Friday, February 09, 2018

Tun M Pengerusi, Tetapi DAP Berkuasa. Apa Guna?

Kantoi... PH Sendiri Boikot PRU Protes Mahathir Jadi PM

KUALA LUMPUR – “Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, tapi hakikatnya DAP yang berkuasa di belakang tabir”

Demikian pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung struktur kepimpinan Pakatan Harapan ketika ini. Beliau menjelaskan perkara itu dalam satu wawancara oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.


Abdul Hadi turut meminta masyarakat Cina mesti menolak parti yang agresif terhadap Melayu seperti DAP. Menurut beliau, DAP mengancam hubungan kaum di negara ini kerana bersifat rasis dan tidak menghormati hak orang Islam.


“Parti-parti Cina saling bersaing mendapatkan undi Cina. Mereka saling menunjukkan sikap anti Islam walaupun berulang kali diberi penjelasan.

“Walau hujah mereka rapuh tapi tetap membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran,” katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu menerangkan, Pakatan Harapan sibuk menyerang PAS kerana gagal menundukkan PAS. Menurut beliau, Pakatan Harapan menyerang PAS kerana hanya PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Mahathir dan DAP.


“Kita dapat menghidu sejak dari awal khususnya selepas DAP menang banyak kerusi.

“Ketika itu DAP bersikap lantang dan tidak menghormati hak orang Islam dan sering memainkan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan kaum,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu HasyimMahathir pengerusi tetapi DAP paling berkuasa! Kalau begitu, apa guna.. Demi kuasa sanggup menjadi pengkhianat agama, bangsa dan tanah air.

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

8 comments:

Unknown said...

angkat saja lebai sewel jadi pm????

Anonymous said...

Salah seorang rakyat bodoh dan otak udang di Malaysia ialah Ibnu Hasyim. kah...kah...kah....

Anonymous said...

Lanun Bugis + Zahid Bangla + Bomoh Mah + Hadi maka terkenalah Malaysia sebagai negara Rasuah di dunia.

Anonymous said...

mat membenci Islam maka apa jua usaha mendualatkan Islam akan ditentang oleh DAP.


http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

Hanya orang cerdik sahaja yang berjaya melihat parti kafir harbi roket melakukan pecah dan perintah (divide and rule) parti-parti liberal dalam Pakatan Wayang.

Kita melihat pemimpin-pemimpin parti kafir harbi roket berjaya melaga-lagakan dan melemahkan pemimpin-pemimpin Melayu sekular liberal yang tidak cerdik supaya mereka tidak mampu mencabar ketuanan parti kafir harbi roket. Dan akhirnya, semua pemimpin Melayu sekular liberal yang tidak cerdik akan menjadi khadam yang tunduk dan patuh pada ketuanan parti kafir harbi roket.

Setiap kali sifu banglo terlajak diskaun dan tuang punahsihat roket memberi arahan kepada khadam-khadam mereka, khadam-khadam tersebut hanya mampu menjawab " Yes boss!" .

Maka kita tidak akan terkejut jika parti kafir harbi roket akan memerintah negara kita melalui boneka-boneka parti kafir harbi roket. Akibatnya agama Islam dan umat Islam akan ditindas oleh parti kafir harbi roket melalui boneka-boneka sekular liberal ternakan roket. Dan kes memurtadkan kanak-kanak Islam hanyalah permulaan sahaja bukan yang terakhir.

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

Di antara kak jijah, MahaFiraun, Mike Selfie Amoi dan sifu banglo terlajak diskaun, siapakah yang bodo dan siapa yang cerdik? Siapa menggunakan siapa sekarang untuk berkuasa?

Biasalah yang bodo akan menjadi makanan yang cerdik. Bila kerusi disamun oleh geng sendiri, pemimpin-pemimpin kuali hanya mampu menangis macam bayi lapar susu seolah-olah parti kuali telah mati dan kerusi-kerusi kuali sedang difaraid di antara Nuah liberal, MahaFiraun dan sifu banglo terlajak diskaun. Innalillahi ......

Belum perintah negara ini, puak sekular liberal dan kafir harbi ini sudah bergaduh tentang kerusi dan jawatan PM dll sedangkan puak-puak ini belum lagi memenangi PRU 14. Pakatan Mat Jenin ! Dan parti kafir harbi roket sendiri pun terlibat dalam 66 skandal.

Jika mereka menang, habis rosak dan punah ranah negara ini kerana mereka terlalu mementingkan diri sendiri sahaja!

Oleh sebab itu, kita umat Islam perlu menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama Islam.

Anonymous said...

Lee Kuan Yew gerun dan respek politik dan kepimpinan Mahathir.

Jika DAP ingin kan kuasa dan kawal kuasa melayu, tentu masa Hadi bersama PR, Hadi jadi ketua pembangkang..

Mat Bon said...

Confused -- UMNO kata Tun M ini diktator. TGHH pula kata DAP yang berkuasa. Boleh ka diktator kalah dengan DAP ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails