Thursday, February 08, 2018

Chinese New Year, Kunjungan Muhibbah ADUN PAS Chukai.




Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan menjelma tidak beberapa hari lagi, PAS Kawasan Kemaman melalui ADUN Chukai, YB Hanafiah Mat dan rombongannya telah menyantuni kaum Tionghua sekitar Bandar Kemaman.


Dua hari berturut-turut beliau meluangkan masa untuk bertemu mata dengan kaum yang sentiasa sama bangkit bersama-sama dengan PAS untuk merubah landskap politik negeri dan negara. Semalam beliau bertandang ke Sek Jenis Keb Cina Chukai yang warganya terdiri daripada lebih 50 orang guru dan 800 orang murid. Manakala pagi ini Pasar Borong Dusun Nyior menjadi destinasi seterusnya di mana Tuan Haji Hanafiah dapat memesrai seramai 200 orang kaum Cina.

Dalam kunjungan muhibbah itu, beliau dan rombongan telah mengagihkan kad ucapan dan buah limau mandarin sebagai tanda ingatan PAS dalam menghargai jasa kaum tersebut yang terus memberi kepercayaan kepada PAS.

“Suatu perkara yang menarik dalam kunjungan itu ialah seorang Cina berpangkat Datuk berjanji untuk terus memberi sokongan kepada PAS.  Beliau mengharapkan PAS berjaya dalam PRU14 nanti agar GST dapat dihapuskan,” ujar YB Hanafiah ketika diminta kenyataannya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, “malah sebahagian besar kaum Cina yang ditemui menyatakan kebersamaan dengan  PAS. Mereka banyak bersungut tentang GST dan kenaikan harga barang. Hari ini saja harga ikan kembung pun dijual pada harga RM20.00 sekilo di Pasar Borong Dusun Nyior.”

Di samping menyambut Tahun Baru Cina pada Tahun Anjing mengikut calendar Cina ini, negara akan menyambut satu lagi  perayaan yang akan menentukan nasib rakyat untuk lima tahun yang mendatang. Pilihanraya ke-14 yang akan menjelma selepas Tahun Baru Cina adalah satu perayaan rakyat dalam bentuk demokrasi berparlimen. Di sinilah rakyat keseluruhannya akan menikmati kegembiraan sebenar apabila kerajaan yang korup dan menyusahkan rakyat dapat ditumbangkan.

Justeru sambung Hanafiah lagi, “ kali ini kaum Cina khususnya dan rakyat keseluruhan umumnya hendaklah membuat perubahan secara total agar kerajaan kleptokrasi yang merompak harta rakyat dapat digantikan oleh sebuah kerajaan yang adil , bertimbang rasa dan prihatian terhadap masalah rakyat.”

“Kita juga hendaklah bergabung tenaga dengan semua kaum untuk mengeratkan perpaduan demi kestabilan dan kesejahteraan trakyat. Masalah GST, pengangguran dan kos sara hidup  akan dapat diselesaikan sekiranya PAS dan Gagasan Rakyat diberi kepercayaan dalam PRU14 yang akan berlangsung tidak berapa lama selepas Tahun Baru Cina nanti,”tambah beliau lagi.
Hasil carian imej untuk chinese New Year
Hasil carian imej untuk chinese New Year

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...

Santun menyantun adalah sikap kita. Bukan macam PAN,menyantuni lbgt

Anonymous said...

Tokoh popular PAN tidak mencegahi tapi menyantuni lbgt

https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2014/07/12/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/amp/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT

Anonymous said...

lu ingat cina mau caya ka sama lu aji
hiiiiiii

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails