Sunday, February 12, 2017

Ini, 4 Wakil Rakyat DAP Keluar Parti. Terpesong Dari Asal..



DAP yang hebat memekak semua orang tak betul Ahad menerima pukulan TKO bila empat orang wakil rakyat negeri Melaka umum keluar parti kerana kecewa dengan pimpinan dan hilang keyakinan pada parti.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).  

Mereka membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar di Melaka. Mereka akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas.

Sim yang bercakap bagi pihak kesemua mereka mendakwa DAP telah terpesong matlamat dan objektif asal. Berikutan tindakan mereka DAP kini cuma tinggal tiga ADUN di Melaka iaitu Kota Laksamana,Bandar Hilir dan Ayer Keroh.-12/2/2017

Lapor Agenda Daily.

Inikah pertanda awal, kejatuhan DAP menjelang PRU 14 selepas Setia Usahanya dituduh terlibat kes rasuah? (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

10 comments:

Anonymous said...

Oh! gitu... Jadi agak2 PAS terpesong tak? Bila lebih ramai ahli (lebih 4 org!) keluar parti dan tubuh parti baru. Hmmm...

Anonymous said...

PAN tu dah kena dedak tangas Abu Lahab Penang. Kah kah kah Looooooooser

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/


Ridhuan Tee Bawa Hujah DAP Anti-Islam


BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.

“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.

Anonymous said...

Walaupun sudah terbukti kejahatan DAP, tetapi sebagai talibarut PAN akan redha dan istiqamah dgn DAP

Anonymous said...

Kenapa nak kecoh, biarlah DAP berpecah atau ahli-ahli mereka tinggalkan parti mereka, adakah dengan perpecahan DAP maka PAS semakin kuat? Atau adakah ahli-ahli DAP yang keluar parti itu akan bersama dengan PAS? Sedangkan yang jelas PAS juga telah banyak kehilangan ahli-ahli sekarang, adakah bila terkena pada PAS maka bunyinya lain tetapi bila kena pada parti yang tidak disukai maka berteriak seronoh? Fikir-fikirkanlah, jika ahli-ahli DAP ini tinggalkan DAP bermakna mereka akan bersama MCA atau Gerakan adakah mereka akan menyokong PAS?

Anonymous said...

Tapi DAP tak hukum ahli2 yg keluar sbg buddha kafir. Tak mcm Parti Ajaran Syaitan PAS. semua org yg tak sokong atau sependapat dgn lebai dan walaun2 biol Pas akan dilabel mcm2 gelaran buruk.

Anonymous said...

Terasa ke bila dilabel buruk...kalau terasa baguslah

Anonymous said...

Yg buruk tu org2 yg melabel. Dari ketua lebai jual agama sampai ke walaun2 bawahan Pas. Satu jari tunjuk ke org, 4 jari tunjuk ke muka mrk sendiri. Baguslah..tak gitu?

Takbir!

Anonymous said...

Bila parti agama Pas nak saman Husam psl duit haram 90juta?

Anonymous said...

Kaum Cina takkan menyokong parti yg boleh menyebabkan permusuhan antara agama. Simple logik. Memilih parti seperti dap ini satu contoh. Tidak habis habis menentang Islam.

Masalahnya dlm keadaan kaum Cina telah sedar bahaya dap ini, pan pulak ditubuhkan utk menjadi karpet merah dap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails