Friday, February 09, 2018

Kerusi S'gor: DAP Puas Hati, PKR, Amanah &PPBM Rebut Terus.




AIDCNews -08/02/18 -Jika semalam, DAP Selangor menghantar empat wakil menghadiri mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, namun hari ini tiada seorang pun wakil daripada parti itu dihantar untuk menghadiri mesyuarat susulan yang diadakan petang tadi.
Mesyuarat pembahagian kerusi PH Selangor hari ini hanya dihadiri tiga parti sahaja iaitu PKR, Amanah dan PPBM. Amanah diketuai Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Saari Sungib, PKR diwakili Naib Pengerusi PKR Selangor Xavier Jayakumar, dan PPBM pula diwakili Timbalan Pengerusi PPBM negeri Datuk Sukiman Sarmani.
Ia dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar.
Ketidakhadiran wakil DAP dalam mesyuarat itu disahkan oleh Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin.
“Yang terlibat (dalam mesyuarat hari ini) tiga parti sahaja (PKR, PPBM dan Amanah). DAP tidak ada,”kata Sallehuddin.
Sallehuddin berkata PPBM menuntut untuk bertanding di 12 kerusi DUN yang dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, namun tuntutan itu bertindih dengan PKR.
“Semua 12 (kerusi DUN yang dituntut PPBM) itu bertindih…dengan parti Keadilan,”katanya.
Tambahnya, kerusi yang dituntut Amanah tidak bertindih kerana hanya menumpukan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS pada PRU 13.
“PPBM ditubuhkan untuk bersaing dengan UMNO dan menggantikan UMNO, kerana itulah kita mahu meletakkan calon di 12 kerusi (yang pernah dimenangi UMNO),”katanya.
12 kerusi DUN yang dimenangi UMNO pada PRU 13 adalah; N01 Sungai Air Tawar, N03 Sungai Panjang, N05 Hulu Bernam, N07 Batang Kali, N08 Sungai Burong, N09 Permatang, N10 Bukit Melawati, N12 Jeram, N13 Kuang, N24 Semenyih, N39 Kota Damansara dan N55 Dengkil.
Sallehudin berkata setakat ini tiga DUN yang dimenangi UMNO iaitu Jeram, Sungai Air Tawar dan Dengkil seolah-olah sudah menjadi milik PPBM kerana tiada pertindihan, namun tiada keputusan rasmi dikeluarkan PH Selangor.
Semalam, DAP menghantar empat orang wakil menyertai mesyuarat pembahagian kerusi PH Selangor.
Ia diketuai Gobind Singh Deo (Timbalan Pengerusi DAP Selangor) dan disokong oleh Ean Yong Hian Wah (Setiausaha DAP Selangor), Lee Kee Hiong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Selangor) dan Dr Abdul Aziz Bin Bari (Ahli Jawatan DAP Selangor yang dilantik).
Bercakap kepada pemberita, Gobind Singh berkata pihaknya berpuas hati dengan pembahagian kerusi PH Selangor yang telah berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN.
Gobind berkata mesyuarat penyelarasan PH Selangor telah bersetuju untuk memberi laluan kepada parti-parti DAP, PKR dan Amanah yang memenangi PRU ke-13 bertanding semula pada PRU 14.
Pada PRU 13, DAP memenangi 15 kerusi DUN Selangor menjadikan parti itu paling dominan dalam kerajaan negeri tersebut.
15 DUN yang dimenangi DAP itu adalah; N04 Sekinchan, N06 Kuala Kubu Baharu, N22 Teratai, N27 Balakong, N28 Seri Kembangan, N30 Kinrara, N31 Subang Jaya, N34 Bukit Gasing, N35 Kampung Tunku, N36 Damansara Utama, N44 Sungai Pinang, N47 Pandamaran, N48 Kota Alam Shah, N56 Sungai Pelek dan N52 Telok Datok.
Walau bagaimana pun, DAP Selangor kehilangan satu kerusi apabila ADUN Telok Datok, Loh Chee Heng keluar parti.
Gobind berkata hanya parti-parti PH yang menuntut kerusi bertindih perlu hadir dalam mesyuarat hari ini.
“Jadi apa yang kita lakukan kita sudah senaraikan kerusi-kerusi yang tuntutan bertindih dan untuk kerusi-kerusi itu terpulang kepada berapa pihak yang menuntut, kita adakan perbincangan bersama dengan parti-parti itu secara berasingan dulu, ” katanya.
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...


Yang penting AMANAH tanding semua kerusi PAS.

Hidup AMANAH.

Selamat kan Islam.

Anonymous said...

Komen 8:16 AM bodoh berlapis-lapis ditulis oleh barua dedak ternakan parti kafir HARBI BiaDaPig. Bagaimana boleh parti kuali menyelamatkan Islam jika parti kuali menjadi khadam parti kafir HARBI BiaDaPig yang memusuhi agama Islam dan umat Islam?

Ini bererti barua-barua ternakan BiaDaPig seperti barua 8:16 AM yang makan dedak cap roket menjadi bodoh berlapis-lapis.

Anonymous said...

Pertembungan dengan PAS memang di nanti-nantikan...

Apa-apa komen negatif atau serangan hendak lah di hala kepada AMANAH dan bukan pada DAP.

PAS parti yang senior.. Kalau berani dedahkan nama-nama calun-calun PAS dan tempat bertanding supaya AMANAH boleh letak siapa saingan mereka.

Kalau asyik guna tumbukan barua ternakan dapig ... lupakan lah...
Semasa berlangsung nya perlawanan sebenar, tumbukan barua ternakan dapig tu, satu tumbukan yang lemah.


Anonymous said...

Perumpamaan yang sesuai untuk parti-parti sekular liberal dalam Pakatan Wayang ialah 'menang sorak kampung tergadai' apabila sebahagian besar kerusi telah disamun oleh kepala bapak kafir HARBI roket. Barua-barau Pakatan Wayang ternakan roket seperti barua 11:56 AM hanya mampu bercakap besar bodoh sombong ! Siapa cerdik siapa bodo ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails