Thursday, April 12, 2018

Melayu Jijik Logo DAP, Kerana Itu Tukar. -Ins Pemikir S'pura


SINGAPURA – Langkah pelik dan inovasi Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo tunggal iaitu PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terus menimbulkan persoalan cepumas yang menarik.

Ini terutama DAP, apabila tiba-tiba memutuskan bersetuju ‘korban’ logo roket yang menjadi identiti mereka sekian lama adalah cukup aneh walhal ‘otai’ parti itu, Lim Kit Siang pada PRU ke-13 lalu pernah menangis secara terbuka.
Umum maklum, ketika itu DAP berdepan kemungkinan besar diharamkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) apabila mesyuarat agung tahunannya diragui susulan banyak aduan ahli dan diarahkan untuk perlu dibuat semula.
Lebih kelakar, DAP langsung tidak pernah menukar logo ciptaan Goh Hock Guan itu termasuklah semasa masih bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 dan Barisan Alternatif pada dua PRU sebelumnya.
Bagaimanapun perkara itu terbongkar apabila hasil kajian oleh Institut Kajian Asia Tenggara-Institut Yusof Ishak di Singapura pada tahun lalu yang menunjukkan hanya lima peratus pengundi Melayu di Johor sedia menyokong DAP.
Baki selebihnya menurut laporan penyelidikan institut pemikir milik pemerintah republik tersebut mendedahkan majoriti masyarakat Melayu jijik melihat logo roket, malahan menyamakan imej itu dengan logo petir di Singapura.
Untuk rekod, lambang seumpama kilat berdentum itu merujuk logo Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965 dan turut menggunakan akronim Petir dalam rujukan bahasa Melayu.
PAP mengasaskan DAP sebagai warisan kesinambungan ideologi Malaysian Malaysia diperjuangkan sementelahan perlembagaan Malaysia melarang keras parti luar negara membuka cawangannya untuk disertai rakyat tempatan.
Bagi orang Melayu di Johor yang turut ada ramai saudara mara di Singapura, sejarah kesan pemerintahan PAP amat dirasai sehingga mengakibatkan kaum tersebut bertekad memastikan usaha DAP cuba berkuasa tidak akan berlaku.
Mengulas isu itu Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad berkata, terdapat beberapa kemungkinan menyebabkan DAP terpaksa juga mengambil keputusan lucu yang drastik tersebut.
Institut Pemikir Singapura Dapati Melayu Jijik Logo DAP
Kemungkinan pertama, adalah sebagai perangkap untuk kaburi pandangan pengundi Melayu yang sebahagiannya ‘fobia’ dengan logo roket sangat sinonim dengan konsepMalaysian Malaysia yang ditolak oleh umat Islam sendiri.
Kedua, mungkin DAP sudah lama menyedari bahawa penggunaan logo roket sebenarnya adalah amat tidak selamat untuk diri mereka sendiri melihat kepada persepsi negatif orang Melayu terhadap imej jahat lambang tersebut.
“Ketiga, ini mungkin taktik untuk membersihkan imej mereka yang selama ini didakwa konon tidak pro-Melayu,” jelas Ruhanie yang pernah menjadi ahli parlimen Parit Sulong di Johor ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan.
Mengulas lanjut, beliau berharap supaya pengundi Melayu di seluruh negara dapat menggunakan kebijaksanaan mereka memilih parti terbaik dalam PRU ke-14 ini dan tidak terpedaya dengan penyamaran DAP berlogo PKR!
“Pastikan pilihan kita adalah yang terbaik untuk menjamin keselamatan politik dan sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera selaku bangsa teras di Malaysia terus kekal terpelihara,” tegas Ruhanie. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..

2 comments:

ted manoff said...

Satu pesta menjual barang keperluan harian pada harga murah yang dinamakan Jualan Sentuhan Rakyat diadakan semalam di kawasan Parlimen Putrajaya.

Banyaklah barang yang dijual dengan harga lelong, antaranya ayam RM5 seekor, beras 10kg berharga RM5, daging lembu antara RM15 hingga RM20 sekilogram, selain barangan lain seperti telur, kentang, bawang, ikan, milo, susu pekat dan pelbagai lagi.

Pendeknya, semua yang dijual adalah murah-murah belaka.

Turut sama menjadi “jurujual” dan “pembantu kedai” kepada pesta jualan harga murah itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hamzah Zainuddin, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruldin.

Kehkehkeh....dekat-dekat nak pilihanraya ini macam-macam perangai pelik pemimpin UMNO dan BN boleh menjadi santapan kita.

Adakah ini suatu lawak jenaka atau lakonan untuk memperbodohkan rakyat?

Kenaikan kos sara hidup yang antara lainnya adalah disebabkan cukai GST, penarikan beberapa subsidi serta kegagalan kerajaan menstabilkan harga minyak, adalah perkara nyata yang dialami setiap hari oleh rakyat di seluruh negara.

Ia bukanlah perkara main-main yang hadirnya secara bermusim.

Oleh itu, kenapa pesta jualan murah seperti ini hanya diadakan menjelang pilihanraya saja?

Apakah di ketika dekat pilihanraya saja rakyat memerlukan barangan pada harga murah, manakala di waktu yang lain mereka tidak memerlukannya?

Apakah memadai menyuapkan rakyat dengan jualan harga murah selama sehari saja dalam tempoh lima tahun?

Bagaimana dengan hari-hari yang lain, baik lima tahun sebelum ini atau lima tahun akan datang?

Jika benar ingin menolong rakyat menangani kos sara hidup yang kian meningkat, kenapa tidak diadakan jualan lelong atau harga murah ini setiap minggu dan di seluruh kawasan Parlimen serta DUN seluruh negara?

Mengadakan jualan harga murah hanya selama sehari dalam tempoh lima tahun dan kemudian membiarkan rakyat terkapai-kapai menanggung bebanan kos sara hidup selama beribu-ribu hari selebihnya, adakah ini cara pemimpin-pemimpin BN menolong rakyat dan berlagak kononnya mereka prihatin dengan kesusahan rakyat?

Tidakkah ini hanya lawak jenaka dan tidak lebih bertujuan memperbodohkan rakyat semata-mata?

Yang para menteri dan KSN sibuk-sibuk mahu jadi "jurujual" dan " pembantu kedai" kepada jualan murah ini untuk apa?

Itukah kerja dan peranan mereka dengan gaji puluhan ribu yang diperolehi daripada cukai wang rakyat?

Atau sebaiknya pemimpin seperti dijadikan "penjual ayam" yang kekal saja selepas pilihanraya nanti? (ShahbudinHusin 12/04/2018)

Anonymous said...

Sal Ted, hanh mengigau selfie amoy langgar dada ka macam Michael Sabu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails