Monday, February 05, 2018

Sempena Pra Sambutan Tahun Baru Cina Bersama YB Dr Halimah Ali.



Sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) yang bakal disambut pada pertengahan bulan Febuari 2018, YB Dr Halimah Ali ADUN Selat Klang mengambil kesempatan dengan mengadakan sambutan TBC di bagan Hailam pada 3 Febuari 2018.


Sambutan TBC yang dianjurkan oleh Pejabat Adun Selat Klang dengan kerjasama Portfolio Non-Malays (PNM) Selat Klang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 60 orang penduduk Bagan Hailam yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan warga emas.


Program yang dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada Adun Selat Klang turut mendapat reaksi positif daripada penduduk kawasan itu dan apa yang menariknya rata-rata mereka menyatakan pendirian untuk menyokong dan bersama PAS pada PRU akan datang.

Program disusuli dengan pemberian "ang paw" kepada penduduk yang hadir terutama kepada kanak-kanak dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai.





















Kredit
Hanisya Abdul Hamid 

6 comments:

Anonymous said...

DAP MCA cina pun tak beriya macam itu.

Jatuh maruah Islam.

Nak undi pun buat lah lepas TBC.

Bodoh cina tak macam Bodoh Melayu. Duit dia orang ambil, undi belum tentu.

Anonymous said...

Depa tengok PAS..bersih kerana dasar pemerintahan berasaskan Al Quran Dan hadis..PAS for ALL

Anonymous said...

Bersih pasai hang bagi ang pau.

Sila bukak sampul...

Raya nanti tenguk berapa jumlah duit dalam ang pau.

Anonymous said...

Bayar gaji penjawat awam pun berhutang..

Piraaah

Anonymous said...

Berbeza dengan parti ultra kiasu, parti Islam PAS pimpinan ulama Islam bertindak bijaksana mendekati orang-orang bukan Islam. Ini jelas menunjukkan PAS bukan parti perkauman.

Pakatan sarkis pimpinan parti ultra kiasu merasa tidak senang hati melihat orang bukan Islam mendekati PAS.

Anonymous said...

Berapa orang yang masuk Islam pada hari itu?

Dekat tapi tak ada faedah. Buang duit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails