Friday, February 09, 2018

S'wak Banjir, 57 Sekolah Ditutup. Kerana Tebang Balak Juga Ke?

Banjir: 57 sekolah ditutup di Sarawak
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru. - Foto fail Astro AWANI

KUCHING: Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup dan tidak beroperasi setakat 8 pagi ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru.

"Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 57 sekolah berbanding 55 yang direkodkan semalam," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata jumlah penduduk terjejas banjir juga meningkat kepada 4,444 orang berbanding 4,267 yang dicatatkan malam tadi.
Hasil carian imej untuk banjir serawak
Hasil carian imej untuk banjir serawak
Hasil carian imej untuk banjir serawak

"Semua mangsa banjir ditempatkan di 24 PPS merangkumi Samarahan 106 orang, Serian (1,201), Sarikei (lapan), Sibu (1,175), Mukah (100), Bintulu (1,532) dan Limbang (322)," katanya.

Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sarawak banjir turut menjejaskan operasi klinik kesihatan di negeri ini.

"Banjir mengakibatkan lapan klinik tidak beroperasi iaitu Klinik Kesihatan Ulu Teru serta Klinik Kesihatan Long Loyang di Miri, Klinik Kesihatan Nanga Taroh, Mukah, Klinik Kesihatan Sungai Arip, Sibu, Klinik Kesihatan Tamin, Selangau, Klinik Kesihatan Nanga Tau serta Klinik Kesihatan Sangan di Bintulu dan Klinik Kesihatan Batu Danau, Limbang," katanya.
-- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimSerawak diserang banjir, 57 sekolah ditutup. Kerana tebang balak juga ke, macam Pulau Pinang?


E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

Anonymous said...

Apabila Sarawak banjir, kita bimbang buaya ganas Crocodylus porosus yang bersaudara dengan dengan Bujang Senang' akan masuk ke dalam kampung dll untuk mengganas.

Tetapi yang buaya yang paling ganas ialah buaya ternakan rejim roket yang berselera besar membaham segala-galanya demi mengumpul kekayaan untuk parti roket dan pemimpin dan kroni roket walaupun skandal-skandal roket menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Kalau tak percaya, cuba tanya Mr Mike Microphone !

Anonymous said...

Nak tahu sebab tebang pokok atau tidak....tengok warna air banjir. Kalau jernih maknanya air hujan. Kalau air kuning atau warna tanah...itu maknanya akibat pembersihan pokok-pokok. Sebab air kuning itu air tanah yang dihakis.

Anonymous said...

Tak dok doh ko iklan kerja petik buah kat obersi Tn Hasyim......he he he

Anonymous said...

Nak kata bodoh kau ni ibnu hashim dah tua bangka. Tapi soalan kau memang bangang. Jawapannya memang betul...salah satu sebab banjir menjadi lebih besar di Sarawak kerana kegiatan membalak. Kau tahu berapa ratus ribu hektar kawasan balak yang di tebang oleh Taib Mahmud...pekak la kau ni...asyik tulis cerita lucah kat blok kau sampai tak sempat buat kajian ilmiah.
Penang pula banjir memang la bukan sebab tebang balak tapi sebab negeri itu diperintah oleh DAP kapir lahanat...kah kah kah.....makin banyak hidu kentut hadi makin bangang jadinya....

Sahra in Dubai said...

Assalamualaikum siapa tau bisa membantu anda. Dan aku mau cerita kisah nyata dalam kesuksesan aku selama ini. Aku dulu anak petani 3 bersaudara aku anak ke 3, 3tahun lalu orang tuaku pusing karna banyak hutangnya gara-gara aku di sekolahkan sampai lulus kuliah, tapi aku diam2 mencari cara supaya semua hutang orang tuaku bisa terlunasi. Waktu itu aku buka-buka facebook aku dapat website https://pesugihanputihislamia.blogspot.co.id/2018/01/pesugihan-putih-islami-uang-ghaib.html?m=1. aku buka di google. Alhamdulillah sekarang orang tuaku tidak punya beban lagi sama orang. Awalnya memang takut hubungi nomer beliau karna kata orang larangan agama. Setelah dengar arahan mbah suroto ternyata bukan juga jalan sesat. Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana ghaib, anka ghaib togel, jampi pelet, dll tergantung dari keyakinan kita juga dan tidak ada namanya tumbal. Mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 terima kasih..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails