Tuesday, November 22, 2016

TV3 Masuk Neraka? Biasalah. Bila Kerajaan Dianggap Zalim, Jenteranya Tempias Sama..

Hasil carian imej untuk najib penzalim

Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka

NETIZEN hari ini sudah berada di tahap hilang pertimbangan diri dan melampaui batas apabila lantang mencaci dan mengeji sesama manusia.

Lebih biadap, ada pula yang sanggup mendoakan kecelakaan seseorang meskipun bersaudara sesama Islam.
Demikian yang menimpa kepada seorang personaliti TV3, Izwan Azir Salleh apabila kerjayanya teruk dikritik dan disifatkan berdosa.
Walhal, netizen langsung tidak mengetahui skop kerja yang dilakukannya sehingga sanggup membuta tuli melemparkan tuduhan sedemikian.
Ini susulan, gambar miliknya yang tertera dengan ayat, “Muka ini paling dibenci rakyat Malaysia. Menyampai berita FITNAH Insya’Allah NERAKA TEMPATNYA NANTI” tersebar menjadi viral.
Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka
Tidak sekadar itu, netizen turut menyifatkan gaji yang diterimanya haram.
Difahamkan, netizen melemparkan cacian itu berikutan tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.
Dek kerana itu, Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dikecam selain ada yang menyelarkannya sebagai binatang.
Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka
Sedangkan Izwan hanyalah pembaca dan bukanlah individu yang menulis laporan berkenaan.
Dalam hal seumpama ini tidak sepatutnya Izwan dipersalahkan mahupun dikeji kerana dia hanyalah indivdu yang menerima arahan daripada pihak majikan.
Oleh itu, berhentilah daripada mengaibkan dan mendoakan kecelakaan orang lain, kerana takut kelak anda pula yang merangkak di akhirat meminta maaf kepada Izwan. (Diangkat dari.MYNEWSHUB.CC)  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah! Bila kerajaan dianggap zalim, menghabiskan wang rakyat tanpa penjelasan yang sewajarnya, maka jentera dan talibarut-talibarut yang setongkol dengan kerajaan pasti terlibat sama. Apalagi jentera kempen penerangannya pasti diserang sama.
Kalau Malaysia negara yang bermain dengan kekerasan dan bersenjata seperti ISIS, mungkin Tv3 dulu yang akan diletupkan.
Pada weblog ini, erti zalim atau 'kezaliman' ialah 'meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.' Islam yang sepatutnya diletakkan di atas sekali dan tertinggi dari semuanya di dunia ini. Islam yang memerintah bukan diperintah. Islam sepatutnya mentadbir, bukan ditadbir. Tidak meletakkan Islam yang Maha Tinggi pada tempatnya, itulah kezaliman yang paling besar.
Kalau Islam yang memerintah, barulah rakyat miskin tertindas akan terbela. Keadilan dan kebenaran akan terserlah wujud. Negara jadi aman makmur dalam keredhaan Allah, di dunia dan akhirat, samada kepada yang Islam dan belum Islam..
Allahu Akbar!


7 comments:

Anonymous said...

BERSIH KEHILANGAN SANGAT RAMAI PENGIKUT =

500,000 (BERSIH 4 MENGIKUT DAKWAAN BERSIH) - 15,500 (BERSIH 5)

= 484,500 PENGIKUT BERSIH ATAU 96.9 % DARI 500,000 PENGIKUT BERSIH.

Ini bererti BERSIH telah kehilangan sangat ramai pengikut. Apakah maksud ini?

Bersih yang disokong oleh Pakatan Harapan telah gagal mendapat sokongan padu dari pelbagai bangsa dan pelbagai agama seolah-olah Bersih dan Pakatan sedang mengalami krisis kepercayaan yang serius.

Mengapa umat Islam tidak menyokong Bersih? Antara sebab-sebab Bersih kehilangan pengikut:

(1) Matlamat Bersih tidak jelas dan Bersih yang disokong oleh gereja, parti politik kafir, sekular dan liberal tidak menjadikan hak umat Islam dan agama Islam sebagai agenda perjuangan Bersih. Perjuangannya seolah-olah menitik-beratkan hak dan kepentingan kaum kafir sahaja.

(2) Terdapat sebilangan pemimpin politik dan NGO yang menyokong Bersih telah menghina, memfitnah, memomok-momokkan atau menentang ajaran Islam, ulama Islam, jabatan agama Islam, mahkamah syariah, undang-undang syariah dll dan campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan umat Islam dan menafikan hak umat Islam @ kaum Melayu sebagai rakyat majoriti di negara ini.

(3) Sebilangan rakyat sudah tidak mempercayai objektif perjuangan Bersih yang dibayangi oleh kepentingan parti politik dan NGO kafir, sekular dan liberal.

Bersih akan terkubur sama seperti gerakan reformasi kerana bilangan pengikut semakin berkuranga.

Jika rakyat tidak mempercayai agenda Bersih dan Pakatan Harapan, mengapa penyokong Bersih dan Pakatan Harapan menyalahkan rakyat? Sepatutnya mereka menyalahkan pemimpin-pemimpin Bersih dan Pakatan Harapan sendiri !

Cik Minah said...

OOOO......ini ke BERITA kat TV3.........????
Patutlah kena kecam......HAHAHAHA.
Aku memang dah bertahun tak mengikuti siaran
BERITA TV3.
Bukan TV3 je bahkan semua arus media perdana
termasuk suratkabar.
Baik lepak baca blog.
Atau berita online luar negara.

Anonymous said...

PAS Parti.Ajaran.Syaitan

Anonymous said...

Balaci 2:15 PM ternakan ultra kiasu telah berulangkali menulis atau copy and paste PAS Parti Ajaran Syaitan seolah-olah balaci-balaci ternakan kafir harbi, sekular dan liberal ini telah mengalami proses brainwash yang teruk sehinggakan otak mereka hanya berfungsi pada tahap haiwan ternakan sahaja !

Hello balaci....tengok cermin saja lah bhai. Kamu akan nampak imej ayam, itik dan babi yang makan dedak ! Jika kamu tenung cermin itu lebih lama lagi, kamu akan melihat imej anak dajjal sedang menatap wajah kamu !

Sabor je lah !

Anonymous said...

USTAZ, SAYA INGIN BERTANYA DAN SAYA BERHARAP USTAZ TIDAK MARAH2, EMOSI, DAN MERADANG....

TUAN USTAZ YG SAYA MULIAKAN...
SOALAN SAYA BERBUNYI BERGINI USTAZ...

SAYA ADALAH AHLI BERDAFTAR UNIT AMAL PARTI PAS , DAN SEKARANG SAYA TELAHPUN MASUK MENYERTAI GENG BAJU MERAH YG DI PIMPIN OLEH
DATO SRI JAMAL TONGKOL..

APAKAH HUKUMNYA TINDAKAN SAYA INI DI SISI AGAMA ISLAM..????
APAKAH SAYA TELAH TERMASUK GOLONGAN KAFIR HARBI....???????

MOHON JAWAPANNYA ...USTAZ YG SAYA MULIAKAN....
TERIMA KASIH .......USTAZ ....

ASSALAMUALAIKUM.....

Anonymous said...

Anon 3:49 Dajjal dari Parti.Ajaran.Syaitan

Sabor je lah!

Anonymous said...

Parti.Ajaran.Sesat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails