana saya menerima tekanan dari Ds Nizar yang menyuruh saya menarik diri dari pencalonan dan menyatakan sokongan kepada Dato Ngeh Koo Ham. 

Bagaimana rombongan DAP yg diketuai Nga Kor Ming mendesak dan memberi tekanan kepada Anwar Ibrahim di hospital agar Anwar bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri. Dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama ADUN dihadiri oleh Dato Ngeh tanpa diundang. 

Biar apa sahaja hujah yang diberikan, DAP tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa Inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir, kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki.) Di akhirnya AMANAH menyatakan sokongan kepada DAP dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker.

Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini, saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri. Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri.

Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya. Kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan. Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat.

Saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah swt.
SASI : Siti Aishah Shaik Ismail

14 comments:

Anonymous said...

berapa ramai rakyat puak tu yang tak paseh bm
besar kepla nak tunjuk depa boleh idup kat negara ni walau
tak panadai bm
60 ada kuasa amnoo tak tegas soal bm
bnayak nama jalan bangauna taman perumahan bangaun perniagaan
kondo kondo dibagi nama penjajah
cilaoko betoi
in tm asalnya tegas perlu dalam hal hak negara ni
jangan bagi muka lagiiii
amnao paktan sama saja dalam bab hak melayu
cakap aja lebih

Anonymous said...

Benar kata lobai hadi, ph menang tp tunduk pd dap. Jadi nampak sgt khianat pan pd pas. Ketuanya lobai sabu. Sila lobai sabu tunjuk bahwa melayu ph mash dominasi.

Anonymous said...

Najib dh ditangkap..yahoo..ni berita lg best dr hasyim idiot tu

Anonymous said...

Marilah kita sebagai ahli pas solat hajat agar dsn dilepaskan. Kami percaya bhw bn dibawah najib lebih bagus memerintah drpd ph. Najib orngnya tawaduk. Dia jimat cermat. Hanya umno parti yg mampu perintah negara. Kami pas belum mampu lagi. Bn boleh kalahkan ph.aminnnn

Anonymous said...

Hebat amanah..mat sabu,dr zul ,mujahid yr,tn.khalid samad,mahfuz omar,dr hatta,anuar tahir dll..tahniah menteri & timb. dari amanah..tahniah malaysia..majoriti mnyokonng malaysia baru.

Anonymous said...

Moga islam lebih kuat akibat dari penguasan puak ph. Ameeeen

Anonymous said...

Keluar aja dari pan kalau betul2 iklas berjuang untuk islam dan bangsa melayu ph tidak boleh diharap untuk jaga kepentingan melayu terutama agama islam.

Anonymous said...

Pemimpin pan tengah seronok dapat jawatan menteri dan tmbln hasil dari kemenangan fitnah. Jng harap mereka nak bela melayu dan agama islam.

Unknown said...


PAS apa dapat habuk pun tarak berjuang sambil undur kebelakang sampai bila nak sampai keputera jaya,dah berpuluh tahun berjuang tak dapat-dapat jatuhkan umno ,harap PH juga yang boleh jatuhkan umno,sepatutnya PAS sokong hampa tak dapat jatuhkan umno kawan hampa boleh,janganlah dok meroyan sebab kalah,sudah2 lah

Anonymous said...

Pas ok aja yg meroyan puak ph sebab dah dikencing.

Anonymous said...

Menang tapi islam tergugat baik kalah tetap perjuangkan islam. Ingat akhirat jugak jng lupa allah maha mengetahui.

jalilnor said...

LAHABOI.. MELAYU PAKATAN HARAPAN LEBIH PANDAI ???
DAP TETAP DAP... ORANG UMNO CAKAP PH TAK PERCAYA..... HA HA HA

Anonymous said...

Baru menang taj sampay setahun krono dah dapat berbilion. Melayu dapat apa jng banga dng kemenangan tapi bangsa sendiri terpinggir. Buta ke apa puak melayu ph

Anonymous said...

Hj abu bawak bukak hati tu sikit ph menang jakim terus dikacau puak libral berani mintak macam2 siti kassim terus boleh beri pandangan dlm akhbar. Tuan hj abu cuba jangan takbur dng kemenangan pemimpin ph khianati perjuangan islam sanggup lebihkan dap dari islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails