Sunday, February 12, 2017

Rasuah, Kini Waran Tangkap Untuk Bekas Presiden Peru.. M'sia Begini?





LIMA: Waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan pihak mahkamah berhubung siasatan kes rasuah meletakkan bekas Presiden Peru, Alejandro Toledo dalam senarai penjenayah paling dikehendaki di negara itu.
Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri menawarkan 24,621 pound (RM136,000) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan Toledo.
Selain itu, Interpol juga digesan untuk mengeluarkan amaran merah bagi membantu mencari bekas pemimpin itu.
"Sesiapa sahaja di dunia boleh bantu kami cari Toledo dan menuntut ganjaran itu. Peru tidak sanggup melihat seorang presiden melarikan diri daripada keadilan," menurut menteri Carlos Basombrio.
Pendakwa mendakwa, Toledo mengambil rasuah 16 juta pound (RM89 juta) dari syarikat pembinaan Odebrecht SA dan hakim memutuskan beliau perlu dihukum penjara.
Sementara itu, peguam Toledo, Heriberto Benitez bagaimanapun menafikan anak guamnya melarikan diri dan memberitahu beliau sedang menunggu keputusan rayuan. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berkungkinankah Malaysia jadi begini?


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

10 comments:

Halim Saufi said...

Jangan harap Malaysia nak jadi mcm ni

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/03/banglow-terlajak-murah-guan-eng.html?m=1


BANGLOW "TERLAJAK MURAH" GUAN ENG MENGGELUPOR BIAWAK!!!


Hehehe!!! Makin diselak, makin terserlah pulak ke-BODOH-an Si Lim Guan Eng ni. Bahkan, ke-BODOH-an dia tu membuatkan isu pembelian rumah mewah 'Terlajak Murah' tu semakin menjadi hangat.

Kali ini, ianya berkaitan dengan bukti harga sebenar pasaran bagi kediaman disekitar kawasan perumahan tersebut. Bukti pendedahan itu mula tersebar didalam laman media sosial sejak semalam.

Menurut Dr MIM, difahamkan bahawa harga pasaran untuk banglo di Jalan Pinhorn ini pada tahun 2015 adalah lebih daripada RM4 juta seperti dalam dokumen di bawah yang viral di dalam media sosial.

Yang amat mengejutkan ialah setelah beberapa kenyataan akhbar yang dikeluarkan tentang bungalow "Terlajak Murah" ni, tiba-tiba je Si Lim Guan Eng tu buat 'pengakuan' bahawa RM2.8 juta itu adalah nilai banglo itu pada tahun 2012.

Masa tahun 2012, dia tau pulak harga pasaran? Kenapa pada tahun 2015, Si Guan Eng tu kata dia tak tau? Kan nampak sangat 'Tak Masuk Akal' alasan yang cuba diberikan oleh Si Guan Eng tu?

Dan yang lebih tak masuk akal ialah kenyataan Si Guan Eng yang seterusnya. Ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata dia bukan seorang ejen hartanah.

Soalnya, Si Lim Guan Eng DAP ni bukan sahaja Ketua Menteri tetapi dia juga memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah dan turut merupakan seorang akauntan bertauliah.

Apa logiknya Si Lim Guan Eng tu kata dia tak tau atau saja buat tak tau tentang harga pasaran rumah apabila dia mahu membeli banglo mewah itu? Di manakah rasionalnya alasan yang diberikan?

Apa yang jelas, setiap alasan yang diberikan oleh Si Guan Eng tu bukan hanya sekadar dianggap 'Tak Masuk Akal'. Tetapi sebaliknya, ia membuktikan ke-BODOH-an dirinya sendiri.

Pokok pangkalnya, "Taichi Kuntaw" yang sedang dilakukan oleh Si Guan Eng ni hanya membuktikan yang dia sedang 'Menggelupor Biawak' dengan kontroversi pembelian rumah dibawah harga pasaran ini. Maka terpaksa la dia terus MENIPU diri dia sendiri!!!


Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/03/banglo-ahli-dap-pula-gesa-guan-eng-bercuti/

Banglo: Ahli DAP Pula Gesa Guan Eng Bercuti

GEORGE TOWN, Rabu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah-DAP, Teh Yee Cheu menasihati Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk bercuti sementara berikutan kontroversi rumah banglonya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Teh berkata, sebelum ini DAP lantang menggesa pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

Sehubungan itu, katanya, Lim perlu mengikuti nasihat yang diberikan oleh orang lain dan mempertimbangkan pilihan supaya bercuti.

“Saya berkata demikian (meminta Lim pergi bercuti) dalam temu bual itu tetapi ia hanya mengulangi seruan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan lain-lain yang meminta Ketua Menteri untuk pergi bercuti.

“Kredibiliti parti yang dipertaruhkan. Kita mesti memimpin melalui teladan apabila meminta orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” katanya yang dipetik daripada Mstar, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu telah digesa oleh ramai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Isma supaya bercuti ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menjalankan siasatan.

Namun begitu, beliau memberitahu bahawa beliau tidak perlu bercuti kerana katanya, dakwaan yang dikenakan atasnya adalah palsu.

SPRM dan polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada orang awam mengenai perkara itu dan sudah pun membuka kertas siasatan.


Anonymous said...

Err... Status saman SR mcm mana sekarang? Jgn dok galakkan org, nnt org galakkan kita lagi kuat!

Anonymous said...

Mana bukti, Tn Hj? Kan presiden PAS sendiri pun tak caya!

Anonymous said...

Selagi Haji Hadi dan Pas bersekongkol dengan Presiden UMNO yang rasuah itu, tak mungkin Malaysia akan jadi macam ini.

Anonymous said...

Duit rasuah dan duit rakyat yang diambil oleh Najib telah dihalalkan oleh pemimpin PAS,jadi tak timbul cerita Najib makan rasuah dan mencuri duit rakyat.

Anonymous said...

Kes ini sedang dibicarakan di mahkamah, jadi tunggu keputusannya. Bagaimana pula kes RM 90juta yang katanya nak saman SR sehingga sekarang berbelit-belit lidah menjawab? Sekarang tunggu pula katanya nak saman Husam, bila nak direalisasikan? Semua sedang menunggu ahli-ahli PAS dan juga semua rakyat Malaysia.

Anonymous said...

PM Msia ada backup tuang punahsihat 90juta.

Takbir!

Anonymous said...

Ramai yg tak sabar menunggu Hadi dan Pas saman SR atau Husam. Atau kedua2nya sekali demi maruah parti agama.

#jangantunggulama2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails