Thursday, April 12, 2018

Muslim Warnai Liga B/Sepak England &Atlet Pakaian 'Telanjang'.


SUKAN

TANPA dirancang, bola sepak di England kini diwarnai pemain-pemain Muslim di mana situasi yang jarang sebegini bukan menjadi kebiasaan di negara itu pada suatu masa dahulu.

Lebih menarik, mereka turut menjadi pujaan penyokong kelab masing-masing berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dan tiada langsung unsur Islamophobia atau diskriminasi kepada pemain-pemain ini.

Buat masa ini, nama-nama besar seperti Mohamed Salah, Paul Pogba dan Mesut Ozil merupakan pemain-pemain beragama Islam yang disanjung tinggi oleh penyokong tegar kelab mereka.
Pemain yang telah memberi impak paling besar kepada penyokong kelab yang diwakili tentunya adalah Salah, pemain yang digelar sebagai Egyptian King oleh penyokong Liverpool.
Prestasi membanggakan Salah musim ini telah menyebabkan penyokong Liverpool mengubah suai lirik lagu Sit Down dendangan kumpulan James dengan lirik mahu ikut Salah ke masjid.
Kehadiran pemain beragama Islam dalam kancah Liga Perdana Inggeris ini membayangkan satu toleransi serta keterbukaan masyarakat Eropah kepada penganut Islam melalui sukan bola sepak.
Perkembangan ini sememangnya sangat positif memandangkan keadaan yang berlaku di seluruh dunia di mana ancaman kebencian akibat Islamophobia masih berleluasa.
Sebelum ini, dunia bola sepak sering dibayangi oleh isu perkauman apabila pemain berkulit hitam sering menjadi mangsa cemuhan masyarakat kulit putih.
Malah isu tersebut kini membayangi Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia Jun depan apabila penyokong bola sepak negara itu sinonim dengan kelakuan rasis terhadap pemain berkulit hitam.
Bagaimanapun, situasi itu bukanlah menjadi masalah di England dengan kehadiran ramai pemain berkulit hitam dan juga pemain dari pelbagai agama dan bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang bermain dalam liga di negara itu.
Yang lebih membanggakan, aksi melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol atau pun menadah tangan berdoa kini telah menjadi satu kebiasaan dan bukan lagi suatu perkara aneh buat masyarakat England sejak kehadiran pemain-pemain Muslim ini.
Selain Salah, Pogba dan Ozil, terdapat ramai lagi pemain beragama Islam yang diberi keyakinan beraksi bersama pasukan EPL dan kelakuan mereka juga memeberikan contoh baik kepada penyokong di England.
Sebagai contoh, Salah dan rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane lebih cenderung untuk melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol.

Yang lebih membanggakan, aksi melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol atau pun menadah tangan berdoa kini telah menjadi satu kebiasaan dan bukan lagi suatu perkara aneh buat masyarakat England sejak kehadiran pemain-pemain Muslim ini.
Selain Salah, Pogba dan Ozil, terdapat ramai lagi pemain beragama Islam yang diberi keyakinan beraksi bersama pasukan EPL dan kelakuan mereka juga memeberikan contoh baik kepada penyokong di England.
Sebagai contoh, Salah dan rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane lebih cenderung untuk melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol.
Selain mereka, Pogba terkenal dengan tindakannya menderma sebahagian besar daripada gajinya kepada pertubuhan amal, selain pemain Leicester City, Riyad Mahrez yang juga diketahui berbuat demikian.
Antara pemain beragama Islam yang mewarnai saingan EPL kini termasuklah N’Golo Kante (Chelsea), Yaya Toure (Manchester City), Islam Slimani (Newcastle), Marouane Fellaini (Manchester United) dan Shkodran Mustafi (Arsenal).

Antara pemain Muslim yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Melalui satu artikel yang ditulis aktivis dan penulis, Nabila Ramdani di The Guardian, pemain beragama Islam yang beraksi di England boleh dianggap sebagai contoh kepada industri yang bernilai puluhan bilion pound itu.
Dalam tulisannya, Nabila berkata di saat sesetengah mereka tampil megah mempersembahkan tatu atau fesyen rambut masing-masing, segelintir yang lain pula berkongsi gambar mereka menunaikan ibadah Umrah atau Haji atau membaca kitab Al-Quran.
Imej yang ditampilkan mereka bercanggah dengan dakwaan negatif penyokong kumpulan Football Lads Alliance (FLA) yang bersatu atas kebencian terhadap pemain beragama Islam.
Jelas Nabila, FLA masih gagal keluar daripada era mengejek dan mencemuh pemain berkulit hitam dengan bunyi seperti monyet atau pun kata-kata kesat kepada pemain yang dibenci.
“FLA biasanya bersama-sama kumpulan English Defence League yang kononnya setia kepada Angkatan Tentera Britain, namun ramai anggota mereka meringkuk di dalam penjara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk keganasan melampau,”katanya dalam artikel tersebut.
Dalam pada itu, Nabila turut menambah bahawa lambakan pemain beragama Islam dalam saingan EPL telah mematikan tuduhan bahawa sikap ekstremis hanya datang daripada agama Islam.
“Mereka sama sekali enggan mengakui pembunuh dan pengganas juga dilakukan orang kulit putih yang radikal dan tidak berlengah menyalahkan Islam sebaik saja ada peluang berbuat demikian,” katanya.
Situasi ini sebenarnya sangat membanggakan buat penganut agama Islam seluruh dunia terutama sekali bagi peminat bola sepak.
Ia sekaligus menunjukkan bahawa bola sepak kini tidak melihat daripada warna kulit atau agama dan setiap orang berpeluang bersaing dalam peringkat tertinggi sekiranya mempunyai bakat.
Dalam tidak sedar, pemain-pemain ini sebenarnya telah melakukan dakwah dan menunjukkan contoh baik seorang Muslim kepada seluruh dunia. (IH)


Terjun! Wakil Negara Umat Islam Malaysia Pandelela – Jun Hoong Raih Emas Ketiga Negara.


Banggakah umat Islam Malaysia mempamerkan wakil atlet negara wanita yang berpakaian 'tetapi telanjang'? 

Kalau anda tidak mahu begini, dan mahu bersukan mengikut peraturan Islam, maka dalam pilihan raya umum 14 ini, anda kena pilih atau undil parti Islam di Malaysia, yang mahu menegakkan negara Islam di bumi Allah ini.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

4 comments:

Anonymous said...

http://keadilandaily.com/mobile/?post=32684

Mahathir paling takut bila Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi
Perdana Menteri.

[caption id="attachment_32688" align="alignright" width="280"] Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.[/caption]

"Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.

"Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau,
Mokhzani.

"Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang
semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.

"Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan
segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya...," kata Anwar.

Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.

"MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan
kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.

"MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini
telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.

"Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan
pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak," tegas beliau.

Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih
keuntungan.

"Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu
dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih
tetap ada.

"Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup
terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat,"

Anonymous said...

Hujah Anwar Ibrahim mengenai kejahatan Mahathir

Anonymous said...

kalau nak mengundi nanti sila check dengan pemimpin2 parti bertanding

Saya dah check dengan Audio Video Jeming Hassan. Ayoyoooooooooooo Ampun.

Pergi ke website dibawah, sila tengok video Jeming. Kah kah kah Aku Audio2 tak main la bro. Aku paling kurang pun video


http://www.infokini.my/video-husam-alat-jimat-minyak/

Ketua Pemuda PAN Kelantan Jeming Hassan Serlah KeBodohan Backup Husam Berkaitan alat penjimat minyak Tahan 15 Tahun Berikutan tular klip video alat yang dikatakan boleh menjimatkan minyak petrol motosikal selama 15 tahun

Kah kah kah. Audioooooooooooooooooooooooooooooooo

Anonymous said...

Memang conpim ibni ni suka gambor2 seksi ya. Dulu video gelek la ni pakai swim suit. Harga barang naik barang pun ikut naik. Tahniah la ya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails