Monday, November 21, 2016

Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin..


OlehTuan Guru Hashim Jasin..

KERJASAMA adalah satu amalan mulia yang diperintahkan oleh Allah dalam kita menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah mafhum daripada perintah Allah dalam Surah al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: 

  • “Dan bertolong-tolonganlah di dalam perkara kebajikan (menegakkan makruf) dan takwa (meninggalkan mungkar)”.
Salah satu kerjasama yang penting ialah kerjasama politik atau disebut “Tahaluf Siyasi.” Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan contoh-contoh terbaik dalam melaksanakan kerjasama politik terutama dengan orang bukan Islam.

Ketika umat Islam diwajibkan bersatu padu di atas dasar Islam (hablillah), umat manusia secara umum diperintahkan supaya saling berkenalan (taaruf), yang menunjukkan perlunya ada hubungan kemanusiaan sesama insan.

Dalam sejarah, tahaluf yang berlaku dalam peristiwa al-Fudhul untuk menentang kezaliman, tahaluf dengan Abu Talib untuk melaksanakan dakwah, tahaluf dengan Muth’im bin Adi untuk memelihara keselamatan pendakwah, tahaluf dengan Yahudi dalam Sahifah Madinah untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Madinah dan tahaluf dalam Perjanjian Raidhwan dengan Quraisy untuk diadakan gencatan senjata, telah menunjukkan bagaimana keharusan dan prinsip dalam tahaluf.

Adapun beberapa peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. menolak tahaluf dengan Abu Lahab untuk berkompromi tentang akidah, menolak tahaluf dengan Bani Amir kerana tidak mahu memberi komitmen untuk menyerah pemerintahan kepada orang tidak beriman dan menolak tahaluf dengan Bani Syaiban kerana mengelakkan gerakan Islam terjerumus ke dalam perangkap musuh, telah memberikan garis-garis sempadan dalam kita mengadakan hubungan atau kerjasama politik dengan pihak lain.

Satu prinsip terpenting dalam tahaluf siasi yang dilaksanakan ialah ia mesti memberikan keuntungan kepada Islam. Mustahil kita melakukan sesuatu tahaluf yang tidak menguntungkan, apatah lagi merugikan Islam Islam.

Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Muslim dan Abu Daud dari Jubair bin Muth’im yang bermaksud: 


  • “Tidak ada tahaluf dalam Islam dan setiap tahaluf yang dibuat semasa jahiliyyah, maka Islam menambahkan kekuatannya”.
Maka dalam hal ini, saya gariskan beberapa prinsip asas yang mesti menjadi panduan setiap kali kita membawa cadangan untuk melakukan kerjasama politik. 

Pertama, Islam hendaklah menjadi pemimpin dalam kerjasama politik. Tidak boleh sama sekali Islam dipimpin. Sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk bersamasama dengan PAS, mesti menerima PAS sebagai pemimpin.

Kedua, kerjasama mestilah dibuat atas dasar Islam. Dasar-dasar lain yang bercanggah dengan Islam tidak boleh diterima dalam kerjasama politik. Kita mungkin boleh bertolak ansur untuk menerima “persepakatan” dalam kepentingan bersama yang selari dengan Islam seperti menentang kezaliman, mencegah rasuah dan seumpamanya.

Tetapi kita tidak akan bertolak ansur untuk menggadai dasar Islam. 


Ketiga, semua kerjasama yang dirangka mesti membawa keuntungan kepada Islam. Kerjasama yang terang-terangan merugikan Islam, mencabar kemuliaan Islam atau menentang Islam tidak akan wujud sama sekali.

Sebagai sebuah gerakan Islam, apabila kita mahu menjadikan tahaluf sebagai satu srategi politik, maka kita mesti memastikan ia berjalan mengikut landasan syariat. Tidak boleh kita berhujah semata-mata atas dasar “diluluskan oleh Muktamar.” Kerana Muktamar PAS sendiri adalah terikat dengan sumber hukum PAS iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias. Segala keputusan Muktamar PAS yang bercanggah dengan sumber hukum atau pelaksanaannya yang menyanggahi sumber hukum, maka ia adalah terbatal dengan sendirinya.

Dalam konteks ini, setiap ahli PAS mesti sedar bahawa tahaluf berdiri di atas beberapa syarat antaranya membawa maslahat dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip; mengakui kepemimpinan Islam dan tidak menjejaskan prinsip perjuangan; tidak berwalak kepada sekutu pakatan dan tidak reda dengan pegangan mereka.

Pengalaman PAS dalam mengadakan tahaluf sejak 1973 telah mewarnai pendirian kita dalam tahaluf bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Kita telah bersama Barisan Nasional (BN) (1973-1977), Harakah Keadilan Rakyat (HAK) (1986), Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) (1988-1996), Barisan Alternatif (BA) (1998-2008), Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015), dan kini kita memimpin Gagasan Sejahtera untuk menyatukan kekuatan pembangkang mengikut prinsip tahaluf yang digariskan oleh Islam.

PAS sentiasa terbuka untuk menerima semua kumpulan Islam supaya bersatu di bawah Gagasan Sejahtera berdasarkan prinsip Islam. PAS juga boleh menerima mana-mana kumpulan bukan Islam yang bersedia untuk menerima kepemimpinan Islam, mengakui perjuangan Islam dan sanggup untuk bersama-sama mempertahankan Islam. Tidak ada ruang kerjasama bagi kumpulan yang menentang dan mengkhianati Islam! 

HARAKAHDAILY 21/11/2016

18 comments:

Anonymous said...

Kuh...kah...kuh...kah...kuh...kah.!!lebai2..
Lu pigang kuasa pun talak lagi...
Mau angkat Putele Jaye pun bukan lu punye cite2..
Lagi mau kasi syalat ka sama parti lain
Kuh...kah...kuh...kah...kuh...kah..!
Lagi mau ketawe woooo...
Ale hati mau kasi syalat sama BN
Itu BN sulah pigang kuasa...lu lebai ape ale?
Lagi mau jadi syalat sama parti yg sulah ale kuase ka??
Kuh...kah...kuh...kah....kuh..kah.!!
Lu libai2 ale otak ke?
Mimpi kaaaaa??


Poor Indon said...

....ramai juga anak 'didikan yahudi' dari Pakatan Hopeless!

Anonymous said...

Betoi kata anum 1:36 tu.
Dulu masa nabi bg syarat2 tu nabi dah berkuasa. Jadi, mana2 kabilah atau bangsa lain yg nak bekerjasama mereka kena patuh dgn syarat yg nabi buat.
Tapi, PAS yg belum ada ape2 kuasa dlm pemerintahan mana blh buat syarat macam tu. Yg memerintah sekarang BN dan bukan PAS. Pas kena ikut BN la kalau nak bergabung.
Apa punya pemikiran la Haji2 ni.
Patutpun sekarang ni ramai ahli2nya yg keluar dpd Pas. Rupana Haji2 ni tengah mimpi.

Anonymous said...

Ke 4 ...dedak mesti kasi jugak.....

Anonymous said...

PAS masih lg dgn idealogi idealistiknya.
Masih belum berpijak di bumi nyata.
Merasa perfect.

Anonymous said...

kah kah , kalau tak cakap tak nampak bangang tapi kalu cakap memang sah bangang. syarat nabi masa nak berhijrah ke madinah pun tak tahu... kalau dah bangang baik tak payah cakap, nabi berhijrah ada kerajaan dah ke kasihan puak puak panGAN ni. kalau bodoh baik duk diam diam. kelantan pas dah pegang 25 tahun sebelum dap kafir menang lagi tu bukan kuasa ke apa? kasihan kalau bodoh tara ni patutlah party pan tak ada penyokong

Anonymous said...

Pak Haji bila nak saman Sarawak Report?

Anonymous said...

Bila merasakan HANYA PAS yang mewakili Islam, inilah jadinya. Semasa dalam Pakatan Rakyat dahulu, tak ader dengar pun syarat 'hanya pemimpin Islam yang diterima'.

Berpijak di bumi nyatalah, Pak Hashim. Selagi merasakan hanya PAS sahaja yang Islam, lambat lagi lah untuk nak ada perpaduan dengan parti-parti Islam yang lain, apatah lagi perangai PAS sekarang sedang ditelajangi oleh bekas-bekas pemimpin yang telah menyertai Amanah.

Tak habis-habis perasan.

Anonymous said...

Bila masa pulak dia ni dapat title "Tuan Guru"?

Anonymous said...

Dlm amalan Parti.Ajaran.Sesat sesiapa pun layak dipanggil tuan guru. Tuan guru kencing berdiri walaun2 tolol kencing berlari.kahkahkah

kiedentech said...

Alhamdulillah Moga ia dipermudahkan Allah dalam melaksanakan kerja baik dihari yang baik dan di bulan yang baik

kiedentech said...

Lagi cepat lagi baik supaya kita dapat mengenal siapa kawan siapa lawan
amin ya rabbal alamin

Anonymous said...

PAS, teruskan perjalanan,
jangan peduli salakan anjing-anjing jahiliah itu!!

Anonymous said...

Pemandu Pas dah sesat jalan spt seekor anjing jahiliyah sambil menyalak bukit.

Bila agaknya geng2 lebai jual agama Pas nak mtk maaf pd jutaan ahli Umno yg dikafirkan dan juga pd keluarga pejuang2 tragedi berdarah memali?

Anonymous said...

Lebai2 PAS @ PIGS pemakan dedak jual agama lebih yahudi dari yahudi..

Anonymous said...

Lebai2 la ni mana pandai minta maaf bila buat kesalahan. Malah lagi angkuh. Tengok la mcm lebai hadi yg tuduh calun2 ambil pil kuda la...menganut fahaman kominis la...ambil air ketum la. Serupa juga dgn lebai Nasaruddin tu yg tuduh LGE macam2. Dah terang kalah dlm mahkamah tapi tak minta maaf. Mungkin lebai2 ni rasa depa ni maksum kot. Maklum la pakai lebai...pakai jubah.
Orang lain ja yg dosa.
Terus tetang aku cakap. Lebsi2 yg ada ni mmg pandai main atat2 agama tapi bodoh dlm mainan politik. Sbb tu bangang memanjang dan sanggup dikencing banyak kali.
RAK RETI NSK MINTA MAAF KA Lebai2

Anonymous said...

Teruskanlah kerjasama dengan UMNO dan dapat pulus RM 90juta walaupun dikencing dan akibatnya pemimpin mereka dan parti berbau hancing.

Anonymous said...

Syarat kepala hotak dia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails