Sunday, October 09, 2016

Penyokong Bersih Dilempar Telur, Diterajang. Siapa Samseng?



DIBERITAKAN..

Dua lelaki yang memakai baju BERSIH telah dilempar telur oleh peserta baju merah di Sabak Bernam, hari ini (8/10/16).
Kedua-duanya yang menunggang motosikal telah diserang apabila mereka melintasi jalan masuk ke dalam kawasan yang dipenuhi kumpulan baju merah.
Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan menghampiri kumpulan baju merah selepas mereka melempar telur dari seberang jalan.

Bagaimanapun, polis berkata, lelaki itu mahu pulang ke rumah dan memutuskan untuk menggunakan jalan yang dipenuhi oleh kumpulan baju merah.

Selepas menghampiri kumpulan baju merah itu, seorang lelaki telah berundur tetapi seorang lagi yang mana motosikalnya ditolak, berdiri dan dilempar dengan telur.

Seorang peserta baju merah kemudian menendang dari belakang sehingga menyebabkan beliau terbaring ke atas jalan raya.

Seorang pegawai polis kemudian mecelah menerusi orang ramai bagi membantu peserta BERSIH tersebut.

Lelaki itu kemudian ditendang buat kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis sedang meminta semua pihak agar bertenang.

Kemudian lelaki itu diiringi untuk meninggalkan tempat kejadian selepas itu pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos muncul dan meminta pengikutnya untuk mengangkat motosikal mangsa.
Jamal kemudiannya secara peribadi menyerahkan kembali motosikal itu kepada polis.

Semalam, seorang pemimpin Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran untuk menyekat konvoi BERSIH bagi memasuki Selangor.

Katanya, sekatan itu akan dibuat atas alasan bagi menghormati hari pemasyhuran Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai raja muda Selangor.

“Tetapi apabila mereka melintasi (sempadan Selangor), tidak menghormati hari pemasyhuran, kita tidak akan teragak-agak untuk menghalang puak-puak mengarut ini daripada terus berjalan di negeri Selangor.

“Cukuplah BERSIH, kita akan jumpa anda di tiga tempat yang anda nyatakan, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.

“Kita tunggu anda di sana,” katanya seperti dilaporkan KiniTV.

Konvoi kumpulan pemantau reformasi, BERSIH, di seluruh memasuki hari ketiga pagi ini, dan mereka berlepas dari enam lokasi untuk mempromosi perhimpunan kelima gerakan itu pada 19 November depan.

Mereka berlepas dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.

Perjalanan konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah BERSIH selama tujuh minggu untuk mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan mendesak pembaharuan institusi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat betul-betul, siapa sebenarnya samseng? Apa sikap polis?


4 comments:

Anonymous said...

Jangan buat fitnah ..ibnu hashim ANDA telah berdosa dan wajib meminta maaf kpd seluruh anggota kumpulan merah.....


Sepatutnya anda merujuk dahulu kepada pensihat kerajaan iaitu DATO SERI HADI AWANG selaku presiden parti pas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan...

Tanda2 orang munafik ialah orang yg suka berbuat fitnah...

Ada faham kamu IBNU HASYIM...

kluangman said...

Baju Merah ada lesen..

adi adiyahya said...

Lesen trajang org ke?

adi adiyahya said...

Lesen trajang org ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails