Sunday, February 04, 2018

Amaran Kepada Datuk RS Mohan, Jangan Masuk Campur Ehwal Orang Islam..



Keputusan Tukar Agama Anak: NGO Islam Jangan Masuk Campur 

Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Datuk RS Mohan Shan dalam satu portal tempatan mendakwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak patut masuk campur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penukaran agama tiga orang anak M Indira Gandhi dan tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian agama.

Mengulas kenyataan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk RS Mohan yang juga merupakan Presiden Hindu Sangam Malaysia mendakwa, PUM sebagai badan Islam tidak sepatutnya mengugut polis dan masyarakat bukan Islam. 

“Mahkamah paling tinggi dalam negara sudah pun buat keputusan. Jadi, keputusan mereka tidak patut dipertikaikan.” 
“Bagaimana mereka boleh keluarkan kenyataan yang cenderung untuk bertentangan dengan undang-undang dan badan kehakiman.” 

PUM sebelum ini menjelaskan bahawa, mereka menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Namun, PUM meminta jasa baik pihak polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai kerana jika tidak, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini. 

Peguam Indira, M. Kula Segaran pula mendakwa, pihak berkuasa patut meneruskan kerja seperti yang diarahkan mahkamah dan mengikut apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. 

Dakwanya lagi, isu itu diserahkan kepada bidang kuasa mahkamah berperlembagaan, jadi mereka terikat dengan undang-undang. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M Indira Gandhi baru-baru ini telah menyebabkan umat Islam kecewa dan terluka. 
(https://www.menara.my/keputusan-tukar-agama-anak-ngo-islam-jangan-masuk-campur/)

Komen Weblog Ibnu HasyimPresiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Datuk RS Mohan Shan yang sepatutunya diberi amaran supaya tidak masuk campur dalam hal ehwal orang Islam terutama dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...

Pakatan kafir harbi adalah tentera Ahzab yang sedang mengancam agama Islam dan hak umat Islam.

Walaupun bilangan mereka sedikit, mereka masih berani bersikap biadap menghina agama Islam dan umat Islam secara terbuka kerana mereka disokong dan dilundungi oleh puak munafik yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa ysng sama mereka berusaha melemahkan umat Islam dan agama Islam dari dalam.

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

DAP PULA MENYOKONG ORANG ISLAM UNTUK MURTAD

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Reply

Anonymous said...

ADALAH AMAT MALANG SEGELINTIR PEMIMPIN MELAYU SANGGUP MENJADI MUNAFIK BERSEKONGKOL DENGAN PUAK KAFIR HARBI MENENTANG AJARAN ISLAM DAN MENAFIKAN HAK UMAT ISLAM.

WAHAI UMAT ISLAM, MARILAH KITA MEMULAUKAN DAN MENOLAK SEMUA PEMIMPIN MUNAFIK MELAYU DAN PARTI KAFIR HARBI DALAM PRU14 SUPAYA MEREKA TIDAK BERKUASA UNTUK MENINDAS AGAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM.

Anonymous said...

YG GEMBIRA DALAM HAL NI ADALAH PAKATAN HARAPAN. BAGAIMANA PKR MELALUI NURUL IZZAH ADALAH PRO MURTAD SEPERTI YG DIDEDAHKAN OLEH CHE DET

http://pakdin.my/bebas-pilih-agama-kenyataan-bodoh-melampau-tun-mahathir/

Bebas Pilih Agama… Kenyataan Bodoh, Melampau – Tun Mahathir
Posted onMonday, November 12, 2012 -11-12 10:18:42'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orangbukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampaitiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lainnak tukar mereka punya hal lah.

“Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat Ahad.

Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails