Monday, February 05, 2018

Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap.

menari


RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan siasatan segera dan menangkap satu pasangan yang dirakam menari di tepi jalan raya di negara itu.

Akhbar Okaz melaporkan, seorang lelaki dan wanita menari di laluan pejalan kaki di bandar Abha, manakala orang ramai merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Apabila video itu tular di media sosial, Gabenor wilayah Asir, Putera Faisal bin Khaled mengarahkan kejadian itu disiasat.
Video itu juga mencetuskan perbalahan di media sosial dengan ramai yang beranggapan tindakan pasangan itu tidak senonoh.
Ketua pejabat media gabenor, Saad Al Thabet dalam satu kenyataan memberitahu, satu arahan dikeluarkan untuk pasangan itu ditangkap segera.
Menurutnya, apabila ditangkap pasangan berkenaan akan dibawa ke pendakwa raya untuk didakwa di mahkamah.
“Sikap pasangan itu yang tidak beretika, bertentangan dengan ajaran Islam, adat dan tradisi di negara ini,” katanya. – Agensi/myMetro Online
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails