Thursday, December 22, 2016

Putus Hubungan Dengan PKR, Jika Gabung PAN -PAS S'ngor.


AIDCNews -21/12/16 – PAS bertegas akan memutuskan hubungan dan kerjasamanya dengan PKR jika parti keadilan itu bergabung dengan Parti Amanah Negara (PAN), kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Namun, Iskandar berkata hubungan dengan parti keadilan masih boleh diteruskan jika PAN dibubarkan dan semua ahli bekas serpihan PAS itu menyerap masuk menjadi ahli PKR.
“Jika PKR bergabung dengan PAN maka nama PAN akan lenyap dari muka bumi ini jadi tidak ada isu PAN akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.
“Tetapi jika PKR bergabung dengan PAN atas nama baru yang ada keahlian PAN, PAS tidak akan kerjasama dengan mereka melainkan ahli-ahli PAN menyertai PKR, maka mungkin ya (PAS bekerjasama dengan PKR),” kata Iskandar yang juga Naib Presiden PAS kepadaBNBBC.my.
Beliau berkata demikian berhubung cadangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang mahu PAN bergabung dengan PKR bagi mengelak PAS terpisah dengan Pakatan Harapan.
“Bergabung dengan PKR ataupun tidak, PAS memang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi kami kepada mana-mana parti,” tegas Iskandar lagi.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan PAS akan bertanding di kerusi PKR, jika parti itu gagal ‘mengawal’ rakan kongsinya, PAN daripada mengusik kerusi parti Islam pada pilihan raya akan datang.
“Jika kerusi PAS diusik oleh Amanah (PAN) yang sepatutnya dikawal oleh PKR, maka kita akan bertanding di mana-mana kerusi (PKR) yang kita rasa boleh mendapat kemenangan tipis yang ditandingi oleh PKR.
“Jika berlaku begitu, memang akan berlaku pertembungan walaupun masing-masing berkehendakkan satu lawan satu. Jika PAS lawan BN, maka kita harapkan Amanah tidak bertanding di kerusi PAS,” tegas Mahfodz kepada Antarapos, hari ini.
Mahfodz juga memberitahu, buat masa ini PAS dan PKR saling memerlukan bukan sahaja dari konteks pentadbiran di Selangor sekurang-kurangnya sehingga habis penggal PRU 13.
“Memang kedua-dua pihak masih mengharapkan PKR, begitu juga PKR, walaupun dalam PH, mereka masih kekal dengan PAS. Sekurang-kurang sampailah dalam pilihan raya ini, kita berharap hubungan PAS dengan PKR akan berlanjutan.
“Untuk selepas pilihan raya kita tak dapat nak jangka. Itu ikut kepada prestasi masing-masing,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Yang peliknya,,masih berada didalam satu kerajaan,,bersama pkr dan dap? Sedangkan dap yg jadi penyebab kewujudan pan? Merapu betul la pas ni...saya masih ahli pas tetapi rasa malu dgn perangai pimpinan pas sekarang yg tidak gentleman seperti dahulu. Jika betul ada maruah,,keluar dari ketajaan sngor kerana didalamnya ada dap,,bahkan pjr pun sama seperti dap menentang agenda islam pas,, tapi,,,seperti disebut sebelum ini,,saya dah malu nak mengaku ahli pas,,,

Anonymous said...

Sebenarnya lu tak malu, masih mengaku PAS walaupun otak sudah keluar dari pas.

Anonymous said...

Anon 10:39..Kalau saya ahli Pas seperti kamu, maka saya sendiri yang akan rasa malu. Namanya ahli tapi perkembangan sebenarnya tidak diikut. Tidak mengikuti cara Pas mendekati masyarakat, tidak mengikuti bagaimana berkhemah Pas pada hari ini didalam melaksanakan kewajipan mereka memperjuang syiar Islam.
Saya baru2 ini baru berkenalan dgn Chinese businesman atas urusan dan demi Allah ini kisah benar. Saya tidak menyangka disebalik kemesraan pengenalan itu, selepas habis perbincangan dan bersembang kosong, peniaga ini boleh bercerita tentang Yahudi satu persatu hinggalah asal usul Yahudi Khazar. Saya amat terkejut dan nasib baik sy ada juga sedikit knowledge ttg yahudi khazar ini. Jadi boleh menyambung sikit2. Jika dia membaca tentang Yahudi, sudah semestinya tidak akan lari dgn pengetahuan sejarah kaitannya dgn Islam. Yang paling mengejutkan saya bagaimana seorang non-muslim Chineese boleh membeli buku tentang Yahudi ini? Perkara ini sedikit sebanyak telah menambah satu persepsi baru saya terhadap Chinese di Malaysia. Mereka diam bukan bermakna mereka tidak tahu! Dia tidak menyatakan secara direct akan sokongannya terhadap mana2 parti politik. Cuma dia mengatakan dia TIDAK menyokong BERSIH kerana penglibatan Yahudi dibelakang tabir. Kami mengelak daripada berbicara politik secara direct sokongan takut2 jika mengecilkan hati. Diringkaskan, kalau mengikut logik saya melalui perbualan kami, ada 2 kebarangkalian yang mungkin boleh saya simpulkan akan sokongan pemuda Chinese ini. Pertama, kemungkinan dia akan menyokong MCA jika dia memilih kerajaan. Kedua, kalau dia menyokong pembangkang, kemungkinan besar dia akan memilih Pas kerana agak mustahil untuk dia menyokong Dap. Namun jika PKR menjalin kerjasama dengan Pas, maka saya rasa dia akan memilih PKR, yang selainnya wallahualam. Kalau cerita ini saya reka, saya rela diberi kecelakaan dalam apa sahaja kecelakaan oleh Allah.
Jadi berbalik kepada sahabat kita anon 10:39. Kiranya benar kamu ahli Pas, adalah sebaiknya kamu mengikuti perkembangan Pas ini dengan adil. Jangan hanya kamu refer pembacaan sebelah pihak...Saya sendiri bukan ahli Pas. Malah tak pernah memasang niat pun untuk menjadi ahli kepada mana2 parti. Sebab sokongan saya kepada kebenaran ini hanya kepada Islam. Ianya tidak perlu bernoktah kepada mana2 parti. Parti yang paling berat kearah meneruskan wadah perjuangan Rasulullah dan sunnahnya, maka parti itulah akan saya sokong walaupun saya tahu parti itu tidaklah perfect..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails