Saturday, February 10, 2018

Azmin Mahu PKR S'gor 21 Kerusi. Itu Punca Gaduh PPBM &Amanah




AIDCNews -09/02/18 -Keghairahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR membolot 21 kerusi DUN merupakan punca perbalahan parti Keadilan itu dengan parti sekutu Pakatan Harapan (PH), PPBM dan Amanah.
Menurut sumber, PKR dikatakan mahu bertanding 21 kerusi DUN dan DAP, 18 kerusi, manakala selebihnya dibahagikan kepada dua parti lain iaitu PPBM (9), dan Amanah (8).
DAP dikatakan berpuas hati dengan pembahagian kerusi itu kerana kawasan DUN majoriti pengundi Cina dan separuh Cina tidak direbut oleh rakan-rakan sekutu PH yang lain.
Pada PRU lalu, DAP bertanding 15 kerusi DUN dan menang semuanya, iaitu DUN Sekinchan (Ng Suee Lim), Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), Teratai (Tiew Way Keng), Balakong (Eddie Ng Tien Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Kinrara (Ng Sze Han), Subang Jaya (Hannah Yeoh Tseow Suan), Bukit Gasing (Rajiv Rishyakaran), Kampung Tunku (Lau Weng San), Damansara Utama (Yeo Bee Yin), Sungai Pinang (Teng Chang Khim), Pandamaran (Eric Tan Pok Shyong), Kota Alam Shah (Ganabatirau Veraman), Teluk Datuk (Loh Chee Heng) dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan).
PKR Selangor di bawah pengerusi PKR negeri, Azmin pula berazam mahu mengekalkan status quo bahawa PKR merupakan parti paling banyak menghantar calon sepertimana PRU 13.
Pada PRU lalu, PKR bertanding di 21 kerusi DUN, menang 14 kerusi, kalah 7 kerusi DUN
Kerusi yang menang di DUN; Ijok (Idris Ahmad), Rawang (Gan Pei Nei), Batu Caves (Amirudin Shari), Bukit Antarabangsa (Azmin Ali), Kajang (Lee Chin Cheh), Seri Setia (Nik Nazmi Nik Ahmad), Taman Medan (Haniza Mohamed Talha), Bukit Lanjan (Elizabeth Wong Keat Ping), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Batu Tiga (Rodziah Ismail), Sementa (Daroyah Alwi), Pelabuhan Klang (Abdul Khalid Ibrahim), Seri Andalas (Xavier Jayakumar Arulanandam) dan Sri Muda (Mat Shuhaimi Shafiei).
Manakala kerusi yang kalah di DUN; Batang Kali (Ramachandran Kandasamy), Permatang (Mohd Yahya Mat Sahri), Bukit Melawati (Manikavasagam Sundram), Kuang (Tenku Maraziyah Tenku Sulaiman), Semenyih (Hamidi A. Hassan), Kota Damansara (Mohd Nasir Hashim) dan Dengkil (Borhan Aman Shah).
Menurut sumber, PKR mahu bertanding di Batang Kali, Permatang, Bukit Melawati, Kuang, Semenyih dan Dengkil telah menjadi perbalahan dengan PPBM.
PPBM menganggap 6 kerusi itu merupakan kerusi UMNO yang sepatutnya menjadi miliknya dalam PRU 14
PKR juga dikatakan berminat untuk bertanding semula di DUN Kota Damansara dan kerusi itu juga turut dituntut Amanah.
Selain itu, PKR dikatakan turut berminat bertanding di beberapa kerusi lagi yang sepatutnya menjadi milik Amanah.
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

3 comments:

Anonymous said...

Gaduh jangan tak gaduh ! Sifu banglo terlajak diskaun tersenyum riang melihat pemimpin-pemimpin Melayu liberal bergaduh berebut kerusi yang sedikit sebab sifu banglo sudah melarikan banyak kerusi. Yang penting parti Melayu liberal menjadi lemah dan pemimpin Melayu liberal menjadi khadam sifu banglo.

Siap bodo siapa cerdik?

Yang lawak ialah parti kuali meroyan sakan sebab kerusi kuali dilarikan oleh geng sendiri. Parti kuali lupa bagaimana parti kuali melarikan kerusi parti Islam.

Anonymous said...

Pasti yg kena buli adalah PAN. Bersatu pun akan buli PAN
Last2 dapat kerusi ciput. Itulah Khadam

Anonymous said...

Jangan kutuk PAN..Sian..apalah malang nasib PAN..pin..pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails