Monday, February 05, 2018

18 Perkara M/ Syariah Bukan Tribunal Rendah -Danial Ariff Shaari



PANDANGAN ringkas berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi:

1. Doktrin ‘basic structure’ adalah doktrin asing yang tidak semestinya terpakai ke atas Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. Sekiranya doktrin tersebut terpakai, persoalan timbul samada Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ‘basic structure’ yang sama atau tidak berbeza terlalu ketara dengan perlembagaan negara-negara lain.

3. Sekiranya didakwa mempunyai persamaan, adakah perlembagaan negara yang sesuai untuk dijadikan rujukan untuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia selain negara sekular dan/atau republik dan/atau yang tidak mempunyai agama bagi negara atau persekutuan.

3A. Perlembagaan Persekutuan Malaysia berdiri di atas paksi dan elemennya tersendiri bertitik tolak daripada legasi bapa kemerdekaan, sejarah zaman berzaman dan undang-undang tempatan atau ‘law of the land’ yang unik daripada perlembagaan negara lain.

4. Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan mengikut aturan atau prosedur yang diperuntukkan, walaupun ia akan mengubah ‘basic structure’ yang didakwa wujud dan terpakai.

5. Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat semakan kehakiman atau ‘judicial review’ ke atas perkara-perkara di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah selagi ia termasuk dalam Senarai II Senarai Negeri.

6. Mahkamah Sivil tidak boleh merebut bidang kuasa Mahkamah Syariah semata-mata kerana tiada peruntukan khusus yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri kerana ia masih boleh diperuntukkan secara implikasi atau ’by implication’.

7. Mahkamah Sivil juga tidak boleh mendakwa ia mempunyai bidang kuasa ke atas sesuatu perkara yang tidak disentuh oleh Enakmen Negeri atau diperuntukkan ke atas Mahkamah Syariah secara automatik, kerana ia masih jatuh dalam bidang kuasa Dewan Undangan Negeri melalui Senarai II Senarai Negeri.

8. Mahkamah (Tinggi) Syariah juga mempunyai bidang kuasa untuk melakukan semakan kehakiman ke atas keputusan Mahkamah (Rendah) Syariah, selari dengan Perkara 121(1A) dan selagi ia termasuk dalam Senarai II Senarai Negeri.

9. Mahkamah Syariah bukan ‘akin to inferior tribunals’ kerana keputusannya adalah mengikat atau ‘binding’ serta mempunyai kuasa undang-undang atau ‘force of law’.

10. Mahkamah Sivil tidak boleh membuat semakan kehakiman ke atas keputusan Mahkamah (Rayuan) Syariah kerana bidang kuasa eksklusif.

11. Mahkamah Persekutuan dikuatiri terkhilaf dalam membaca Seksyen-Seksyen di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak 2004 kerana Enakmen tersebut membezakan antara memeluk Islam dengan pendaftaran muallaf dan seterusnya pengeluaran ‘Certificate of Conversion’.

12. Mahkamah Persekutuan dikhuatiri terkhilaf apabila berpendapat bahawa kesahan atau ketidaksahan dalam pendaftaran muallaf dan seterusnya pengeluaran ‘Certificate of Conversion’ bermaksud dan hanya bermaksud bahawa seseorang itu adalah atau tidak atau tidak pernah memeluk Islam secara prosedural.

13. Mahkamah Persekutuan dikhuatiri terkhilaf dengan beranggapan bahawa Enakmen Pentadbiran Islam adalah semata-mata undang-undang prosedural kerana Enakmen ini hakikatnya adalah pembangunan Hukum Syarak iaitu undang-undang substantif yang sewajarnya dan selayaknya berada di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

14. Mahkamah Persekutuan dengan itu dikhuatiri mencabuli Perkara 121(1A) iaitu merebut bidang kuasa Mahkamah Syariah khususnya dalam perihal memeluk Islam dan keluar daripada Islam atau murtad.

15. Mahkamah Persekutuan dikhuatiri terkhilaf apabila mengisytiharkan bahawa penukaran agama anak-anak di bawah 18 tahun oleh ibu atau bapa atau penjaga adalah tidak berkeperlembagaan berasaskan doktrin asing ‘basic structure’.

16. Mahkamah Persekutuan dikhuatiri terkhilaf apabila beranggapan bahawa ibu atau bapa atau penjaga tidak mempunyai hak yang sama, berunsur diskriminasi, atau melebih hak pasangan lain atau penjaga lain di bawah Perkara 12(4) dalam menentukan agama anak-anak di bawah 18 tahun secara sepihak.

17. Mahkamah Persekutuan dikhuatiri mencabuli, secara sepenuhnya dan secara efektifnya, hak ibu atau bapa atau penjaga yang memeluk Islam untuk menentukan agama anak-anak di bawah 18 tahun di bawah Perkara 12(4) serta hak kumpulan agama Islam untuk mengurus tadbir hal ehwal agama Islam melalui Pendaftar Muallaf dan Mahkamah Syariah dan hak untuk menubuhkan serta menguruskan institusi Islam bagi pendidikan anak-anak dalam agama Islam di bawah Perkara 11(3).

18. Mahkamah Persekutuan dikhuatiri terkhilaf apabila gagal mengambil kira perintah hadhanah yang diperolehi terlebih dahulu oleh bapa yang memeluk Islam dan merebut bidang kuasa Mahkamah Syariah berhubung hal ehwal agama Islam, perkahwinan, perceraian dan hak penjagaan anak keatas orang yang menganuti agama Islam.

Danial Ariff Shaari
Aktivis ISMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa solusinya? Tegakkan negara Islam di Malaysia melalui...

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

1 comment:

Anonymous said...

SERUAN UNTUK UMAT ISLAM

Kita umat Islam telah menyaksikan bagaimana puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi bersekutu, berkerjasama dan bersekongkol untuk memurtadkan kanak-kanak Islam dengan menghina dan menafikan hak agama Islam, mahkamah Syariah, Perlembangan Persekutuan, kontrak sosial dan umat Islam.

Kita yakin tragedi malang ini bukanlah yang terakhir kerana ia akan berulang lagi kerana musuh Islam terlalu berani melakukan provokasi terhadap agama Islam dan umat Islam secara terbuka.

Wahai umat Islam bangkitlah dari tidur, koma atau kealpaan kerana musuh Islam sentiasa berusaha untuk memurtadkan ahli keluarga tuan-puan.

Cuba tanya diri kita sendiri adakah kita rela membiarkan musuh Islam bebas menghina agama Islam dan menafikan hak kita semua sebagai umat Islam ?

Jika Allah bertanya pada kita di mahkamah Allah mengapa kita membiarkan musuh Allah memurtadkan kanak-kanak Islam, adakah semua alasan kita boleh membebaskan diri kita dari kemurkaan Allah?

Jika kanak-kanak tersebut mengadu pada Allah tentang umat Islam yang membiarkan mereka dimurtadkan oleh musuh Islam , apakah alasan kita untuk melepaskan diri dari hukuman Allah?

Kita yakin jika Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, baginda tidak akan membiarkan puak munafik dan puak kafir harbi memurtadkan kanak-kanak Islam.

Wahai umat Islam , marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Marilah kita semua memulaukan dan menolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi supaya mereka kalah dalam PRU14. Jika mereka kalah, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menindas agama Islam dan umat Islam dalam negara Islam sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails