Sunday, November 20, 2016

Ini, Rakan Bukan Islam Yang Baik. Tegur Pasal Arak..


firdaus-wong-header

Terlibat Dalam Pengiklanan Arak, Lelaki Ini Ditegur Rakan Bukan Islam & Ini Yang Berlaku…

(Diangkat dari Blog Oh Bulan)

Di dalam hidup yang serba mencabar kini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi semakin rumit dan sengit. Perkara ini kadangkala membuatkan kita lupa untuk mengambil kira soal keberkatan rezeki yang diperolehi.
Seperti yang dikongsi lelaki ini, pernah bekerja di syarikat pengiklanan sebagai Advertising Sales Executive. Antara pelanggan terbesarnya ialah syarikat pengeluar arak. Dan teguran rakan nya yang bukan Islam menyedarkannya bahawa….

‘Kamu boleh kerja dalam penjualan arak meh?’

screen-shot-2016-11-18-at-12-54-48-pm
[Kita Rasa Kita Tahu Tetapi Tak Faham Lagi Rupanya]
Banyak perkara yang kita rasa kita tahu tetapi rupa-rupanya kita masih tak faham. Pada tahun 2007, saya bekerja untuk sebuah majalah berbahasa Cina sebagai Advertising Sales Executive. Waktu itu saya dah Muslim. Pelanggan saya ketika itu seperti Hotlink, Digi, Cres Wellness, Pensonic, Jack’s Daniel, Johnny Walker & Hennessy. Ya pelanggan saya terdiri daripada syarikat arak dan merekalah pelanggan terbesar saya.
Suatu hari, sahabat sekerja saya yang telah kami berkenalan sejak sekolah rendah iaitu Alex Sue bertanya kepada saya,
‘Eh bro. Kamu boleh terlibat dalam penjualan iklan arak meh? Bukan dalam Islam kamu tak boleh terlibat ke?’
Saya menjawab; ‘Eh, kenapa tak boleh pula? Saya bukannya minum pun. Customer semua respect saya sebagai Muslim dan bila mereka nampak saya hadir event mereka, mereka akan offer air oren atau Coke. Rasanya takde masalah.’
Dia menyambung; ‘You check betul-betul la. Saya tanya aje mana tahu tak boleh. Kamu Muslim nak cari rezeki untuk anak dan isteri mana boleh duit haram.’ Saya menjawab; ‘InshaAllah halal punya.’

Saya menemui seorang ustaz dan jawapannya…

Walaupun saya menjawab tiada masalah tetapi saya kurang pasti. Jawapan saya yang menggunakan rasanya menandakan saya kurang pasti. Saya menemui seorang imam masjid setelah selesai solat dan jawapannya haram. Walaupun saya tidak minum tetapi syarikat arak itu mempromosi arak mereka jadi mana boleh kita terlibat dalam mempromosi benda yang haram. Ustaz yang kedua dan ketiga juga kata haram tetapi mereka sepakat kata,
‘Islam tak menyusahkan kita. Firdaus ada isteri dan anak perlu ditanggung jadi Firdaus cari kerja lain dulu dan jangan berhenti. Usaha mencari kerja perlu. Lepas dah dapat kerja yang halal barulah berhenti’
Keesokkan harinya saya tidak sabar-sabar memberitahu bos saya bahawa saya nak berhenti tetapi minta ihsan iaitu saya akan berhenti hanya setelah mendapat kerja. Dia tanya kenapa? Gaji tak cukup ke? Saya naikkan gaji kamu la.. Dalam hati saya berkata; bertuah punya bos. Aku minta naik gaji lama dah tak dapat sekali aku kata nak cari kerja lain dia nak naikkan gaji aku. Ini cubaan ni.
Saya jawab, buka isu gaji tetapi isu agama. Agama saya tak membenarkan saya terlibat dengan arak walaupun tak minum. Bos beritahu, tak mengapa, semua pelanggan arak tu saya bagi orang lain handle dan awak handle pelanggan lain. Saya jawab; ‘Tetapi dalam majalah masih ada iklan arak betul? Maka secara tidak langsung saya masih lagi terlibat atau bersubahat. Akhirnya bos saya akur dan bersetuju untuk benarkan saya berhenti setelah saya mendapat kerja.

Saya berjaya cari kerja kurang dari sebulan

Kadang-kala, Allah hadirkan mereka yang Belum Muslim untuk mengajar kita tentang agama kita sendiri. Dan dalam kes saya, Allah SWT hantarkan seorang sahabat lama saya untuk ingatkan saya tentang halal dan haram. Saya berjaya mencari kerja kurang dari sebulan selepas itu dengan tawaran gaji asas yang lebih tinggi. Itulah janji Allah SWT, setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Kita yakin atau ke tidak sahaja dengan janji Allah SWT.
Saya doakan agar sahabat saya Alex Sue yang pada suatu masa amat dekat dengan Islam sehingga beliau menanggalkan segala tangkal yang ada padanya kerana sudah tidak percayakan padanya lagi akan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen..
*di bawah adalah gambar saya bersama Mika Hakkinen pada tahun 2007 ketika promosi Formula 1 bersama Johhny Walker di Aloha Club, KL. Masa tu masih slim sikit…

Al-hamdulillah! Ini sedikit penjelasan tentang arak.

HADIS HUKUM HARAM ARAK

قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له

  • "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها – orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya
Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-KAMRU (الخمر) yang bererti menutupi.

Dari segi istilah pula: Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dan lain.

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK (ada 3 peringkat)

Peringkat pertama (Penjelasan baik dan buruk arak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :
  • “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,"

[#] segala minuman yang memabukkan.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum. Penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih banyak daripada kebaikan.

Contoh: Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya, manusia yg meminum arak akan mabuk (hilang ingatan) kurang pertimbangan akal, apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cotoh seorang suami yang baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yang buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya, memukul, dan melakukan perkara yang di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras. Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yang pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yang meminumnya.

Peringkat ke dua (Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43:
  • “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun”.


 [#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersolat bagi orang junub yang belum mandi.
[#] Pada peringkat kedua ini Allah mula mengharamkan arak diminum ketika hampir masuk waktu solat, kerana dikhuatiri solat yang didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yang lain, melakukan penambahan/pengurangan rakaat dan sebagainya. Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh diminum.

Peringkat ke 3 (pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 90-91
  • “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.

  • “Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”.

[#]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.
 [#] Setelah turun ayat yang ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .
10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak yang terdapat di dalam hadis di atas 
  1. Pemerah arak: iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya (upah/gaji yg diterima) adalah haram begitu juga perbuatannya.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya: Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran. Maka haramlah pekerjaannya itu.
  3. Peminum arak: Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
  4. Pembawa arak: Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan/hotel dan sebagainya, ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yang lain. Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Maka perbuatan itu adalah haram
  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya contoh: seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
  7. Penjual arak: Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya, perbuatan itu juga haram.
  8. Orang yang mendapat hasil drp arak: Suatu skop yang lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram contoh: Pengawal Keselamatan yang mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji daripada pengurus kilang tersebut. Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
  9. Orang yang membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
  10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya: Bermaksud seseorang yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu. Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya, maka perbuatan muslim itu adalah haram.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuma kerajaan Malaysian saja yang pekak, tidak peka, dan tuli tidak tulin tentang arak. Sanggup memberi makan rakyatnya dengan benda-benda yang haram. Asal dapat duit dah tak peduli halal haram lagi... dasar sekular sesat bangat!
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails