Monday, February 05, 2018

Suami Dipenjara Bila Jumpa Isteri Curang Atas Katil. Undang2 Gila!!

Berdepan penjara lepas jumpa isteri curang dengan bos
Sean Donis. - Foto sumber Yahoo News/Facebook 


NEW JERSEY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki berhadapan hukuman penjara selepas menemui isterinya curang di atas katil bersama bosnya.

Yahoo News melaporkan Sean Donis, 37 yang sedang menjaga anaknya yang berusia lima tahun sedang mencari peranti iPadnya sebelum kejadian.
Donis kemudian mengaktifkan aplikasi Find My iPhone yang mampu mengesan peranti tersebut.

Aplikasi berkenaan membawa Donis ke sebuah rumah tidak berkunci dan menemui isterinya, Nancy Donis, 38 bersama bosnya Albert Lopez, 58 di atas katil dalam keadaan lucah.

Donis kemudian merakam video kedua-dua subjek yang masih berada dalam keadaan memalukan. Tidak lama kemudian, Donis menerima surat peguam yang mengatakan dirinya berhadapan dakwaan memecah masuk kediaman dan merakam tanpa izin.

Dalam perbicaraan Jumaat lalu, Lopez mengatakan dia menyuruh Donis keluar dari bilik tetapi gagal dituruti lelaki berkenaan.

"Bunuhlah saya, saya tak peduli," kata Donis degil dalam kejadian April 2016 tersebut.

Lopez mendakwa Nancy mengatakan wanita tersebut telah bercerai dengan Donis sebelum kejadian. Peguambela Donis, Howards Greenberg memberitahu anak guamnya tidak wajar menerima sebarang hukuman kerana berjaya menguruskan kejadian tersebut tanpa sebarang kecelakaan.

Bagaimanapun, pendakwa raya Nabeela Mcleod masih menyebelahi Lopez selepas mendapat tahu Donis berkongsi rakaman curang dengan saudara mara sebelah isteri. Jika didapati bersalah, Donis boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Komen Weblog Ibnu HasyimSuami dipenjara, bila jumpa isterinya berlaku curang atas katil dengan bosnya.. Itulah perundangan barat yang gila dan tidak adil. Masih lagi umat Islam atau mereka yang cintakan kebebasan mengagungnya? Bengong..


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Jadi kat Malaysia tahun 1998 lagi teruk. Yg menuduh dan kena tuduh sama2 pemfitnah

VIDEO TUN M KUTUK ANWAR TULAR!!!

Tular di ruang media sosial sebuah klip rakaman ucapan Tun Mahathir yang mengutuk pemimpin PKR, Si Ketua Penipu tu dengan yang dikatakan "GILA" mahu menjadi Perdana Menteri.

Video yang dirakam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 itu dikatakan tular sejak nama Tun Mahathir dipilih untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili gabungan Pakatan.
"Yang diperjuangkan ialah (untuk menjadi) Perdana Menteri. Nak jadi Perdana Menteri, gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Orang lain bila disingkir daripada UMNO, mereka berdiam diri dan tak buat apa-apa dah.
"Tapi (dia) bila disingkir daripada UMNO, mereka melemparkan fitnah terhadap UMNO dan cuba mendapatkan sokongan daripada parti lawan supaya niat untuk jadi Perdana Menteri itu akan tercapai," kata Mahathir dalam ucapan tersebut.
Tun Mahathir juga mendakwa, sikap pemimpin seperti Si Ketua Penipu tu adalah amat cetek dan "patut" diwujudkan sehingga 100 jawatan Perdana Menteri supaya dapat diberikan kepadanya.

Namun kata-kata sindiran itu dilihat "kembali" kepada Tun Mahathir selepas dirinya dipilih menjadi calon Perdana Menteri "Sementara" Pakatan bagi menghadapi PRU ke-14 yang akan datang.

Ekoran itu, majoriti pengguna laman media sosial khususnya di kalangan pengikut PKR melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Rata - rata pengikut PKR menganggap pencalonan Tun Mahathir itu sebagai satu langkah yang tidak lagi relevan mengemudi negara selepas 22 tahun diberi peluang memerintah Malaysia.

Maka tidak mustahil sekiranya penyebaran video tersebut adalah usaha pengguna laman media sosial Pro Pakatan yang kecewa dan tidak berpuas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan mereka mencalonkan Tun Mahathir sebelum ini!!

Anonymous said...

Undang-undang sekular liberal bodoh yang tidak bermoral inilah yang sedang diperjuangkan oleh puak sesat feminis, parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi di negara Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails