Thursday, February 08, 2018

DAP Dominan Kerusi PH Selangor. PKR Ditipu DAP?


AIDCNews -07/02/18 -Walaupun mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dipengerusikan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, namun DAP dilihat dominan dalam mesyuarat tersebut.
Dalam mesyuarat itu, DAP diwakili oleh empat tokoh pimpinan parti negeri iaitu Gobind Singh Deo (Timbalan Pengerusi DAP Selangor), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha DAP Selangor), Lee Kee Hiong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Selangor) dan Dr Abdul Aziz Bin Bari (Ahli Jawatan DAP Selangor yang dilantik).
Berbanding dengan PKR, diwakili oleh Zuraida (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr. Xavier Jayakumar (Naib Pengerusi 1 PKR Selangor) dan Hee Loy Sian (Naib Pengerusi 2 PKR Selangor).
Bercakap kepada pemberita, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh berkata PH Selangor telah berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN dalam mesyuarat pembahagian kerusi hari ini.
Gobind berkata, rundingan yang berjaya diselesaikan adalah kerusi asal yang ditandingi PKR, DAP dan Amanah pada pilihan raya umum ke-13.
“Untuk kerusi-kerusi yang tidak ada masalah (yang dimenangi DAP, PKR dan Amanah PRU 13), kita boleh terus, kita boleh selesaikan, (iaitu) kerusi-kerusi dulu.
“Tetapi ada di antara kerusi-kerusi yang tuntutan dibuat oleh lebih daripada satu parti, ada kalanya dua parti dan ada kalanya tiga parti, ada kalanya empat parti.
“Jadi apa yang kita lakukan kita sudah senaraikan kerusi-kerusi yang tuntutan bertindih dan untuk kerusi-kerusi itu terpulang kepada berapa pihak yang menuntut, kita adakan perbincangan bersama dengan parti-parti itu secara berasingan dulu, ” katanya.
Pada PRU13, DAP memenangi 15 kerusi, PKR (14) dan Amanah (2-kerusi asalnya daripada PAS), walau bagaimanapun bilangan kerusi DAP dan PKR berkurang 1 kerusi apabila Loh Chee Heng keluar parti dan Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat parti.
Berdasarkan keputusan mesyuarat hari ini, kerusi-kerusi yang pernah dimenangi DAP, PKR dan Amanah akan ditandingi semula oleh calon-calon parti berkenaan, namun hanya empat daripada 25 kerusi yang melibatkan tuntutan bertindih, berjaya diselesaikan.
Empat kerusi itu ialah kawasan yang sekarang diwakili UMNO dan PAS.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Saari Sungib berkata partinya menuntut 18 lagi kerusi DUN, menjadikan bilangan kerusi DUN yang dipohon berjumlah 20 kerusi.
Saari berkata Amanah sedia berunding dan melepaskan 4 atau 5 kerusi DUN kepada PPBM sahaja tetapi tidak kepada parti lain.
“Secara prinsipnya, kita bertanding untuk menggantikan PAS. Kita akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS,” katanya.
Menurut Saari, 4 parti komponen PH iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah berebut kerusi-kerusi PAS dan BN terutamanya kerusi DUN Lembah Jaya, yang ketika ini dipegang Adun PAS Khasim Abdul Aziz.
DUN Lembah Jaya menjadi tumpuan kerana pola pengundi yang bercampur. PAS memenangi Lembah Jaya pada PRU ke-13 lalu dengan majoriti 8,713 undi.
Mesyuarat pembahagian kerusi ini akan diteruskan esok, 3.00 petang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah boleh dikatakan PKR Selangor sudah ditipu DAP?
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

10 comments:

Anonymous said...

Parti-parti sekular liberal pimpinan parti kafir harbi dalam Pakatan Wayang sedang tipu menipu dan tindas menindas antara satu sama lain tetapi yang paling beruntung ialah parti kafir harbi yang mengaut lebih banyak kerusi dari parti-parti sekular liberal. Siapa bodo dan siapa cerdik?

Kita boleh bayangkan apa akan berlaku jika mereka berkuasa di negara kita. Oleh sebab itu marilah kita menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh musuh Islam dan musang berbulu ayam.


Anonymous said...

Kegagalan hashim tidak mndidik dgn sempurna anknya sehingga kebodohan yg melampau. Dap bertanding atas nama PH DAP MNNG PKR, AMANAH BERSATU turut menang. Dap kalah yg menang mca. Dap bertndng di kawasan majoriti cina lah bodoh.

Anonymous said...

Bohong lagi. Kalau macam tu apasal Din Pudu menangis bila PAN dapat 27 lerusi sajaaaa

Anonymous said...

Dan UMNO tipu PA$$$ di kelantan

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2018/01/09/mengapa-mat-sabu-salahuddin-ayub-menangis-ketika-konvensyen-ph/amp/

Mengapa Mat Sabu & Salahuddin Ayub Menangis Ketika Konvensyen PH ?

AIDCNews -09/01/18 –Mengapa Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Salahuddin Ayub menangis ketika Konvesyen Pakatan Harapan (PH) Ahad lalu.

Persoalan itu ditimbulkan oleh blog Revolusi Habib yang mendapat sumber dalaman bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi Amanah itu tidak gembira dengan pengagihan kerusi PH.



“Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan.

“Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN (Amanah) membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan.

“Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan.

“Walau bagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut.

“Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan,” dedah blog itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Amanah supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).

“Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR.

Anonymous said...

PAS tak bersama BN. Tetapi PAN bersama PH tetapi kena buli kerusi 27 sahaja. Apa cerita. Woiii PAN-choo-chai. Beli tisu gulung bagi kat ketua PAN. Depa sudah nanges

Anonymous said...

Woi brua dedak 2:14 PM ternakan parti kafir harbi roket ... simpanlah sikit bodo kamu itu jangan dedahkan semua kebodohan kamu.

Jika parti roket menang, part roketlah yang dapat kerusi DUN dan Parlimen. Parti liberal sekutu roket menang apa kalau kalah PRU ... kerusi tadika pun tak dapat !!

Anonymous said...

Barua dedak cap roket cuba tutup kelemahan Pakatan Sarkis dengan membuat dakwaan karut yang tidak berasas konon parti sekular tipu parti Islam. Tipu apa? Parti Islam tetap lawan parti sekular, liberal dan kafir harbi dalam PRU 14 !

Anonymous said...

DAP menang PH menang sebab DAP ada Aziz Bari dan ahli terdiri dari orang Melayu.

Kalau MCA menang.. macamana nak kata UMNO menang?

Anonymous said...

Apa kenyataan dari PAS berhubung kes Rafizi yang bersalah kerana dedah kan skandal NFC?

Diam bererti sokong kedajalan UMNO..

Jadi parti sekular memang lah tak tipu parti suci... sebab parti suci bersedia bersongkol dengan semua skandal parti sekular..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails