Tuesday, February 06, 2018

Ahok Hina Islam, Kini Dipenjara. Isteri Selingkoh Dengan 'teman rapat'..

Ahok


JAKARTA - INDONESIA. Kisah rumah tangga bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok terus mendapat liputan meluas media Indonesia.

Ahok ketika ini sedang menjalani hukuman penjara dua tahun selepas disabit bersalah menghina Islam. Bulan lalu, orang kanan Presiden Joko Widodo (Jokowi) itu bertindak memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica Tan dari penjara.

Ahok mengesyaki isterinya bermain kayu tiga (selingkoh) dengan 'teman rapat' dikenali sebagai Julianto Tio. Mengulas perkara itu, adik kandung Ahok, Fifi Lety Indra menjelaskan abangnya telah lama bersabar dengan kerenah Veronica. Malah katanya, Ahok juga pernah bersemuka dengan ahli perniagaan itu supaya tidak lagi bermain cinta dengan isterinya.

"Veronica kantoi berkali-kali, tetapi dia tetap mahu menjalin hubungan dengan Julianto.
"Orang gelar Ahok dayus...tetapi ramai tidak tahu bahawa dia secara gentlement telah bersemuka dengan Julianto.
"Bayangkan seorang gabenor datang merayu supaya isterinya tidak diganggu. Padahal waktu itu, Ahok adalah individu paling berkuasa di Jakarta.
"Kalau saya jadi Ahok, mungkin Julianto sudah hilang tanpa jejak," ujar Fifi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menganggap Julianto memiliki isteri yang jauh lebih jelita daripada Veronica, selepas gambar wanita itu tersebar di media sosial sejak minggu lalu.
Malah kebanyakan warga maya kebingungan dengan sikap Julianto yang terus memburu Veronica, sedangkan dia sudah mempunyai seorang isteri yang cantik. - Tribunnews.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah kerana doa umat Islam untuk menyedarnya?

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

7 comments:

Anonymous said...

rata2 org Indo percaya bahawa ini adalah salah satu cara utk pemindahan harta yg kemudiannya akan kembali pada ahok semula.

ted manoff said...

Biasa lah en.ibnu hasyim.. Ahok 2tahun dlm penjara sudah pasti istrinya dahagakn belaian..mmg cantik sgt isterinya tuu dan tk hairan kalau dia jadi rebutan..💏💑

Anonymous said...

Bila ketua kafir harbi Ahok masuk penjara, semua pengikutnya menghilangkan diri dan isterinya pula terlibat dalam skandal.

Jika towkay dedak cap roket masuk penjara, perkara yang sama mungkin akan menimpa si towkay dedak.

Maka terpaksalah barua-barua dedak @ cybertrooper terpaksalah memohon jawatan jaga parking haram.

Anonymous said...

Lanun Bugis + Zahid Bangla + Bomoh Mah + Hadi maka terkenalah Malaysia sebagai negara rasuah di dunia.

Anonymous said...


Kerana doa Ahok cerai kan Isteri ?

Adakah penceraian yang berlaku se tiap hari di sebab kan doa seseorang?

Kita berdoa kerana sebahagian dari amalan. Kita berdoa untuk mengingati Allah.

Jangan lah jadi macam Lobai motor kapcai dan ulamak parti suci yang selalu mengatakan doa adalah senjata orang mukmin.

Orang AMANAH berdoa. Parti suci pun berdoa. Adakah dua-dua guna 'senjata' saling serang menyerang .. Itu kah yang Allah mahu..?

Anonymous said...

Si kafir harbi Ahok telah menghina agama Islam dan menindas umat Islam di Jakarta.

Maka pembalasan Allah untuk si Ahok ini ialah:

1. Si Ahok telah dihina di seluruh dunia.

2. Ahok dipenjarakan 2 tahun.

3. Isterinya sendiri telah mengkhianati si Ahok.

4. Pengikut-pengikutnya telah meninggalkan dan melupakan si Ahok keseorangan dalam penjara.

5. Si Ahok kehilangan kuasa, pangkat dan pengaruh.

6. Semua perkara di atas boleh menyebabkan si Ahok mengalami masalah emosi, fizikal dan mental.

Puak munafik dan puak kafir harbi yang berlagak bodoh sombong menghina agama Islam dan menindas ulama Islam di negara kita akan mendapat pembalasan dari Allah di dunia dan akhirat.

Bala dari Allah akan datang dalam pelbagai bentuk dan manusia tidak mampu untuk melarikan diri dari bala tersebut.

Sesungguhnya musuh-musuh Allah adalah makhluk yang paling rugi kerana mereka hanya melihat kebenaran selepas mereka mati.

Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman, beramal saleh dan saling nasihat-menasihati.

Hanya parti Islam PAS pimpinan ulama Islam sahaja yang menjadikan AlQuran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan politik PAS dan menyeru manusia kepada kebenaran (Islam).

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi PAS dakam PRU 14 dan menolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi kerana mereka menentamg ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Bukan kau yang menentukan yang musuh Allah yang rugi...

Ramai yang memusuhi Islam lagi teruk dari DAP tapi ada yang menjadi pendakwah terkenal dan ada yang tinggal kan jawatan yang tinggi dalam kabinet kerajaan memberi sepenuh masa pada Islam.

Silap hari bulan Ahok tu yang masuk Islam. Antara Ahok dengan Lobai, Ahok dulu yang masuk syurga.

Sokong PAS sokong kabinet taliban.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails