Monday, October 10, 2016

Ustaz Hashim Jasin Dilantik Mursyidul Am PAS

Hasil carian imej untuk hashim jasin
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Menurutnya, faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad Yakob dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan Mursyidul Am PAS, disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am PAS.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Atas faktor itulah katanya, Tuan Guru Hashim Jasin dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura sebagai Musyidul Am PAS dan perlantikan itu juga turut dicadangkan sendiri oleh Ustaz DatukAhmad Yakob.

Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut berlangsung pada jam 4.00 petang, dengan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Pemangku Mursyidul Am pada hari itu, setelah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. 

- HARAKAHDAILY 9/10/2016
Ustaz Hashim Jasin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Wikipedia 
Lahir1 Ogos 1939 (umur 77).
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

apa cerita AP dia bagi pada anak dia beli Porshe dan anak dia tipu PHD dan jual sarang burung walid

Cowboy

Anonymous said...

Tahniah lah kat Ustaz Hashim Jasin sebab dilantik Mursyidul AM PAS.. bagi apa yg aku lihat, setakat ni peribadi dan akhlak Hashim Jasin ni OK sikit..

UMNO awal2 lagi dah bagi signal agar Haji Hadi kekal sebagai Presiden PAS apabila melantik Ostad Mahfouz sebagai ketua Kluster.. sebenarnya jawatan ketua Kluster tu tak perlu tergesa gesa pun untuk di ganti..bukan penting sangat pun.. tapi UMNO segera namakan ketua Dewan Ulama PAS sebagai Signal untuk Dr Mahfouz dilantik Mursyidul Am manakala UMNO mahu Haji Hadi kekal Presiden.. mereka takut Haji Hadi dilantik Mursyidul am dan jawatan Presiden di gantikan Tuan Ibrahim.. bagi aku sama jer Tuan Ibrahim ngan Haji Hadi, tapi bagi UMNO, Tuan Ibrahim tidak mesra UMNO.. akhirnya PAS memilih Ustaz Hashim Jasin.. makna nya Haji Hadi sendiri masih mahu dan ketagih nak jadi Presiden.. Bagi aku ini satu barisan kepimpinan yg baik untuk menguburkan PAS PRU14..

Tahniah Kepada Ustaz Hashim Jasin, Kalau dapat AP lagi.. boleh belikan Porsche Cayman untuk anak.. menantu Presiden kaki BMW, anak Mursyidul Am kaki Porsche.. :)

#hashimjasin #mursyidulam #pasumno #kluster #kerajaanperpaduan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails