Friday, November 25, 2016

Rafizi Letak Jawatan Awal, Tidak Seperti Lim Guan Eng?


Hasil carian imej untuk guan eng rafizi
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menghantar surat meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung parti itu hari ini.
Wan Azizah berkata, peletakan jawatan itu sebenarnya telah dibincangkan oleh PKR terlebih dahulu selepas mengambil kira Rafizi berkemungkinan dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah.
“Saya menerima surat perletakan jawatan Rafizi sebagai Setiausaha Agung.
“Perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Wan Azizah turut memaklumkan, PKR telah membuat persediaan awal untuk menggantikan Rafizi dengan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi menggalas tanggungjawab tersebut.
Menurut beliau, keputusan menggantikan Rafizi dengan Saifuddin dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam penjara.
“Saifuddin terbabit sejak penubuhan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.
“Saya yakin beliau akan memainkan peranan utama mengukuhkan peranan PKR dalam Pakatan Harapan,” katanya. 
Tidak seperti Lim Guan Eng yang masih tidak meletak jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang atau apa-apa jawatan dalam DAP, walau pun terlibat rasuah? (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Kesal pemimpin tidak turun padang, bapa saudara Sultan Kelantan sertai Amanah

Kesal terhadap tindak-tanduk pemimpin kerajaan negeri yang tidak turun padang mendorong bapa saudara Sultan Kelantan Tengku Mohamed Tengku Yahya Petra mengisytiharkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam majlis di kediamannya ketika kunjungan pimpinan Amanah negeri Kelantan yang diketuai Datuk Husam Musa, beliau melahirkan kekecewaan kerana banyak masalah rakyat tidak diselesaikan.


"Bolehkah bila berlaku banjir seorang pemimpin berkata saya tidak boleh pergi melihat keadaan rakyat kerana rumah sayapun turut kena banjir," katanya dengan nada kesal.

Beliau turut membangkitkan masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli akibat pembalakan di Kuala Balah.

"Saya tidak dengar mana-mana pemimpin negeri yang turun padang ke tempat Orang Asli buat 'blockade' sebagai protes kawasan mereka menghadapi masalah akibat pembalakan.

"Yang saya dengar Datuk Husam (Musa) yang pergi jumpa Orang Asli dan bertanya masalah mereka," katanya.

Beliau memuji pemimpin-pemimpin Amanah negeri yang selalu turun padang dan berusaha mencari penyelesaikan kepada masalah yang dihadapi rakyat.

"Saya rasa ada persamaan antara kami.

"Sebab itu sekarang saya nak isytiharkan bahawa saya menyertai parti Amanah," katanya.

Beliau turut membangkitkan usaha menghapuskan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya yakin parti Amanah mempunyai sikap yang sama dengan saya untuk melawan rasuah.

"Insya Allah saya akan membantu parti Amanah dengan segala upaya yang saya ada sehingga parti ini berjaya," katanya.

Pada majlis itu, Tengku Mohamed menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Datuk Husam Musa disaksikan oleh Setiausaha Amanah negeri Kelantan Saudara Rushdan Mustafa. -MD

Anonymous said...

Pas punca melayu berpecah belah, SO, pas kena bubarkan
Umno dan b.n paling sempurna konsepnya untuk jaga islam, lagipun umno ramai ulamak yg hebat2....bersama majlis fatwa keb malaysia adalah negara islam yg sempurna...

Bubarkan parti pas ...

Anonymous said...

Puak sekuler berbanga nak tumbangkan kerajaan islam tahniah datuk husam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails