Wednesday, April 11, 2018

Dedak, Dedak. Lori Dedak Terbalik. Sekarang Musim Dedak Terbalik(PRU)?




SEBUAH lori sarat muatan dedak ayam terbalik selepas terbabas di persimpangan Jalan Luku-Sepang dekat Port Dickson, hari ini.
Bagaimanapun, pada kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, pemandu lori berkenaan, lelaki berusia 40 tahun hanya cedera ringan.
Saksi kejadian berkata, ketika kejadian, dia melihat sebuah lori bergerak laju menuruni bukit dari arah Sepang dan membelok ke arah Seremban.
Hasil carian imej untuk pkr/DAP
Musang DAP berbulu ayam PKR,
Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

13 comments:

Anonymous said...

Untuk Pilihanraya ini kita wajib semua meolak Pkatan Harapan

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.


Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

kita wajar menolak semua komponen Pakatan Harapan kerana DAP adalah anti Islam. PH dipunyai oleh DAP dan PKR pula memberi logo mereka sebagai logo komponen PH

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

TEORI 3 P

PAS di Kedah dan Kelantan, subur kerana banyaknya pondok yang biaya untuknya datang dari zakat yang dibayar kepada guru pondok oleh penanam padi. Padilah, yang pada mulanya menjadi sumber kewangan yang menyuburkan pertumbuhan sekolah ugama rakyat atau pun pondok (Teori 3 P = Padi, Pondok dan Pas). Itulah sebabnya di kawasan yang ada padi saja wujudnya pondok di seluruh Semenanjung. Di kawasan-kawasan FELDA terdapat PAS yang benihnya telah menetas di sana di waktu Presiden PAS Dato' Asri bin Haji Muda menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar di waktu PAS berada dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak untung dengan menguasai negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah.

Anonymous said...

Alahai.........wala` unta, yg pegang kuasa sejak 60 tahun dulu umno @ melayu @ pas @ isle, tapi malangnya, umno pas melayu isle dayus bachol khunsa tak berani haramkan DAP,........
apa? takut perang ko? takut tak sempat naik audi q7 ko, takok tak rasa dok dale umoh rm3juto ko?

wei....boh!....deh hamPAS mampos ok deh!

Anonymous said...

Pergi kerja berulang alik,

mengangkat kain di jemuran,

menjual kain di Tuaran,

Lori dedak roket terbalik,

Dedak roket jatuh bertaburan,

Balaci roket roket mati kebuluran.

Ha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

Pembetulan:

Pergi kerja berulang alik,

Menjemur kain di jemuran,

Menjual kain di bandar Tuaran,

Lori roket sudah terbalik,

Dedak roket jatuh bertaburan,

Balaci roket mati kebuluran.


Ha ha ha ha ha ha

oh kasihan!

ted manoff said...

Dulu pas kerjasama dgn dap blog tuan ibnu sokong 100%..lps dpt dedaq buat pusingan u plk..


Harussana harussini..😀😁😂😃😄

Anonymous said...

PERSOALAN TED SUDAH DIJAWAB OLEH KEPIMPINAN ISMA

https://www.ismaweb.net/2018/01/03/hikmah-putusnya-tahaluf-siyasi-pas-dap/

Hikmah putusnya tahaluf siyasi PAS-DAP

Amaran: penulisan ini mungkin perit untuk ditelan oleh pelbagai pihak.

Tahun 2018 disambut oleh pengumuman Datuk Mahfuz Omar untuk keluar daripada PAS dan saya hanya tersenyum kerana sudah lama mengagak saat ini akan tiba.

MASIH ingatkah anda istilah ‘parasit-parasit PAS’ yang pernah popular dahulu yang didedahkan oleh Datuk Dr Hasan Ali dan akhirnya beliau dipecat daripada parti itu, di mana PAS itu sendiri melihat beliau sebagai parasit sebenar?

Ramai yang tidak mempercayai pendedahan Datuk Dr Hasan Ali itu, malah menganggap bahawa beliau hanya mahu mengucar-ngacirkan partinya sendiri. Sangatlah rugi apabila PAS kehilangan tokoh-tokoh Islam yang hebat dan bersih seperti Datuk Dr Hasan Ali dan Datuk Dr Nasharudin Mat Isa yang dicantas oleh para parasit dahulu.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa PAS ketika itu lebih kurang seperti seperti PAN sekarang, yang sering optimis dengan DAP tetapi terlalu berkasar pada UMNO dan mana-mana parti melayu Islam yang tidak sehaluan atau tidak menyokong tahaluf siyasi PAS-DAP seperti Parti BERJASA yang hanya bertanding di kerusi-kerusi majoriti pengundinya Islam tetapi tiada calon Muslim. Sesiapa yang mengikuti PRU lepas akan tahu betapa teruknya Berjasa dihentam oleh PAS terutamanya penyokong-penyokong PAS, kononnya Berjasa menentang Islam kerana menentang pakatan rakyat yang dianggotai oleh PAS.

Walaupun DAP banyak menentang Islam pada ketika itu, seperti hudud dan sebagainya tetapi PAS hanya berlapang dada dan mendakwa kononnya tindakan tersebut adalah sebahagian daripada ‘dakwah’. Slogan ‘rahmatan lil alamin’ yang sering dipergunakan oleh PAN sekarang bukanlah perkara yang baru, malah telah digunakan sejak PAS bertahaluf siyasi dengan DAP lagi. Malah golongan-golongan liberal juga dilihat menyenangi PAS berbanding UMNO ketika itu.

Walaubagaimanapun, hikmah wujudnya Dewan Ulama PAS yang menjadi tunjang atau ‘veto’ di dalam struktur organisasi PAS menjadi halangan untuk para parasit bermaharajalela mencorakkan fikrah jemaah serta menentukan hala tuju dan keaslian perjuangan PAS.

Akhirnya, kebenaran bahawa wujudnya ‘parasit-parasit PAS’ dibuktikan selepas lebih 3 hingga 5 tahun. Ada yang tubuh parti baru, ada yang sertai parti lain, ada juga yang menghilangkan diri.

Alhamdulillah, PAS kini sudah tiada apa-apa hubungan dengan DAP, malah telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Putusnya tahaluf siyasi dengan PKR juga penting kerana PKR seringkali menggunakan fitnah sebagai modus operandi untuk berpolitik. Mana mungkin sebuah parti Islam boleh bersahabat rapat dengan penipu dan pembohong lebih-lebih lagi PKR seringkali dilihat sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS sekarang menunjangi Gagasan Sejahtera, yang dianggotai oleh IKATAN dan PCM berserta sokongan yang kuat oleh NGO-NGO Islam. UMNO juga semakin cenderung untuk melaksanakan syariat-syariat Islam walaupun ramai lagi pemimpin-pemimpinnya yang bermasalah seperti korup dan anglofil. Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) juga sangat baik, matang dan menampilkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang ikhlas dan bersih perjuangannya.

Bagaimanapun, inilah dakwah dan peranan yang lebih utama yang patut dilakukan oleh sebuah parti Islam. Inilah yang umat Islam inginkan sekian lama; kesatuan umat. Umat Islam mahu usaha-usaha mendaulatkan Islam dilakukan oleh orang Islam itu sendiri, bukannya oleh puak anti-Islam yang hanya bersandiwara mempergunakan kita. Tanggungjawab mentarbiah umat terletak di bahu kita!

Sebagai kesimpulan, putusnya tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dilihat sebagai perubahan yang besar dalam lanskap politik negara dan semestinya sangat menguntungkan umat Islam. Saya berharap agar PAS istiqamah dan teguh dengan prinsip dan pendekatan seperti sekarang!

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.

IMRAN HARITH BIN AZMY

Anonymous said...

Sepatah isu diuatarakan oleh pentaksub DAP, semuanya sudah dijawab oleh Portal Ismaweb - Portal NGO Islam Ikatsan Muslimin

Itu aku pakai hujah NGO berkecuali, Kalau pakai hujah PAS sure meraung

Anonymous said...

Dulu PAS berkerjasama dengan DAP sebab DAP (berpura-pura) menghormati Islam tetapi lakonan DAP terbongkar selepas PRU 13 apabila DAP menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

DAP menendang PAS keluar dari PR dan menghapuskan PR supaya DAP boleh membuat pakatan baru untuk menentang ajaran Islam sebab PAS teguh memperjuangkan agama Islam dan membela hak umat Islam di negara ini.

Tahniah dan syabas kepada PAS kerana memutuskan hubungan dengan DAP dan talibarutnya kerana PAS cintakan Allah dan RasulNya.

Kita sentiasa menyokong PAS dan perjuangan Islamnya.

Anonymous said...

Sangatlah rugi apabila PAS kehilangan tokoh-tokoh Islam yang hebat dan bersih seperti Datuk Dr Hasan Ali dan Datuk Dr Nasharudin Mat Isa

Hilang ke mereka yg kat atas nih???
Knp tak report polis???
Hebat ke mereka??? Ofkos lah hebat....
dulu jalan tunduk jaaa... skrg fly hight....

Anonymous said...

Bukti yang jelas parti selam bekerja sama dengan DAP semasa Pakatan Rakyat....fitnah ke???

Anonymous said...

Kita pun hairan juga mengapa sifu evangelis roket sendiri berdiam diri tak report polis dan sprm tentang skandal banglo, skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal tanah dll.

Mengapa sifu evangelis takut nak report ? Bukankah berani kerana benar dan takut kerana salah?

Atau adakah skandal2 ini dilakukan secara berjamaah melibatkan sifu sendiri ?

Ya lah kita faham jika sifu buat report, nanti sifu sendiri kena soal siasat. Silap haribulan sifu masuk ke dalam makan minum free.

Wah hebat sifu, dulu berjalan seperti raja yang hebat tetapi sekarang sifu berjalan tunduk malu seperti anak dara di hadapan pendakwaraya dan hakim.

Ha ha ha ha ha kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails