Tuesday, November 22, 2016

Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar


AP - AKTIVIS Bangladesh membantah pembunuhan orang Islam di Myanmar dalam tunjuk perasaan di Dhaka pada Jumaat lalu.



YANGON – Analisis daripada imej satelit oleh kumpulan Pemerhati Hak Kemanusiaan (HRW) yang disiarkan semalam me­nunjukkan lebih 1,000 buah rumah di perkampungan etnit Rohingya dibakar.
Laporan media tempatan menyatakan pasukan keselamatan telah membunuh 70 orang dan menahan lebih 400 penduduk sejak perintah berkurung enam minggu lepas tetapi disangkal aktivis kemanusiaan yang mendakwa jumlah terbabit lebih tinggi.
Lebih 30,000 orang terpaksa menjadi pela­rian akibat keganasan yang berlaku menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berpuluh-puluh mati selepas diserang oleh tentera yang turut menggunakan helikopter.
HRW mengenal pasti lebih 820 struktur bangunan dimusnahkan di lima perkampungan etnik Ro­hingya antara 10 hingga 18 November menerusi imej satelit.
Secara keseluruhan, kumpulan berkenaan memberitahu analisis imej menunjukkan 1,250 bangunan telah dimusnahkan ketika perintah berkurung tentera.
“Daripada memberi res­pons dengan menggunakan cara era ketenteraan iaitu penafian dan penipuan, pihak kerajaan seharusnya melihat kepada fakta yang ada,” ujar Pengarah HRW Asia, Brad Adams.
Pihak kerajaan pula melaporkan kira-kira 300 buah rumah musnah dalam serangan dilakukan pemberontak yang dikatakan cuba membenihkan salah faham antara tentera kerajaan dan orang ramai.
Kebangkitan keganasan di selatan Rakhine telah menjadikan krisis sema­kin parah dan memberi cabaran kepada pemerintahan diketuai Aung San Suu Kyi sejak mengambil kuasa tujuh bulan lepas.
– AFP
Militer Myanmar hanguskan ribuan rumah warga muslim Rohingya
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar

2 comments:

Anonymous said...

Mengapa Tuang Guru Mat Sabun dan Usang Musang masih membisu seribu bahasa sedangkan pengganas-pengganas Buddha laknatullah sedang sibuk membakar kampung umat Islam dan membunuh umat Islam? Adakah mereka masih ternanti-nanti 'fatwa' dari Sifu kafir harbi ? Nampaknya mereka ini seperti pungguk rindukan bulan !!!


Buang sajalah logo 'Islam Progresif' kerana kegagalan parti kuali bertindak membela umat Islam! Inilah akibatnya parti kuali bernaung di bawah ketiak pemimpin kafir harbi !

Anonymous said...

Logo Pas orang dah buat alas kaki toilet. Nampak sangat hinanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails