Monday, April 09, 2018

ADUN PAS Paya Jaras Masuk PKR. Apa Komen Anda?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Mohd Khairuddin Othman telah meninggalkan parti itu untuk masuk PKR dan dijangka mempertahankan kerusi beliau untuk parti barunya.

Selaku calon PAS dahulu, Khairuddin menang DUN Paya Jaras dalam cubaan kedua beliau, mendapat 14.3 peratus majoriti undi menewaskan calon BN.

Kemasukan beliau ke dalam PKR disahkan malam tadi dalam suatu ceramah di Sungai Buloh.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima borang keanggotaan beliau dan menjelaskan Khairuddin sebagai seorang 'kawan yang dihormati'.

"Sesiapapun yang yakin dengan perjuangan Pakatan Harapan, sesiapa yang berhasrat mengutamakan agenda reformasi, kami mengalu-alukan mereka bersama HARAPAN," kata Azmin.

Masalah Khairuddin dengan PAS menjadi semakin ketara pada tahun lalu apabila beliau digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan PAS Selangor.

Pada ketika itu, terdapat desas-desus mengatakan beliau digugurkan kerana kelihatan 'terlalu mesra' dengan kakitangan kerajaan Selangor.

Walaupun PAS bermasalah dengan DAP, PKR dan AMANAH, para ADUN empat parti itu tetap meneruskan pembentukan negeri Selangor atas alasan mereka mendapat mandat memerintah ketika zaman gabungan Pakatan Rakyat.

Jika Khairuddin dicalonkan, beliau akan berhadapan beberapa cabaran getir berbanding sebelumnya.

Khairuddin perlu menangani sempadan baru SPR di Paya Jaras yang meningkatkan jumlah pengundi yang menyokong BN pada 2013.

Desas-desus pegawai khas PM

Beliau juga mungkin akan bertanding menentang Isham Jalil, pegawai khas Perdana Menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan akan menjadi calon BN di sana.

Akhirnya, terdapat kebarangkalian besar Khairuddin terpaksa menentang calon daripada bekas partinya, PAS.

Pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan semalam.

Dewan Undangan Negeri Selangor dijangka dibubarkan esok. (gigitankerengga.blogspot)


7 comments:

Anonymous said...

Kita tidak merasa hairan melihat seorang manusia liberal yang suka memakai kostum dewa china dan mengkhianati perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Bahkan puak munafik pun pernah mengkhianati Rasulullah s.a.w. dengan tindakan mereka keluar dari tentera Islam semasa pasukan tentera Islam menuju ke medan perang.

Eloklah orang-orang munafik keluar dari jemaah Islam supaya jemaah Islam menjadi lebih kuat dan kukuh.

Anonymous said...

Lebih munafik orang yg telah dibagi amanah untuk membela rakyat di parlimen tp selalu jer ponteng. Jgn pandang diri org jer beb pandang diri sendiri sama. Ckp tak serupa bikin.

Anonymous said...

Ya setuju munafik sebenar ialah balaci-balaci ternakan parti kafir harbi roket yang berdiam diri seperti syaitan bisu setiap kali pemimpin pakatan sekular liberal pimpinan sifu evangelis ponteng sidang parlimen.

Sebaliknya, munafik-munafik ternakan roket buat heboh seluruh donia jika pemimpin parti Islam tidak hadiri sidang parlimen kerana sakit dll.

Anonymous said...

Sebab Mengapa Pakatan Sekular Liberal Pimpinan Sifu Evangelis Roket Mentang RUU Anti-Berita Palsu.

Pakatan munafik sekular liberal pimpinan parti kafir harbi DA-Pig telah mencipta pelbagai fitnah untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Maka kita tidak merasa hairan pakatan dajal telah menjaja fitnah kononnya PAS terima rasuah RM90 juta.

Bukti pakatan dajal telah memfitnah PAS:

(Quote)
Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam akan mengambil tindakan saman.

Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.(Unquote)

Sumber bukti: tranungkite.net

Anonymous said...

Bahkan balaci-balaci ternakan roket berdiam diri membisu seribu bahasa seperti syaitan bisu setiap kali pemimpin-pemimpin roket disiasat atau didakwa oleh SPRM.

Sebaliknya balaci-balaci ternakan roket sibuk mencipta pelbagai fitnah seperti UG, rasuah RM90 juta dll untuk memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam walaupun kita semua mengetahui semua pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih.

Anonymous said...

Woi anon 10:43 am, jangan kencinglah.

Kita penyokong dan ahli PAS telah mengecam orang yang memakai kostum dewa china tersebut seban perbuatannya bertentangan dengan Islam.

Anonymous said...

In sha allah islam akan kami perjuangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails