Tuesday, February 14, 2017

RUU355: Doktor Bukan Islam Anjur Forum Hudud. Yang Islam Ber'strategi'?


GEORGETOWN, 17 Jamadilawal 1438H, Selasa – Seorang doktor bersara bukan Islam, Dr Ronnie Oi akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud bagi memupuk kefahaman di kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.
Forum itu bakal diadakan 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini. Ahli panel yang terlibat termasuk Ahli Exco Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ahmad Jailani Abdul Ghani.
“Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian. Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka.
Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan. Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan,” kata Ooi pada sidang media di YMCA, semalam.
Sementara itu, Ahmad Jailani berkata, peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk beliau.
Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal Persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabkan untuk menyelia pindaan kanun keseksaan Islam bersama Jabatan Peguam Negara dan Ahli Parlimen lain.
Beliau berkata, banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.
Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/013-432-6592 (calls, SMS atau WhatsApp).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu tamparan kepada puak-puak intelek yang kononnya mengaku Islam tapi takut atau 'berstategi' dalam berbincang tentang 'hudud' dan perundangan Islam. 

2 comments:

Wan Ya Wan Hussin said...

Ngapa salahkan org... bukan ke tu tanggungjawab PAS sebagai pengusul?

Anonymous said...

Dia usul dia tangguh. Usul lagi tangguh lagi. Last2 org lain yg salah. Tak ke pelik tu. Pelik tp benar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails