Wednesday, February 15, 2017

Pembunuh Lepas Lari? Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Diserkup Kain Beracun Di KLIA Macam Filem Spy..

 

BUKAN. Ini bukan cerita spy dan operasi bunuh macam kita tengok dalam filem action. Kejadian ini benar-benar terjadi di  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lalu.

Pembunuhan Kim Jong-Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara , Kim Jong-Un (gambar atas) ketika hendak menaiki pesawat ke Macau.
Belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat  kata selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," katanya. Lapor Agenda Daily.

Manakala di Sequl korea Selatan, dilaporkan abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mati dibunuh dengan racun oleh dua ejen wa­nita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Agensi berita, Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan di Seoul mendakwa, Kim Jong-nam, 45, yang me­rupakan anak sulung kepada bekas Pemerintah Tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-il mati dibunuh kelmarin.

Jong-nam dilaporkan telah diracun dengan jarum oleh dua ejen wanita tidak dikenali ketika berada di KLIA, demikian menurut stesen televisyen Korea Selatan, TV Chosun. Stesen televisyen berkenaan memetik beberapa sumber kerajaan sebagai berkata, kedua-dua wanita itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian de­ngan menaiki sebuah teksi.


Anihnya, mengapa tiada laporan pembunuh-pembunuh itu ditangkap, atau dibiarkan lepas lari? (IH)
 DUA ejen wanita dilaporkan sama ada menggunakan jarum atau kain beracun untuk membunuh Jong-nam di KLIA, Sepang kelmarin.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

3 comments:

Anonymous said...

Macam pembunuhan ahli keluarga aje. Di Korea Utara pun dilaporkan beberapa ahli keluarga presiden Korea Utara telah dibunuh.

Anonymous said...

Secara logiknya, KLIA mempunyai cctv (Closed-circuit television) yang akan memudahkan PDRM mengesan pembunuh atau perisik tersebut. Bahkan PDRM adalah di antara pasukan polis yang cekap di dunia ini. Maka terdapat besar kemungkinan PDRM akan dapat menangkap pembunuh tersebut. Mungkin pembunuh di waktu ini sedang bersembunyi di negara ini sebelum berusaha melarikan diri ke luar negara. Sindiket penyeludupan manusia juga perlu diawasi.

Anonymous said...

Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM kerana berjaya menangkap orang-orang yang disyakki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-Nam ! Kita yakin PDRM pasukan polis yang sangat cekap dalam menyelesaikan kes jenayah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails